Jan 7, 2011

Orang Jalan = Walkman

Semalam sedang aku mengemas bilik stor aku, aku terpandang satu kotak. Aku ambik buang segala habuk2 dan sawang yang melekat.

"Apa tu Ayah ?". Mira bersuara kala aku sedang membuka kotak.
"Inilah Harta yang paling Ayah sayang, Walkman".
dengan sedikit bangga aku hulurkan pada Mira.
"Camne nak main?, CD masuk mana ?" Mira dah mula kehairanan.
"Pakai Kaset la"
"Kaset tu apa ?"

Laa bebudak sekarang ni Kaset pun dah tak tau. Yang mereka tau CD ataupun MP3 Player.


Seingat aku, aku beli Walkman ni 20 tahun dulu. ( WHAT !!!! 20 tahun dulu... wow rasa diri ni dah tua). Zaman dulu siapa ada Walkman kira hebatlah. Bukan senang nak beli lagipun harga nya mahal. Aku dulu nak beli pun jenuh lah bodek Datuk aku (bodek mak bapak gerenti tak dapat), campur ngan duit belanja sekolah  akhirnya dapat la.

Walkman ni la jadi peneman setia aku. Punyalah sayang kat Walkman ni, member2 nak pinjam kirim salam je la. Walkman ni jenis pakai Bateri AA, nak selalu beli bateri masalah lah pulak. Lagi satu dulu nak beli kaset Original mahal jadi aku dengar je dari kaset2 yang aku dubbingkan. Jimat la skit.

Esok aku nak ke kedai cari headphone. Harap2 boleh la guna lagi...

Nostalgia betul benda ni.

4 comments:

Oong-ong said...

pernah gak ada walkman mcm ni..ala2 kuno gitu kn..haha

Puan Capa said...

saya pon still ada lagi walkman camtu

white rose said...

sy punya dah ntah kemana...
dulu2 sape ade walkman, dikirakan hebat & anak org kaye...

hahaha...

HirumaKecil said...

Menggamit memori... Teringat zaman2 dulu.. nak beli bateri pon kena kumpul duit.. budak2 la ni selamba ja beli macam2... Pakai iphone 3 bulan dah tukar ambik iphone4.. Tapi bila ingat2 balik masa dulu2 kallau dapat apa yg kita hajatkan tu, memang syok sangat2... sayang sampai la ni.. benda dah rosak pon simpan lagi buat kenangan.. Betul la apa yg orang cakap, lagi susah nak dapat sesuatu lagi dalam kepuasan yg kita rasa.. Tengok budak2 la ni.. dah dapat satu2 benda tu bukan nak jaga elok2... dulu2, calaq sikit ja dah sedih cam nak nagis.. hurm... Zaman dah berubah,....