Feb 11, 2010

Gathering Muka Buku Anak Perak

Lama benar rasanya aku tak meng update blog aku ni.

6/2/2010
Jam 5.00 petang waktu Malaysia

Setelah beberapa minggu aku, Megat Rambai, Zeck's Zam Eypoh dan Khairul Khamis merancang untuk buat Gathering julung kali Group Facebook "Muka Buku Anak Perak" akhirnya terlaksana. Aku dan kawan2 memang tak pernah lagi menganjurkan acara cam ni, jadi kami pilih tema "Light n Easy". Hanya perjumpaan suai kenal di samping untuk merancang aktiviti yang akan datang.

Ribuan TERIMA KASIH pada semua yang hadir, mereka ni sanggup turun dari Penang, Klang, Kuala Lumpur, Bidor,Lumut, Ayer Tawar dan lain tempat. Memang pada mulanya aku merasakan sangat gabra tentang sambutan dan kedatangan member. Tambah gabra bila di suruh berucap.. Haru ayat pun lintang pukang..

Maaf dipinta pada member dari Lumut, Bidor dan Slim River yang sesat. Akan dijadikan pengalaman ini sebagai panduan kemudian hari.

Walaupun hujan pada petang itu turun dengan lebat, masih ada lagi member2 sudi hadir..










MBAP (Muka Buku Anak Perak) merancang untuk menubuhkan satu Pasukan Pilihan MBAP. Sesiapa yang berminat boleh la memberi nama dan nombor HP. Pemilihan pemain akan diberitahu kelak.

Pertandingan kuiz teka teki hanya tinggal beberapa minggu saja lagi. Buat masa ni belum ada sesiapa lagi yang dapat menjawab dengan betul. Hadiah Teka Teki di taja oleh alamak.. dia enggan dikenali..

Disamping itu Pertandingan mereka cipta Banner MBAP juga sedang berlangsung selama sebulan. Terima kasih yang telah menghantar penyertaan, sampai kan aku dah naik pening memilih, semua cun2 belaka. Memang kreatif. Hadiah merupakan sumbang VIRGA BATIK RESORT penginapan 2H/1M. Terima kasih VIRGO TELUK BATIK sudi menaja hadiah.


Blogger dari Perak ada Facebook sila la join k.. Jamin pack with fun aktiviti.

5 comments:

sharamli said...

ala...perak je ke

Lifesaver said...

ramai jgk yg dtg erk

ibu_umairah said...

meriah nyaaaa...mest sonok kan

Ivy Metaga said...

bestnya, nampak meriah lah =)

siti murni ishak said...

untuk anak perak aje la yer...urm...walaupun 'light n easy'..tetap nmpak havoc..& meriah..