Nov 29, 2008

Bantal

Dengan bantal tidur pun boleh mengenal sifat2 manusia..

Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian memerlukan banyak pendamping. Meraka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada2 dan boleh menerima keadaan sedaanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata2.

Meletakkan Bantal Dibawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Meraka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai kehendak. Mereka tak suka berusaha.

Tidur Tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang tinggi. Kadangkala membawa kepada sifat egois.

Tidak Punya Bantal
Kasihan orang2 begini... pergi la beli satu, bukan mahal mana pun !!!

2 comments:

cik wanie said...

wanie jenis suka peluk bantal,
kalau x der bantal nak dipeluk susah tol nak tidurrrrr,
hehehehehehe

Monkey D Luffy said...

peluk bantal lah best