Aug 25, 2008

IPOH PERAK

Bendera_Perak


Pokok Ipoh
pokok ipoh

Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.


bandar Ipoh

dari kledang hill

Ipoh ialah sebuah bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown, dan Johor Bahru.

Kini, "Ipoh" telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Secara sejarahnya, "Ipoh" terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya.

Terdapat beberapa pekan dan bandar disekitar Ipoh di bawah pentadbiran MBI:

1. Ampang
2. Bercham
3. Buntong
4. Chemor
5. Cyber City
6. Falim
7. Gugusan Manjoi
8. Gunung Rapat
9. Ipoh Garden
10. Jelapang
11. Kelebang
12. Lahat
13. Meru
14. Menglembu
15. Pasir Puteh
16. Pekan Baru
17. Pekan Lama (Old Town)
18. Pengkalan
19. Simpang Pulai
20. Station 18
21. Sunway City
22. Tambun
23. Taman Cempaka
24. Tanjung Rambutan
25. Tasek

Tokong Gua

Sepanjang Jalan Gopeng, kelihatan banyak tokong-tokong gua yang merupakan kebangaan Ipoh. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong merupakan antara tokong-tokong ternama di situ. Dinding gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan agama Tao dan Buddha. Do Jalan Kuala Kangsar pula tokong gua yang paling popular adalah Perak Tong.

Tokong Paloh Ku Miew

Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat dilihat daripada jambatan Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) yang memisahkan pekan baru dengan pekan lama Ipoh.

Masjid Panglima Kinta

Masjid ini dinamakan atas Datuk Panglima Kinta yang banyak memberi sumbangan kepada kemajuan Ipoh. Masjid ini terletak di Jalan Hume (Hume Street) di pekan lama Ipoh. Masjid ini juga dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi umat Islam bersembahyang dan melakukan Ibadah. Masjid ini terletak hanya bertentangan dengan Pejabat Pos Ipoh dan Stesen Keretapi Ipoh.

Taman Dr Seenivasagam

Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang lama dibina di Ipoh , sesuai untuk pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika taman diluar negara, iaitu Taman Jepun yang hanya terletak bersebelahan dengan pintu masuk utamanya.

Membeli-Belah

Terdapat beberapa destinasi membeli-belah di Ipoh, seperti:

* AEON Jusco Kinta City
* Ipoh Parade Shopping Centre
* Greentown Shopping Mall
* Econsave,Jalan Kampar
* The Store,Jalan Kampar
* Tesco Hypermarket, Ipoh
* Tesco Fresh & Distribution Centre, Simpang Pulai
* Tesco Extra, Taman Tasek Indra
* Giant Superstore, Sunway City
* Pengkalan Emas Mall, Station 18
* Kompleks Yik Foong
* Billion & The Store Supermarkets (sekitar bandar Ipoh)
* Glamour Square, Bercham (dalam pembinaan)
* Festival Walk, Perak Tourism Hub (dalam pembinaan)
* Tesco Hypermarket Pengkalan @ Station 18 (dalam pembinaan)
* Tesco Hypermatket, Bandar Baru Kelebang (dalam perancangan)
* Mydin Store Manjoi (dalam pembinaan)
* Mydin Store Meru Raya (dalam perancangan)
* Mydin Store Ulu Kinta (dalam perancangan)

Sekolah (Rendah dan Menengah)

Terdapat beberapa sekolah di Ipoh dan juga sekolah yang telah dibina hampir se-abad yang lalu. Diantaranya termasuklah:

* Anderson School Ipoh
* Anglo-Chinese School Ipoh
* Ave Maria Convent
* Ipoh International School (IIS)
* Methodist Girls School Ipoh
* SMJK Perempuan Perak
* Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
* Sekolah Izzudin Shah
* Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta
* Sekolah Kebangsaan Manjoi 1 & 2
* Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMARI)
* Sekolah Menengah Doktor Megat Khas Ipoh
* Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh (Main Convent)
* Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat
* Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh
* Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya Ipoh
* Sekolah Menengah Kebangsaan kg. Dato' Ahmad Said Ipoh
* Sekolah Menengah Kebangsaan kg. Pasir Puteh
* Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu
* Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia (6J)
* Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan (SRC)
* Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh (RPS)
* Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun
* Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya
* Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA)
* Sekolah Menengah Seri Intan
* Sekolah Menengah Seri Putera
* Sekolah Menengah Sri Ampang
* Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator
* Sekolah Menengah Teknik Ipoh Persiaran Brash
* Sekolah Raja Perempuan Taayah
* Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh
* SM Raja Chulan Ipoh
* SMJK Sam Tet Secondary School
* SRJK(C) Sam Tet Primary School
* SMJK Poi Lam
* SJK (C) Poi Lam
* SMJK Yuk Choy
* SRJK(C) Yuk Choy
* SRK La Salle Ipoh
* SRK MARIAN CONVENT
* St Michael's Institution
* Tarcisian Convent
* Yuk Choy (SUWA) Independent High School
* SJK(T) St.Philomena Convent

Institut Pengajian Tinggi

* Institut Teknologi Cosmopoint
* Institut Kompas Accountancy and Business College
* Kolej WIT
* Linton College
* Olympia College
* Polytechnic Ungku Omar
* Sunway College Ipoh
* Kolej Poly-Tech MARA
* Unikl-RCMP

Sukan

Terdapat satu kawasan yang luas iaitu di Kampong Simee telah dipilih oleh Dewan Bandaraya sebagai Pusat Sukan. Sukan utama yang popular bagi (bola sepak) dan sukan-sukan lain, juga bagi acara padang banyak berlaku di Stadium Perak. Bersebelahan Stadium Perak terdapat juga stadium tertutup, iaitu Stadium Indera Mulia, memainkan peranan sebagai hos bagi sukan badminton. Ipoh juga rumah kepada Perak FA .

Berdekatan dengan stadium terdapat Kompleks Sukan Renang yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya. Ia dibuka kepada orang umum dengan kadar harga yang berpatutan (RM1 untuk hari biasa/RM2 untuk cuti umum and hari minggu). Kompleks ini mempunyai kolam bersaiz Olimpik, kolam untuk menyelam, kolam berombak, kolam bersederhana saiz dan kolam untuk kanak-kanak.

Ipoh merupakan tuan rumah velodrom, iaitu dipanggil Velodrom Rakyat. Ia merupakan Velodrom yang pertama di Malaysia dimana ia dibina atas inisiatif Dato' Darshan Singh Gill (sekarang Tan Sri Dato' Seri). Tambahan lagi, Ipoh juga menyerlah sebagai salah satu dari beberapa bandar di Malaysia yang mempunyai "stadium astroturf" untuk sukan hoki, yang dipanggil Stadium Azlan Shah.

Untuk golf pula, padang golf popular yang terdapat di Ipoh ialah Kelab Golf Diraja Perak (sebelah Tiger Lane atau Jalan Sultan Azlan Shah). Kelab Golf Meru terletak di Jelapang. Selain itu, jalan menuju ke Batu Gajah, terletaknya Clearwater Sanctuary golf club.

Tempat bagi sukan-sukan lain termasuklah Kelab Kilat di Pasir Pinji, Padang Ipoh di Pekan Lama, Padang Polo, dan padang polo di Iskandar Polo Club, di Ampang Baru.

Pengangkutan

* Jalan Persekutuan: Jalan umum di malaysia menghubungkan Ipoh dengan pekan-pekan sekitarnya dan juga Negeri-negeri lain (seperti pekan Gopeng, dan bandaraya Kuala Lumpur ke arah selatan).
* Lebuhraya: Dengan terbinanya Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan dapat bergerak dengan pantas serta lebih efisyen berbanding Jalan umum. Walaubagaimanapun, sesetengah pekan seperti Kampar hanya boleh dihubungi melalui Jalan umum. Pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan terpaksa memilih keluar ke Ipoh dari mana-mana 4 jalan keluar - Simpang Pulai, Ipoh(S) , Ipoh(U) & Jelapang.
* Keretapi: Ipoh's railway station dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya dapat menghubungkan diantara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar berdekatan.
* Bas: Termina bas antara-banndar terletak di Silveritage Galleria dekat Jalan Gopeng, berdekatan dengannya ialah Gunung Rapat, selatan Ipoh (dahulunya terletak di Medan Kidd, Pekan Lama).
* Udara: Bagi penerbangan udara, Lapangan terbang Sultan Azlan Shah merupakan satu-satunya lapangan terbang di Ipoh. Ia terletak berdekatan dengan Gunung Rapat. Walaubagaimanapun, lapangan terbang ini hanya memberi perkhidmatana penerbangan domestik (dan satu penerbangan antarabangsa).
o Untuk Mei 2006 (bagi Malaysia Airlines) dan September 2006 (bagi AirAsia), penerbangan telah digantung untuk mendarat di Ipoh. Diantara alasan-alasannya ialah jalinan udara yang tidak menguntungkan serta landasan yang terlalu pendek (untuk kes AirAsia).
o Penerbangan antarabangsa pula hanya terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (di Lembah Kelang, 200km ke selatan), dimana ia boleh dihubungi di jalan darat oleh bas ekspress (harga lebih kurang RM50 seperjalanan).
o Buat masa ini, lapangan terbang Ipoh digunakan oleh satu-satunya syarikat penerbangan Indonesia dan memberi perkhidmatan udara diantara bandar Medan-Ipoh.

Bandaraya Kembar

Ipoh telah menjalinkan hubungan bandaraya kembar (sister city) dengan bandaraya-bandaraya berikut:

* Fukuoka, Jepun
* Guangzhou, China

~Sejarah perak~
Zaman Kesultanan Melayu
Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia telah menduduki negeri Perak semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masihi.
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Muzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka.
Walaupun wangsa itu bermula dengan nasib yang baik, nasib itu tidak dapat dikekalkan kerana ia menjadi mangsa pihak Aceh, Bugis, Portugis, Belanda, Thailand dan kemudiannya British. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh, Sumatera.

Zaman Penaklukan British
Penemuan lapisan timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik pemasukan pendatang secara besar-besaran, terutamanya orang Cina. Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan tentang pewarisan serta orang bangsawan yang amat berkuasa, kerusuhan sosial dan politik yang dialami tidak dapat dielakkan. Campur tangan pihak British pada 1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan (seorang perampas) dipujuk turun takhta dengan pembayaran pencen supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang Residen British tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan polis tentera India diasaskan. Walaubagaimana pun, Residen yang baru itu tidak menerima sambutan yang popular dan beliau terbunuh pada 1877. Alangnya, Sultan yang baru telah terbabirt dalam peristiwa ini dan dibuang negeri ke Seychelles. Seorang pemangku raja mengambil alih tempatnya dan sepuluh tahun kemudian diizin menjadi Sultan. Baginda mangkat tidak sampai sebulan selepas baginda menjadi raja.
Warisnya, Sultan Idris, terbukti menjadi salah seorang Melayu yang bijaksana. Negeri Perak menjadi makmur dan maju di bawah pemerintahanny a. Keadaan kewangan dikawal dan langkah-langkah pertama untuk membentukkan negeri-negeri bersekutu diambil. Perak menjadi salah satu daripada negeri-negeri pertama yang membentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1897.
Negeri Perak menderita apabila harga getah merosot selepas Perang Dunia I. Walaupun Sultan Idris mangkat pada 1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi pandangan. Sultan Alang Iskandar Shah berkhidmat dengan polis NNMB dan memainkan peranan yang penting dalam pengasasan Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 1930-an. Perak diserang dan ditewas oleh pihak Jepun pada Hari Raya Tahun Baru 1942. Walaubagaimana pun, Sultan Abdulazziz, bukan seorang raja yang senang digulingkan.
Negeri Perak memasuki Malayan Union pada 1 Februari 1948. Ia juga ikut serta negeri-negeri lain untuk membentukkan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dan menjadi salah satu daripada negeri-negeri Malaysia pada 16 September 1963.

Salasilah Kesultanan Perak:

1. Sultan Muzaffar Shah (1528-1540 M)
2. Sultan Mansur Shah I (1549-1577 M)
3. Sultan Ahmad Tajuddin (1577-1584 M)
4. Sultan Tajul Ariffin Shah (1584-1594 M)
5. Sultan Alauddin Shah (1594-1603 M)
6. Sultan Mukaddam Shah (1603-1619 M)
7. Sultan Mansur Shah II (1619-1627 M)
8. Sultan Mahmud Shah (1627-1630 M)
9. Sultan Salehuddin Shah (1630- 635 M)
10. Sultan Muzzaffar Shah II (1636-1653 M)
11. Sultan Mahmud Iskandar Shah (1653-1720 M)
12. Sultan Alauddin Mughayat Shah (1720-1728 M)
13. Sultan Mudzaffar Shah III (1728-1744 M)
14. Sultan Muhammad Shah (1744-1750 M)
15. Sultan Iskandar Zulkarnain (1754-1764 M)
16. Sultan Mahmud Shah (1764-1771 M)
17. Sultan Alauddin Mansur Shah (1771-1786 M)
18. Sultan Ahmaddin Shah (1786-1806 M)
19. Sultan Abdul Malek Shah (1806-1818 M)
20. Sultan Abdullah Mu‘azzam Shah (1818-1830 M)
21. Sultan Shahabuddin Ri‘ayat Shah (1830-1851 M)
22. Sultan Abdullah Muhammad Shah (1851-1857 M)
23. Sultan Ja‘afar Shafuddin Shah (1857-1865 M)
24. Sultan Ali Al-Mukammil Innayat Shah (1865-1871 M)
25. Sultan Ismail Mu‘abiddin Ri‘ayat Shah (1871-1874 M)
26. Sultan Abdullah Muhammad Shah (1874-1877 M)
27. Sultan Yusuf Sharifuddin Mu‘azal Shah (1877-1887 M)
28. Sultan Idris Murshidul Azam Shah (1887-1916 M)
29. Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Shah (1916-1918 M)
30. Sultan Alang Iskandar Shah (1918-1938 M)
31. Sultan Abdul Aziz Al-Mutasimbillah Shah (1938-1948 M)
32. Sultan Yusuff Izzuddin Shah (1948-1963 M)
33. Sultan Idris Iskandar Shah (1963-1984 M)
34. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (1984-Sekarang)
melayu online.com

No comments: