Jan 9, 2011

Marah ada Rasa Suka Pun Ada..

Dari jauh aku perhatikan dia, Dia cuma terpaku di situ. Aku dah mula jatuh hati. Aku mesti mengorak langkah. Mesti lakukan sesuatu sebelum si dia di sambar orang lain. Perlahan2 aku mendekati, Aku teliti setiap sudut tubuhnya, akhirnya aku angkat perlahan2, aku letakkan di lantai, aku sarung kaki ku kedalamnya, aduhhh sungguh selesa. 

"Cess pas diskaun RMXXX/= " hati aku sedikit keciwa. 
"Pedulikan, beli saja ko nak tunggu orang hadiahkan, ermmm sampai bila pun takda, swipe je kredit kad" - syaitan  memujuk.

Aku beli mengenangkan kasut kerja aku pun dari warna hitam dah jadi hitam belang putih. 

Nak jadi cerita baru beberapa kali aku memakainya DI CURI ORANG !!!!! TAK GUNA punya pencuri. Mangkuk Hayun... **%@^.......
Tapi aku masih boleh tersenyum mengenangkan betapa bodohnya Pencuri anak jin tu. Dah beberapa lama aku buat sound trouble ngan Orang Rumah aku, Aku dok pikirlah macam mana nak humban mesin basuh lama yang dah berbulan2 tersadai depan umah. Dengan mesin2 basuh rosak tu pun Pencuri tu angkut. Apa sangat la dia leh dapat dari Mesin Basuh tu..Yang aku hairankan sangat bila la masanya dia buat kerja ni..Lantak la yang penting, pemandangan menyakitkan mata dah hilang selama2nya. 

Walau camne pun aku nak ucapkanlah jugak terima kasih atas kebodohannya  menyelesaikan masalah aku. Cuma aku geram/sedih atas kehilangan kasut tu. Apa nak buat, sabar je lah. Kat sana nanti aku tuntutlaaa.


5 comments:

Puan Capa said...

sabar je la ye

Bapak said...

eh bro letak kasut tu dalam mesin basuh lama tu ker? hehe...

sabar je, takat tu rezeki kasut tu..insyaallah ada rezeki baru yang lebih baik menanti...

white rose said...

ayat akhir tu yang tak tahan dengor...

Azura Mendezz said...

Hehehe!!Sgt comel la pencuri itu.. =P

piNky LuCiA said...

aku tak dapat bayangkan dia angkat mesin basuh tu dengan pelan2. hahaha