Oct 15, 2010

Kutu Cara Baru

Minggu Pertama.
"Ayah, Akak nak 5 hengget" Napa ntah hari tu aku tanpa soal terus bagi je duit. Biasa aku akan jalankan soal siasat untuk apa duit tu.

Minggu Kedua
"Ayah, Leh bagi Akak 5 hengget". Sama juga seperti minggu lepas aku suruh je tengok dlm poket seluar " Tengok dalam seluar Ayah"

Minggu Ketiga.
"Ayah nak 5" sambil tangan nye menunjuk angka 5. Kali ni baru berdetik hati aku. Mungkin pasal poket dah kering menunggu hari gaji.
"Tiap2 minggu Ayah bagi buat apa?". "Duit belanja sekolah mana?" Aku pandang dengan pandangan marah. Saja nak gertak skit.
"Ada la Ayah lagi 2 minggu Ayah tau" Mira bersuara agak tersekat2 tapi ada nada ketawa.
"Ayah, Akak main kutu dengan kawan 8 orang" suara Isyraf berlari menghampiri aku. "Lagi 2 minggu Akak dapat 40 hengget" Isyraf memberi info tambahan yang makin membuat Akaknya naik darah.

Terfikir aku sekarang ni siapa yang main kutu. Aku ke anak aku ??? Dia yang main tapi tiap2 minggu aku yang bayar. Pandai betul bebudak zaman sekarang.

Minggu Keempat.
Terpaksa juga keluar kan duit atas arahan mem beso.

Minggu Kelima
2 hari lagi...

1 comment:

Puan Capa said...

budak2 pon pndai main kutu?