Jan 28, 2009

Buat Tengku Alia Fareenah


Tengahari tadi aku bukak Facebook aku.. lama jugak aku x on9 kat facebook tu.. Aku dapat satu note dari kawan yang dah macam adik sendiri. Tengku Puteri Alia Fareenah Tengku Mohammad.  Her Last Note nya:-

Di kesempatan ini, Lia nak memohon ampun dan maaf sekiranya selama kita kenal, Lia pernah buat salah. Pernah menyinggung hati orang. Lia nak mintak maaf jugak sebab merahsiakan semua ni. Ada sebab kenapa Lia tak bagitau. Yang u all tau, Lia masuk hospital sebelum New Year aritu. Tue jer, Memang Lia dah pesan dgn Fina, jgn citer dgn sapa-sapa. Selama Lia kat sini, bonda yang temankan Lia and my laptop. Korang buat Lia happy. Korang selalu buat Lia ketawa dan tersenyum. Rasaa sakit pun Lia tak rasa bila ada dgn korang. Setiap hari Lia tunggu korang. Sebab tue smua yg akan buat Lia happy. Maafkan Lia kalau lepas nie jadi apa-apa dan Lia tak dpt jumpa korang lagi. Kenangan yg ada, Lia akan bawak sampai mati. Selama sebulan lebih Lia kat FB, Lia dah ditemukan dgn orang-orang yg terlalu baik. Lia syg korang sampai kiamat. Kalau umur Lia tak panjang, sedekahkan Al-Fatihah utk Lia. Selama Lia kat sini, Lia dapat kakak, Lia dapat abang dan Lia dapat kawan baik.

Selama Lia di sini, Lia rasa happy sangat. Lia rasa kasih sayang dari semua. Setiap pagi waktu Msia, Faizal mesti akan online. Dia yang akan hiburkan Lia. Bila pagi waktu Msia jugak, Laksamana akan masuk dan bagi kata-kata puitis yg buat Lia senyum. Pastu, nanti Adah dan Ekin akan bagi lagu dan kata-kata semangat utk Lia. Taariq akan wish good night kat Lia setiap malam. Wan pulak tak pernah fail nak meriahkan status Lia. Aziah dgn jokes dia yang sentiasa buat Lia ketawa. Semua nie akan Lia ingat. Kepada yg Lia tak sebut nama, bukan Lia tak sayang. Tapi terlalu ramai yg Lia syg. Korang semua dah muncul dalam hidup Lia dan kalau ditakdirkan Cuma utk sementara, Lia bersyukur kerana ditemukan dgn korang. Maafkan Lia lagi sekali sebab tak cerita awal-awal benda nie.

Lia nak tulis lagi panjang tapi Lia tak mampu. Air mata Lia dah makin laju. Ya Allah. Lindungilah kawan-kawanku semua. Berkatilah hidup mereka. Semoga mereka berjaya dalam hidup dan bahagia. Itu saja doa Lia buat semua. Izinkan Lia mengundur diri. Kalau ada jodoh dan umur panjang, korang akan nampak Lia kat sini lagi. Lia akan bagi my password to Fina. Dia akan update korang from time to time. Esok Lia dah kena gi spital untuk kuarantin. Pastu operation is on Wednesday morning. Doakan Lia.

Kepada sesiapa yang tak tau, Lia kena cancer usus stage 4. Dah teruk dah sebenarnya. Sebab tue, Lia dapat excuse tak g kelas and sebab tue my family is here since Xmas lagi. Maafkan Lia sebab tak bgtau.

I love you all. You guys will be forever in my heart.

Ikhlas,
Tengku Puteri Alia Fareenah Tengku Raja Mohammad Majid Shah
Olympia, Kensington, London @ 9.13pm (GMT)

Aku ralat sangat , last week dia ajak aku YM.. time tu aku bz then dia cakap dia dah nak masuk gua, abg tak leh ikut.. aku ingat dia bergurau. Sejak aku kenal dia, dia langsung x nak cakap pasal penyakit dia.. lebih banyak dia bertanya pasal keluarga aku... banyak dia bagi kata2 nasihat kat aku..

Alfatihah buat Mu adik ku Alia.. Semoga roh mu di tempatkan di kalangan orang2 beriman...Amin

10 comments:

Princess Azi said...

kawan kamu ni sgt comel lah
sy doakan operationnya berjaya ok :)

rul-ehsan said...

urmmm..x tau nak cakap per..tgn dahkaku nak menulis..sungguh terharu...semoga sahabatmu ditempatkan bersama orang2 beriman..insya'allah..

Krasz bAtu said...

Dia dah meninggal pagi tadi semasa pembedahan sedang dijalankan.

Alfatihah buatnya..

Tukang cerita said...

al fatihah untuk dia...
kita kan menyusul nanti2....

♥ hany ♥ said...

Innalillahiwainnalillahirajiun..

mawaddah said...

eh sedih rsnya wlp xkenal :(... innalillahiwainna ilaihirojiun..


fhm mcmmn perasaan menunggu saat2 genting sblm dibedah...apakah akan ada harapan melihat sinar matahari pd esok nya :((

mp3seeder said...

Al-Fatihah.. Walaupun aku tak kenal adik kau ni. Tapi aku pasti dia dah bersedia untuk bertemu-Nya. Harap kau redha dengan apa yang berlaku. Kita hadiahkan sahaja Al-Fatihah dan Yassin buat Arwah Alia. Semoga rohnya dicucuri Allah SWT.

alia said...

al-fatihah..
semoga dia duk dgn org beriman..
sdeyhnye..
wlaupun x knal ttap sdeyh dan sebak..
nma pun hmpir nk sma..
mcm alia ditempat arwah lia lak..
huhu

Anonymous said...

betulke die dah meninggal...br bkak channel you tube ader tgk die nyanyi....http://www.youtube.com/user/dewanua

adakah die org yg same...kalau betul..takziah....walaupun ku tidak mengenalinye

Anonymous said...

Dear All,

Wujud ker Tengku Alia Fareena ni?? Please read this blog http://fauzishaffie.blogspot.com
Shawn Mizan Abdul new FB account is Shawn IRfan.
Better be safe than sorry!!