Nov 16, 2010

TAK MENANGIS AIR MATA MELELEH JUA

Boss 1 : " Why u sitting in the dark?".
Aku     : "My eyes".
Boss 2  " Why what happen ?"
Boss 1  " U better see doktor now".

Sayang gak boss kat aku.

Aku merebahkan diri di sofa menunggu. Seluk poket aku keluarkan Blackberry bukak Facebook.
Ermm mesej Hari Raya Aidil Adha banyak. Aku jeling sekeliling seawal pagi pun dah ramai orang menunggu. 

Aku seluk poket mencari saputangan.. aku bangun meraba kesemua poket yang ada di pakaian seragam free aku.
Makcik sebelah menghulurkan tisu. Aku sambut ngan senyuman terima kasih. Aku sapu mata aku, aku tak menangis tapi air mata ku menderu keluar. Aku duduk,  Makcik tadi bangun beralih tempat. Di hadapan aku 2 orang ah moi senyum tawa memandang aku. Biarkan lah .. dalam hati aku " Aku jumpa doktor sakit aku nampak d badan, korang nampak sihat pe barang jumpa doktor ambik MC la tu ".... menyedapkan hati sendiri.

Nama aku dipanggil. Aku ketuk pintu Doktor.

"Good Morning Dato'" 
" Morning , seldom see u around now.. " Dato' Doktor menjawab tanpa memandang aku.
"Feel great Dato' but today aiiyaaaa...." aku tidak meneruskan kata2 ku.
"What happen ? " Baru Dato' memandang aku. " Tell me...".

Pagi ni seperti biasa bersama EX5 Honda Top Power aku jadi tunggang ke Opis. Tiba di persimpangan tiga secara tiba2 sebuah Vios hitam membelok dengan laju menuju tepat ke arah aku, tindakan pantas atas pengalaman beberapa tahun merempit zaman bujang,  aku masuk gear  satu ,  aku pecut EX5 aku ke kanan sebelah Kancil Putih, Vios hitam melanggar Kancil Putih. Dentuman kuat aku dengar, Aku terselamat tapi masalah aku belum selesai, Dek kerana minggu lepas aku menghantar motor kedai Ah Siong, aku suruh dia service, korek block kasi power. Aku tekan brek kaki dengan pantas, di depan aku Ah So tua membonceng basikal .Tapi gagal brek kaki motor aku tidak memberi kesan, Aku tekan brek tangan... Putus !!!! Motor aku masih  memecut dengan laju, aku berjaya mengelak menlanggari Ah So. Dua kali terselamat tiba2 .........................

"Dato this morning I escape 2 accident. I manage to ELAK 2 big things but Dato' this TINY flying insert, flying direct to my eye Dato'." Aku diam menunngu reaksi Dato'

Dato memeriksa mata aku... bla bla bla Dato' bagi syarahan.

Dato mengarahkan aku berehat di bilik sebelah. 

"Very Interesting Story... Never look down on small thing see what its make u now." 
"Look if that Car hits U, U think U will Cry ?"... " I think Better U cry now"  Dato ketawa.
" Take rest 1 days...."

Aku MC sehari ni.. tiada niat aku mengambil MC semata2 nak sambung cuti raya....ITULAH CRITA AKU 

3 comments:

Ivy Metaga said...

bagus tu kalau dapat bos yg prihatin :)

Aku-Ida said...

ida pun.. nak2 tgh pntang ni lagi la ngade2 asyik nk meleleh tak memasal....isk isk

Murni Alfathunnisa said...

wah3...kesayangan bos ni. pe2 pun alhamdulillah..nasib baik le escape the other 2 accidents tu..