Apr 11, 2009

Aku Dan Nama Tempat Pelik Di Perak

Aku dilahirkan, membesar dan bekerja di Negeri Perak. Negeri Perak bumi bertuah dan berdaulat.
Bagi aku tak de tempat lain dalam dunia leh chalenge ler betapa seronoknya hidup di negeri ni. Aku penah bekerja kat luar Perak, tak tahan aku keadaan kat sana sesaknya, buat otak aku tambah sesak je.
Aku nak share skit nama2 tempat di Negeri Perak yang pelik skit. Buat ingfo kengkawan ...

1. Kpg Pulau Pisang
Pulau ikut kamus bermaksud tanah dikelilingi air. Ni Pulau Pisang !! Bayangkan. Masa aku kecik
selalu lepak kat kpg ni mandi2 sungai dan menjala ikan.

2. Tebing Tinggi
Nama je begitu. tapi idak la tinggi sangat tebing nya.

3. Batu Gajah
Gajah jadi batu ?? dapat nama dari peristiwa sumpahan Sang Kelembai

4. Lawan Kuda
Takde pun tempat berlumba kuda tempat tu. Tapi aku tau orang2 cina sana minat judi lumba kuda.

5. Mambang Di Awan
Dekat ngan Kampar. Takde pun si mambang kat awan, Yang aku tau sana banyak mambang2 yang cun giler.

6. Ayer Tawar
Dekat ngan Lumut. Air nya idak la tawar pun. Minggu lepas aku ke sana kenduri kawin, mak ooii air sirapnya manis bebeno.

7. Lumut
Semua orang tau tempat ni. Sekarang dah payah nak nengok lumut kat tempat ni. Bersih dan suci je, maklum la tempat perlancongan

8. Pasir Puteh
Dalam Bandar Ipoh. Pasir dah kurang dah kat sini, abis di tar oleh Dewan Bandaraya Ipoh.

9. Air Hitam Labu
Air dalam labu hitam ? ngarut laa kome. Kg Ayah aku.

10. Parit
Famous giler tempat ni. Di katakan pure Perakian kat sini.

11. Sungai Siput
Tempat ex taukeh tol besar. Tapi tak penah ada stesen tol kat sini.

12. Pusing
Dekat Ipoh. Gamak nya dulu orang yang jumpa tempat ni gemor berpusing2.

Ada banyak lagi tempat2, aku share 12 je dulu yer.

6 comments:

momentinlife said...

ehehe aku 1st! segan laks!~

ermmm no 9 tu mmg pelik...=)

dude said...

aku lepak kat sitiawan..
dekat dengan manjung, lumut n ayer tawar..

perak serius memang best!

tak sia2 aku lari dari hiruk pikuk tempat asalku di JB nun..

Monkey D Luffy said...

aku pernah lepak batu gajah...

Tukang cerita said...

Teman org Parit....lahir kat sana...
Mak abah dok Boston....
Mertua Ipoh...
Teman la ni kat manjung Yeop...
:)

Husna Z.A., 2009 said...

Mak saye kata Perak ngri yg miskin, rkyatnye idup di Dinding, di Parit, di Lumut, di Tebing tinggi (woo bhye tu)

Anonymous said...

Name awok Yob Zharfan.

Name lain Paghit ialah Paghis.

Awok pun oghang Paghis kat Tg Medan batu 6 Layang-layang Kighi.

Awghah Atok daghi Dusun Kulu dan Opah awok oghang Tg Medan batu 6.

Ayah awok pule beranok di Suak Kelebor, Kuale sebab aghwah atok awok koghje motong getoh di Kg Kelebor. Selepas beberape tahun, pindah balik Paghis sebab nak koghje padi pule.

Kalo balik Paghis, malam mesti makan Mee Hailam kat Tg Belanje sebeloh jambatan Noghdin.

Tapi Doghian kat Paghis selalu tak jadi. Ada tanoh kat Blanje Kighi ayah awok punye 1 ekar. Buoh pun tak jadi.

Sungaa Peghak tinggaa selut aje kat baghoh tebin batu 6, dulu banyak pashior. Dulu suke mandi sungaa sebab ayor keghing, sekaghang ni, ayor dalam, bahaye.