Jul 31, 2010

USIK LAAA

630 petang waktu Ipoh.

Sejak aku di tukarkan department kerja, jarang benar aku dapat merasakan tiupan angin petang yang bertiup dari padang depan Opis aku.Makin banyak kerja aku dibebankan.

Aku melangkah lemah menurun tangga, ku lihat di luar hujan turun dengan angkuhnya. Bagaikan tidak memberi aku peluang memecut pulang dengan motor kapcai kesayangku. Teringat baju hujan aku tersidai di pagar rumah, kalau aku rempuh hujan ni tentu aku lenjun. Lenjun bagi ku tak mengapa yang aku tak tahan nanti leteran Orang rumah aku.Kaki aku mengambil keputusan mengikut niat hati aku, melangkah aku ke kedai mamak sebelah.

"Kopi O suam" Aku memberi arahan selamba pada Anuar yang berasal dari Bangladesh.
"Sikit jam siap" tersenyum menjawab.
"Apa2 sikit jam !!! cakaplah skit Minit,Sikit Jam banyak lama" Aku meninggi suara sengaja mengUSIK Anuar.
"Baik encik". Tersengih Anuar mungkin menahan geram USIKan aku.

Aku capai paper Metro. "USIKan Abg membawa maut" tajuk kecik bahagian bawah kanan langsung tidak menarik minat aku. Aku bukak helaian demi helain mata melihat namun langsung tidak membaca, fikiran melayang di kuasai email boss aku tadi. Sukar benar aku melupakan bait2 perkataan nya, dia saja mengUSIK aku ke ??

"Abang kat mamak ni, Ujan lebat" aku menjawab panggilan telefon Isteriku. Terus aku hirup kopi O.....
mengelepur aku, nyaris tak tumpah kopi o aku, Panas... !!!!!!!, aku jeling Anuar, tersengih dia..Cess dia mengUsik aku. Mintak kopi O suam dia bagi Kopi O benar2 panas.Jilat pelat lidah aku.

Tiba aku di USIK/cuit di pinggang. Geli di selangi rasa marah.Aku toleh belakang, satu wajah yang dah lama aku lupakan. Aku anggap macam musuh tradisi dalam senyap. Aku dan dia memang tak sehaluan,selalu tak sependapat tapi bersahabat baik. Satu hubungan persahabatan dingin agaknya. Entah lah gang motor zaman bujang aku dulu.

Fikiran aku melayang mengenangkan.............

"Roll" kami gelarkan dia. Roll suka mengUSIK aku dulu. Aku ni pulak jenis tak melawan sangat, suka mendiamkan diri, membalas sekali sekala.  Tibalah satu hari aku benar2 tak tahan lagi dengan USIKan dia. Panas membara , jiwa amarah aku menjerit minta di lontarkan keluar. Teringat aku pesan datuk "Orang yang kuat mengUSIK ada lemahnya". Aku fikir2.......Di depan kawan2 ramai tambah ada seorang awek yang Roll dah usha lama, ini peluang aku......

"Roll jangan cakap banyak lagi, Macam ni je la ko angkat motor ko tu kita main" Aku bangun memandang tajam Roll.
"Jomm jalan depan ni lurus cantik" muncung mulut dia menunjuk jalan.
"Ahhhhh Jalan tu tak mencabar, nak main jalan lurus baik p trek. jom jalan Sultan Idris 5 terapic light, kita lawan cilok, ada berani ??". Aku sebenar nya memang tak berani, harap motor je ranggi power takde. Tapi aku tau Roll hanya berani berlumba jalan lurus. Kalau dia berani, aku pikirkan aku pasti bagi dia menang, aku cuma menaruh nasib dia kan tak berani menyahut cabaran aku.

Lama benar dia memikir baru dia nak membuka mulut, tapi aku cepat2 potong cakap dia, aku tau dia dah menunjuk tanda2 dia takut, jadi aku hanya perlu tekan kan lagi jangan bagi dia bersuara.

"Dah la Roll, ko takut cakap je la, depan awek cakap melangit buat angkat habuk pun tak lalu"Aku kembali menyimpan kunci di poket seluar. Rasa puas aku dapat melawan USIKan Roll. Tentu dia malu.

Sejak hari tu USIKkan Roll makin kurang, aku senang hati, aku pulak yang makin galak mengUSIK dia. Hehehehhe...

2 comments:

EL MARIACHI said...

satu ayat je yeop boleh kupas bermacam macam perkara dan peristiwa...terbaekk yeop!!!

ainz said...

best jmpe mmber yang da lame mnyepi..byk memori silam yg terpacul kat fikiran..hehe~