Nov 1, 2008

Curahan hati bAtU

Pejam celik, tanpa di sedari tahun 2008 dah nak sampai ke penghujungnya. Hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi. Sinaran suria 2009 di pagi Khamis 1 January menandakan chapter 2009 akan bermula. Kawan2 ku, bagi yang telah membuat azam tahun 2008 sedarkah ?!! Azam tu dah di capai ?, tercapai ? atau masih lagi bergelut tergapai2 mencapai apa sahaja agar tercapai azam 2008. Bagus teruskan usaha jangan jadikan masa sebagai medium kegagalan mencapai kehendak azam 2008.

2008 ini bukan tahun yang akan aku banggakan. Aku tidak menetap sebarang azam. Penghujung 2007 hikayat lara aku mula terencana. Diberikan aku mesin masa, pasti sekarang aku berada di tahun 2009 atau zaman Francis Ford Coppola. Takkan aku tinggalkan jejak. 2008 akan cuba dilupakan. Namun aku tahu, tak mungkin. Hanya akan menjadi bayangan, igauan dan mainan dalaman hati.

10 bulan 2008 terlalu banyak rintangan kekecewaan diharungi. Pedih dihati masih terasa. Berbulan2 aku cuba menampal "HandyPlus". Telus jua. Makin dalam rasanya. Senyum di wajah lukisan ceria, hati menyimpan seribu duka. Bagaikan pelakon Opera Cina aku rasakan. Berwajah2 meneruskan lakonan. Rentak tari kehidupan aku tarikan. Aku mengarah sendiri lakonan Opera. Lagak drama bersiri Sandiwara Semasa di kaca TV. Tetapkan terus dilakonkan, kritiklah aku sindirlah aku wahai penonton sekeliling agar aku terus berada lingkungan skrip aku.

Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Cerita pun bermula

Hidup bagaikan pentas opera
Muzik hidup bergema aksi insan bermula
Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinari hatimu dengan kesucian
pastikan keadilan pastikan jaya

Hidup Bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya

Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya

Lakonkan penuh semangat wira
Pastikan langkah keyakinan
Leburkan ketidakadilan
pastikan kedamaian pastikan jaya

2008, Chapter gembira akan ku kenang. Tawa riang aku didengari, dikongsi bersama2 keluarga dan rakan2. Mereka senantiasa ada di saat aku memerlukan pertolongan. Penawar pedih menuetralkan pahit. Sungguh aku berterima kasih. Kasih sayang keluarga penguat semangat. Rakan2 seperjuangan menghulur tangan tanpa mengharap balasan. Tak terbalas rasanya.

Maaf dipinta pada jiwa2 aku lukai secara sengaja dan tak disengajakan. Harap sinar 2009 membawa satu harapan baru.

2 comments:

iEn said...

kejap jer rasa dah akhir tahun... :)

.:sanDORA:. said...

usia pun dah nak bertambah lagi setahun la.. aiyyarkk makin tuo...