May 24, 2011

BERSANGKA BURUK PADA ALLAH.

8.10 mlm
Lokasi kedai mamak depan umah aku.


Selesai menghantar anak ke kelas Tiusyen akan menghala ke kedai mamak berdekatan. Masih ada satu setengah jam lagi sebelum habis kelas anak aku tu. Pada mulanya aku berfikir nak ke Kompleks Yik Foong untuk melihat2 Samsung Galaxy Tab terbaru, taukeh kedai tu hari ni je dah 4-5 kali asik call aku suruh datang.. "Kawan lu tarak beli tarak apa punya, mari datang tengok dulu". Begitulah ayat taukeh tu memujuk aku. Dia tau 90% kemungkinan aku pasti akan sambaq satu, lagipun aku tak penah menghampakan dia sebelum ini. Korang bayangkanlah tolak Iphone 3gs aku tu balance aku leh bayar bila ada duit, mana nak dapat offer camni. !!!!!!. Memikirkan aku hanya berkain pelikat, bertshirtkan baju pagoda dan duit ada RM5 di tangan(wallet tertinggal) aku matikan niat ke sana. Lagipun aku takde alasan yang sesuai nak di bagi pada orang rumah aku - napa aku tukar lagi handphone. ( jangan cari bala).

Aku membetulkan kain pelikat, ikat kemas2 (bukan apa aku lupa pakai seluar dalam) mahu pulak nanti terlurut kain... naya aku. Aku lihat Jenal duduk sendirian, Jenal sahabat baik aku sejak dari sekolah Tadika lagi. Aku perhatikan dia, dah macam orang bermasalah. Aku menghampiri dia.

"Nal ko ni pe hal ? " aku membuka bicara.
"Ko ada duit bak skit" Jenal memandang tepat muka aku. Aku ngan Jenal ni tiada istilah hutang. Aku ada duit aku bagi dan begitu juga dia sebaliknya. Tapi aku le yang selalu menanya duit dia.
"Aku ada 5 hengget je ni, ko pe hal ?" Sekali lagi aku menanya kali ni dengan suara agak tegas.
"Ko tau masalah aku kan.... lagi mau tanya " Jenal membalas ngan suara yang keras.

Aku tau masalah Jenal, dah sekian lama dia menghadapi berbagai2 masalah dan musibah menimpa dirinya. Aku pun hairan kenapa lah Jenal di timpa masalah satu demi satu serentak. Sebagai kawan aku pun turut terasa bahangnya, Kalau aku jadi dia mau mereng kepala agaknya.

"Tuhan tak adil pada aku Zul, ko tau aku jenis orang macam mana, aku tak tinggal sembahyang, aku puasa penuh, aku ikut semua suruhan agama tapi aku tetap terus menerus dapat musibah. Ko tengok kawan kita Alip tu, sembahyang tak, minum arak, pompuan jangan cakap la tapi Tuhan tetap bagi dia kesenangan dan kemewahan. Naik pangkat dan bergaji besar tapi aku ni..... "  kata2 Jenal terhenti...

Aku teringat balik 3 tahun lepas aku mengalami situasi begini. Rasa macam dah putus harapan dan berserah pada hari ke hari. Syukur aku di beri petunjuk dari Nya. Yang penting kalau dalam situasi begini pertama kali jangan BERSANGKA BURUK PADA ALLAH. Allah turunkan musibah sebagai tanda kasih sayangnya menguji sejauh mana keimanan kita. Allah akan melihat dan menilai jiwa kita. Pertolongan Allah datang dalam pelbagai cara cuma kita kadang2 terlepas pandang atau tidak menyedarinya.

3 tahun lepas aku jumpa seorang pakcik ni dalam kedai Game. Masa tu aku tengah tension sangat. Nak release tension konon aku pi kedai game ( nasib baik la masa tu aku release tension kat kedai game kalau di buat nya aku ambik...... ). Dah abis dekat 10 hengget aku lepak di satu koner, pakcik tu datang bagi aku sebatang rokok dengan air Mirinda. Aku ambik tanpa banyak soal. "Bla bla bla bla..........." sembang punya sembang Pakcik tu bukak satu cerita.....

"Ada seorang tua, dia ni seorang yang sangat warak. berbagai2 musibah dan dugaan di turunkan, Pakcik ni tempuhi dengan sabar, hinggalah satu hari diturunkan banjir. Pasukan menyelamat datang ke rumah Pakcik tu dan menyuruh dia berpindah tapi pakcik tu cakap Takpalah Allah akan tolong aku. Air makin naik kali ni Pasukan Penyelamat datang menaiki bot, Pakcik tu tetap juga enggan berpindah, Takpalah Allah akan tolong aku katanya. Akhirnya air sudah ke paras bumbung dan Pasukan Penyelamat datang dengan bantuan Helikopter tetapi Pakcik tu tetap tak mau berpindah, Takpalah Allah akan tolong aku. Akhirnya Pakcik tu mati kelemasan. Di Sana Pakcik tu menanya pada Tuhannya, Kenapa engkau tidak mahu menolong aku padahal aku tetap hatiku padamu. Jawab tuhan, Bukankah sudah aku hantar Pasukan Penyelamat menyelamat kan engkau, kemudianya aku hantar bot menyelamatkan kau, kau masih berdegil aku hantar Helicopter juga menyelamatkan kau.Janganlah kau bersangka Buruk padaku."

Aku ceritakan balik kisah ni pada Jenal, aku tau dia endah tak endah je mendengarnya. Tapi aku harap dia sedikit sebanyak dia dapat ilham dari cerita aku tu. Yang penting kalau kita dalam situasi yang tertekan jangan sesekali bersangka buruk pada Allah.

"Tapi Alip tu ...." Jenal bersuara setelah sekian lama menyepi.
"ko jangan peduli dia, Allah turunkan kesenangan pada dia supaya diri nya makin jauh dari Allah. Kesenangan buat dia makin lupa, kalau dia masih tak ingat suatu hari nanti disana bala dah pasti." Aku cuba menyedapkan hati Jenal.

Aku letak duit 5 hengget aku menuju ke pusat tiusyen.

1 comment:

adzmarfazami said...

kesenangan yang dia dapat juga satu dugaan...