Apr 6, 2010

Cuti Bersakit

8:45am. Sesudah Khamis sebelum Sabtu
Di sebuah klinik swasta yang di dirahsiakan .

"Doktor ada ?" Sisakit menanya pada nurse cun di matanya.
"Ada, nak jumpa ... dari mana?" Nurse Cun senyum sinis.
"Dari XYZ co". Sisakit jawab pendek bersahaja.

Sisakit mengambil posisi tempat duduk menghadap Nurse Cun. Senang nak usha.

"En Sisakit sila masuk". Nurse Cun membuka pintu.

"Morning Doktor". Sisakit bersuara lemah.
"Please sit .... Tell me ?" Dr terus menulis tanpa memandang Sisakit.

"Dr... ermmm ... Badan semua ok but....... ". Sisakit merenung Dr. Kelu benar lidah nya.
"Not to worry.. I got the best medicine ...".Dr terus mencapai buku kecik segi empat. Terus menulis, Dr masih tak memandang muka Sisakit lagi.....

Sudah berbelas tahun Sisakit mengadu segala sakit pening pada Dr ini..
Helaian kertas itu dikoyak...

"Get the nurse to chop ". Keras suara Dr.

"thanks Dr". Sisakit senyum terbatuk2...
"Jangan minum ais". Baru la Dr memandang Sisakit dengan senyuman....

Sisakit membalas senyuman sambil menggenggam erat ubat kertas ........!!!

P/s : jangan anggap Sisakit tu adalah Sayai sudah.

1 comment: