Aug 31, 2009

Aku Kan Merdeka

Selamat Menyambut Kemerdakaan pada semua teman2..

Merdeka kita
Merdeka Negara
Merdekan Minda
Merdeka Merdeka Merdeka

Malam merdeka yang ke 52 seperti malam2 merdeka yang terdahulu. Beginilah aku takkan kuor umah. Lebih senang duduk di rumah menghadap TV, layan famili or ber on9. Aku rasakan kurang nye merdeka aku kalau aku kuor umah time cam ni. Jalan sesak, orang ramai lak tu macam2 hal, kan ke tak merdeka aku rasa kan. Keluor berkereta duduk lama2 dek kerana jem .. fuhhh tak merdeka.

Aku dah merdeka. Aku punya tanggungjawab sendiri. Tanggungjawab pada keluarga. (yang terpenting). Aku merdeka buat keputusan dalam famili, dan aku juga bagi kemerdekaan pada orang umah aku dan anak2 buat keputusan dalam famili. Ya Famili Merdeka.

Aku bagi kemerdekaan pada semua kawan2 untuk mengkritik atau memuji aku. Akan aku jadi kan kritikan itu untuk menambah erti merdeka dalam hidup aku. Memuji aku akan aku merdeka kan UOL kat kedai mamak. Hehehehhee. Ya Kawan2 ku yang Merdeka.

Aku juga rasa merdeka untuk mengkritik dan memuji kawan2 semua. Tapi aku harap kritikan aku tu UOL jangan la ambik hati sangat, kritikan aku cuma nak menambah erti merdeka persahabatan kita. Bila aku memuji UOL semua, memang aku benar2 merdeka ngan pujian aku, tak mengharap kan sebarang balasan, cukup lah UOL terus bermerdeka menjadi kawan2 aku. Ya kau dan aku terus Merdeka.

Cuma dalam beberapa segi aku tak dapat lagi merasa merdeka. Untuk hidup senang sikit dan demi keluarga aku di hambakan beban hutang. Hutang rumah dan hutang kereta. Aku yakin dengan perancangan yang aku buat, Aku kan merasa merdeka dari bebanan hutang nanti. Cuma masa menentukan. Ya nak merdeka dari hutang.

Tapi pada yang berhutang pada aku tu, aku belum lagi nak merdekan hutang anda. Cuma aku bagi kelonggaran untuk anda memerdekakan hutang itu. Ya Bertimbang rasa aku supaya kau dan aku merdeka hutang.

Teringin aku nak merdeka dari arahan tempat kerja. Satu penghambaan yang berterusan tapi demi kesenambungan hidup aku set kan fikiran aku, aku merdeka di tempat kerja. Aku di beri kemerdekaan cara bekerja(walaupun ada mata2 yang senantiasa memerhati), memberi buah fikiran memantapkan soal bekerja(walau idea aku bagai angin lalu bagi mereka) namun aku gembira bekerja di sana. Ya aku merdeka dalam erti kata ala2 merdeka.

Merdeka tetap merdeka.

Aug 29, 2009

Puasa Dulu2

Alaaaa baru pukul 6.30 ptg. Lambat la lagi waktu berbuka ni. Isteri ku sedang sibuk di dapur.
Katanya ada hidangan istimewa. Membuat aku tambah tak sabar ....
Anak2 aku sibuk bermain Sony Playstation. Aku cuma memerhatikan saja sambil menghenjut buaian. Sesekali aku sound anak2 aku bila jeritan mereka bertambah kuat.

Aku pikirkan kalau lah zaman aku kecik2 dulu ada video game cam ni. Puasa berbulan2 pun mesti takkan terasa.....

Teringat aku kembali ..............

Sedang aku sedap melepak depan TV. Mata pun makin tambah kecik maklum lah zaman aku dulu program TV mana laa sesyok sekarang. Cuma ada 2 channel je TV1 dan TV2. Program pun semua ala kadar je tapi iklan nya alahaaiii makin dekat waktu berbuka makin banyak la iklan makan dan minum . Tiba2

"Yob !! Mak ingat kan kamu ngikut Abah, dari kamu baring tu meh tolong Mak"

Home Minester Mak aku mula keluarkan arahan... menyuruh aku antar kuih atau gulai ke rumah jiran2 terdekat.

"Yob kamu tunggu mintak balik pinggan tu ".

Aktiviti petang sebelum waktu berbuka, mesti kena antar kuih2 atau gulai. Yang best nya Mak aku cuma masak 1 atau 2 hidangan tapi bila dah bertukar2 hidangan ngan jiran, banyak dan bermacam2 jenis hidangan dapat. Inilah kelebihan bulan puasa dulu, sekarang ni payah dah tradisi ni nak dikekalkan. Salah satu sebab aku cukup berkenan menghantar sebab bila pi umah yang ada anak dara seusia aku dapat lah kenen2 skit. hehehhehee

Petanda bukak puasa pulak bunyi Beduk(tempat aku panggil Kantong) di Surau. Bukan macam sekarang bukak je Radio. Nak menunggu bunyi Beduk ni amatlah siksa rasanya. Kita tengok jam dah masuk waktu tapi Beduk tak jugak berbunyi sebabnya kena ikut jam Tok Siak. Selagi dia tak ketuk selagi tu la menunggu. Hati mula fikir macam.. ni mesti Tok Siak makan dulu ni.. Abih pahala puasa.

Makin dekat berbuka mula aku ngan adik2 gaduh berebut makan. "Ini Yob punya.. Tu adik punya". Asyik la menanya Mak.. "Mak lambat lagi ke ....".

Pas berbuka, sembahyang maghrib dulu kat umah baru le ke surau. Tapi mesti ke kedai dulu sebab sana orang la bebudak melepak. Dengar azan Isyak baru le bergerak ke surau. Kadang2 tu orang tengah sembahyang terawih kami dok bawak surau pekena kuih2 ngan air kopi pekat. Best tol...

Bangun sahur, nak dengar suara mak aku melagukan irama kejutan ni la masanya. Kelam kabut orang tua tu siap kan hidangan tapi kami ni kadang2 langsung tak bangun. Sian kat Mak aku..

Puasa waktu sekolah dugaan punya lah cukup kuat. Aku ni sekolah cina orang melayu beberapa kerat je ada. Kantin pulak bukak , kawan2 asyik dok sakat je. Apa nak buat dok pehati dari jauh je laa.

Dushhh !!!! terasa ada bende di muka aku...

Tertido aku rupanya.. Sayup2 terdengar azan di radio........

Aug 27, 2009

Forum Central

Forum Central
Aku nak promote website berforum yang masih baru dan tengah hangat ni. Berkonsep kan Gedung Perkongsian Ilmu Anda.. Sharing is Caring. Bermacam2 ilmu boleh dikongsi dan di manafaatkan. Disamping tu anda boleh la melepas tension dengan forum 'Umum' yang mana berbagai jenaka, lawak dan kisah2 seram dll. Forum untuk para blogger juga ada. Dapatkan tip2 bagaimana nak buat blog anda bertambah kaw. Perkongsian ilmu komputer dan internet juga ada. Ada masalah ajukan saja disana, kami akan cuba menjawab sebaik mungkin.
Jom la apa tunggu lagi... Register diri anda dan aktifkan berforum....

Kelebihan Terawih

Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 :
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 :
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 :
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 :
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 :
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 :
Seru Malaikat “Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) “

Malam 19 :
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 :
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 :
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 :
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 :
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 :
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 :
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 :
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 :
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’

Aug 23, 2009

Ilangkan Ngantuk


Ngantuk beno mata ni..

Tido kan kurang pahala...

tengok2 dalam pic2 facebook aku tu ada la
pic2 yg dianggap lawak sebab aku tengok aku gelak sendiri..

Jadi ni aku share....

Aug 21, 2009

Selamat Berpuasa n Niat Puasa

Syukurlah dapat lagi kita menjalani ibadah puasa pada
tahun ini.
Malam ni sembahyang terawih dah mula. Penuh mesjid2
dan surau2. Barulah nampak muka2 yang kenal tapi
jarang sangat nampak di mesjid. hehehhehe

Tahun ni aku setat la train anak laki aku si Isyraf,
bawa dia sembahyang terawih. Seronok dia, mana taknya
rupa2nya ramai pulak kawan2 sekolah dia kat situ.

نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
Lafaz niat utk sebulan puasa
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”


نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
Lafaz niat puasa
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala”

Aku nak ucapkan selamat Berpuasa dan berbuka puasa pada semua. Ingat berbuka puasa bila dengar azan Maghrib bukan azan Zuhur ok.
=========================================================


Ni aku kat Sg Dua ahad lepas. Pergi merasa Mee Udang yang femes sangat tu.. Udang2 nye semua
beso2. Memang best !!!

Pas makan Mee, kami ke Taiping pulak, pekena Yong Tau Fu sebelah balai bomba.

Kira2 ni round2 makan sebelum pose la
hehehehhhe

Aug 20, 2009

Gula Pree

"Tan gula 2 bungkus"

"Akbih"

Dah 3 kedai aku jelajah. Takde jugak.

Masalah trouble ni...

Dapat idea !!! Terpandang sebuah restoran berhuruf "M" dari jauh.

"Akak masuk dalam abik seberapa banyak paket yg boleh"

"Akak nak Oreo "

Dalam beberapa minit, Akak kembali dengan senyuman.

Jadilah malam ni lepas la nak buat kopi.

Aug 18, 2009

EnJoY GiLeR - Futsal LaWaN

Keadaan Semakin genting, aku membuka magazine peluru. Tinggal sebutir.
Aku mengintai dengan berhati2, Samseng2 yang memburu aku semakin menghampiri.

Bang !!

Satu tembakan di lepaskan. Aku rasakan dada aku bergetar. Peluru telah menembusi dada ku ?
Oh tidak !! rupanya getaran handphone Nokia E71 aku. Pesanan sms...

"Dah siap ke ? Taxi dah gerak ". pesanan sms ringkas dari Kapten Megat. Aku cuba memikir kan dan menyah encode kan code dalam sms tu. "Taxi dah gerak " apakah maksud nya ??

Agghhh pedulikan semua tu, aku takde masa nak memikirkannya. Buat masa ini nyawa aku lebih penting.

Tiba2.... Ring !!! Ring !! Handphone aku berbunyi bergetar lagi dada ku.

"Kat mana, Taxi dah sampai!!" Suara Megat sayup2 kedengaran.

Alamak !! aku tersedar dari lena, bingkas aku bangun .....

"On the Way' jawab aku dalam kelam kabut. Jawapan standard la kan ..... aku pandang jam dah kol 6 pagi, janji mulut semalam kol 6.15 pagi nak gerak ke Butterworth. Sepantas kilat aku bersiap. Aku pecut Honda EX5 baru aku, nasib baik lah pengalaman zaman bujang aku merempit dapat aku gunakan waktu genting ni.

Sampai aku terus masuk kereta, tak cakap banyak. Kot kang aku kena kutuk !!.

Kami menuju ke Tol Kuala Kangsar untuk mengambil pemain VIP (very important player) Nizam. Mesti dah keras kot menunggu.....

Di perhentian Bukit Gantang, Megat mula membahagikan elaun pada semua pemain. Cess belum main dah dapat duit, camne la sukan kat Malaysia ni nak maju.
Aku hanya memerhatikan saja. Maklum la aku ni bukan pemain tapi cuma seorang tukang sorak merangkap pembantu Pengurus, merangkap jurugambar dan juga merangkap Water boy. Banyak jawatan aku sandang sesen pun elaun tak dapat. Sedih giler. Nasib baik la Branch Manager begitu perihatin ... " ko makan semua on house" sedap skit ati dengar cakapnya.

Safira Sports Complex
16/8/2009
HSBC Futsal Tournament.

Itulah tujuan kami. Para pemain kami di terdiri daripada "Star" yang telah di reject oleh team2 bertaraf dunia.

Megat "Furgeson" - Pengurus pasukan(Banyak pengalaman, selalu mengurus event makan)
Khairul "Ven Der Saar"- Gol keeper(macam labah2, bekas penjaga gol rumah hijau)
John Meor "Nani" - Penyerang & Pertahanan(kaki gentil bola yang lupa diri)
Nizam "Gerrald" - Pertahanan (terkenal ngan asakan keras, pakar arah pemain, dia laks rileks)
Khairul Boss "Beckham" - Pertahanan (perancang pasukan, dah naik atas berat nak turun)
Vignesvaran "Ballack" - Penyerang (pakar score, asyik tunggu depan pintu gol lawan)
Karthik "Ronnie" - Penyerang (macam lipas kundung, lari laju bola tinggal belakang)
Syed "Owen" - Gagal menghadir kan diri, katanya nunggu deghoyan
Azizul "Pom Pom Boy" - Pakar bakar semangat dan kaki kutuk lawan.

Hanya 5 team berani menyahut cabaran. Setelah undian tanpa kontraversi dilakukan, kami akan bermain di game pembukaan menentang team DST PGH. Perlawanan dijalankan secara timbal balik dan top 2 team aku menyandang Juara dan Naib Juara.

Perlawanan 1 menentang DST PGB
Team yang rata2 nya budak muda. Mungkin dek kerana gugup ataupun pemain kami ni segan nak menunjukkan skill terpendam, pemainan kami kucar kacir. Tapi nasib baik la Skill terpendam Karthik, dia menjaringkan gol dari jarak jauh. Gol itu juga lah telah menyedarkan pihak lawan dan mereka mula mengasak pintu gol kami. Terpaksa Khairul bekerja keras menangkis sampai tak cukup tangan. Akhirnya seri 1 -1.
Perlawanan 2 menentang HSBC Amanah.
Tersedar dari lamunan, pemain kami(sebenarnya kena sound ngan Pengurus) mula menunjukan skill masing2. Bermacam2 gaya menjaringkan gol ditunjukan. Tanpa belas kasihan kami berpesta gol. Menang 7-0

Perlawanan ke 3 menentang HSBC SNP
Kecemerlangan kami diteruskan, segala skill mengelecek, asakan dan lain2 ditunjukkan. Separuh masa kedua, pemain kami mula banyak bertahan dan mula la memegang perut sambil rukuk umpama mencari duit syiling di tengah padang. Menang 6-1

Perlawanan ke 4 menentang DST PGB
Game yang penuh kontraversi. Pasukan lawan tahu kesemua pemain kami mempunyai skill yang tinggi, lalu menjalankan perang saikologi. Beberapa adengan panas berlaku. Aku pun depa saikologi, diajak bersembang jadi aku tak dapat lah sangat monitor game dan memberi arahan2.
Seri 2-2.

Setelah di audit oleh badan berwajib. Kami di isytiharkan sebagai Naib Juara. Happy n berbaloi.

Secara keseluruhannya
Satu outing yang dah lama tak dilakukan. Dah lama kami tak de outing yang sebegini enjoy. Dengan pemerintahan Boss baru kami (pemimpin yang berjiwa rakyat) menjanjikan lebih banyak lagi aktiviti2 mengempis perut.

So... Get urself ready !!!!

Aug 14, 2009

Ceramah Agama

Ust Shamsuri - Belaian Kasih Kepada Anak2.

Tip2 yang berguna mendidik anak2 dan beberapa cerita menarik untuk dijadikan panduan.

Aug 13, 2009

Cucu vs Anak

Musim Demam datang lagi...

Ketiga2 anak aku mengambil turn pas sorang2 demam. Minggu lepas Akak demam, aku kuarantin kan dia di kampung 3 hari. Seronok Akak dapat balik kampung. Kat sana Opah dan Atuk nya ikut saja kata Akak. Dah terbalik budak kecik lak macam bos. Nak makan apa, apa saja akan diturut oleh Opah dan Atuknya. Yang aku geramkan time aku kecik dulu nak mintak sekupang pun dah beso biji mata bapak aku. Bila cucu dia mintak seringgit, 2 ringgit dibagi nya. Ade ke patut ?

Sayang cucu melebihi sayang kan anak.

Mira baru darjah 3 dah 2 kali Atuknya tuko kan Handphone. Aku nak dapat talipon mainan dulu pun payah terpaksa pulak aku mengadu kat Opah. Ok la Adil la tu kan.

Mira dah 2 buah basikal Atuknya belikan. Aku dari kecik sampai sekolah menengah kongsi basikal ngan adik aku.

Aku marah Mira malas nolong Ibunya. Aku pulak kena marah ngan Opahnya...
"Budak tu kecik lagi, kamu tak nak buat .. kang mak buat". kata mak aku ngan suara tegas.

Aku bagi Mira belanja sekolah RM3. Opah nya kata tak cukup, Opah nya tambah lagik RM1.
Aku dulu di bagi 40sen je. Mintak lebih kang ..... siaran radio takde on off berkumandang...

Opah n Atuknya kemana pergi, balik gerenti bermacam2 barang dibeli bagi Mira. Aku dulu dapat la kopok Chikedi je.

Mira dapat keputusan exam yang sedikit tak memberangsangkan. Opah n Atuknya boleh kata "pandai cucu Opah".. "ambik ni......". Aku pulak tali pinggang aku dapat dari Abah.

Aku soh Mira belajar Puasa. Tengah hari dia makan.. Aku sound. Aku kena balik.
"Nak munuh anak ke kamu,budak tu kecik lagi"....
Aku dulu baru nengok peti ais je " AAAAAA berani bukak le".

Mesti UOL's pun mengalami keadaan yang sama ngan aku kan. Jangan kecik hati, nanti anak kita dah beranak nanti, kita akan menjadi seperti itu. Percaya lah.

Aug 11, 2009

Cantek vs Alhamdullilah

Mata co-pilot aku Mira melilau mencari parking..

Hari Ahad bukan senang nak cari parking kat Tesco Ipoh. Masuk ni dah 2 kali aku pusing, masih tak berjumpa lagi...

"Park luar la Ayah"

"Ooo Sorry Ayah penat tadi basuh keta, Last round takde parking kita beli je kat kedai ubat cina depan umah"

"Ayah ! Ayah ! tuuuuu ada kosong ... kat pintu masuk lagi".

Sepantas kilat aku pusing stereng menuju ke tempat yang ditunjuk Mira..

"ooiii Sayang, tu nampak tanda apa ?" muncung mulut aku gaya menunjuk.

"Khas untuk Orang Cacat, Akak tau la".

"Then ......."

"Ayah kan kaki sakit".

Semalam aku bermain badminton. Ntah cam ne aku terjatuh. Terhenjut2 berjalan kaki sakit.

"Perli Ayah yer, Sebulan tak boleh main PS2".

Tiba 2 orang cina warga emas mengetuk tingkap kereta aku. Tangan nye menunjuk keretanya menandakan dia nak keluar.

"Cantik.... YEssssss"

"Ayah, bukan cantik la tapi cakap Alhamdulillah, syukur dapat parking." "Uztazah cakap macam tu".

Bagai ketul batu jatuh aku rasa. Budak 9 tahun membetulkan kesalahan aku.

Aug 8, 2009

Kenangan Zaman 80an

Masa aku sakit terbaring, teringatlah aku kenangan2 lama waktu aku kecik dulu2. Yang mana aku rasa bebudak sekarang takkan dapat merasa betapa seronoknya masa zaman dulu.

Masa rumah tak lagi ada bekalan Elektrik.
Kampung aku hanya dapat bekalan eletrik seingat aku seawal tahun 1980. Sebelum tu malam2 kami guna lilin, pelita dan minyak gosalin je. Yang aku suka pakai lampu minyak gasolin ni sebab kena di pump baru le boleh menyala. Asyik berebut ngan adik nak mengempam.
Bila Atok aku beli TV, time tu TV hitam putih je. Channel pun ada 2 je RTM1 dan RTM2. Tu pun siaran setat kol 6 petang tamat kol 12 malam. TV tu lak pakai bateri, cam bateri kereta. Setiap 2 hari kena antar kedai charge.

Ais Batu
Mana ada peti ais kat umah. Kalau dapat merasa ais masa tu dah kira mewah. Tiap2 petang ada la Ah Pek naik basikal akan melaung melagukan "Ais ! Ais !". Ais tu diletak kan habuk papan supaya tak cepat cair. Tabik sama Ah Pek tu naik basikal je jual Ais. Pas ngaji singgah kedai beli ais kepal. Kongsi makan ngan kawan2.

Petang2.
Time ni la aku paling tunggu2, pas mak kasi lampu hijau capai basikal terus cari member2. Main sampai senja. Cukup time leh la dengar suara ibu2 memanggil. Kadang2 Mak kan suruh antar kuih/lauk ke rumah jiran, antar dekat2 kawasan umah je.

Kat Sekolah Rendah.
-Berus gigi. Semua pegang cawan, berwarna warni dan macam2 corak. Pas tu kena mencangkung tepi longkang gosok gigi. Macam2 karenah la time tu.
-Paling takut lak bila pegawai pergigian datang. Nampak je kad Hijau semua budak dah kecut. Takut kad yang dipegang tu kad nama kita. Ada yang lari kuor kelas bila nama dipanggil. Lawak.
-Program susu sekolah. satu kotak seingat aku 30 sen je. Sekarang ni dah cancel.
- Makan kat kantin murah. Semangkuk mee dalam 30 sen, air 10 sen bawak duit belanja 50 sen.
boleh save lagi 10 sen. Budak sekarang RM3 pun tak boleh nak save.
- Kantin lak masa tu leh jual makanan ringan. Cherkedis, Mamee, Ding Dang, O ya, main tikam2.

Mandi Sungai/Memancing/Menjala/Menembak Ayam
Yang ni aku suka mandi sungai tapi time cetek le. Atok aku le selalu jadi bodyguard masa tu. Dia mancing aku melompat terjun mana Atok aku nak dapat ikan. Balik Umah Opah sound la Atok. Pergi berjam2 balik bawak penat.
Pada bulan2 yang tertentu Atok aku ambik lesen memburu, ikut Atok memburu. selalu nya Ayam hutan. Dapat terus sembelih panggang.. fuhh sedap giler ...

Atari n Game n Watch
Aku rasa bebudak sekarang tak kenal permainan ni. Game dulu2 best, simple tapi cukup mencabar. Permainan Game n Watch ni selalu lepas exam ramai le bebudak bawak ke sekolah.


Bersambung......

Aug 4, 2009

Permainan Masa Aku Kecik Dulu

Bebudak zaman sekarang memang hidup mewah. Nak apa2 je cakap je kat mak bapak. Mak bapak dek kerana sayang ikut kan aje kehendak anak tu. Tak macam bebudak dulu, nak mintak sekupang mak bapak pun takut. Mak bapak jeling dah kecut perut.

Tapi bebudak dulu memang kreatif dalam mencipta permainan. Tak perlu banyak modal pun.Guna apa yang ada depan mata. Budak sekarang nak alat permainan mesti kena beli.

Pakai tak lama .Harga lak beratus2. Beribu pun ada.

Permainan dulu pulak semua jenis menyihatkan badan, main gerenti kuor peluh, baju kotor, Mak pulak angin je. Tapi esok main lagi hehhehe. Sekarang pulak permainan semua stail duduk depan screen. Mana nak sihat badan lak tambah gemuk.

Aku teringat la zaman aku kecik2 dulu banyak la permainan yang aku suka main. Permainan tu pulak main waktu petang selepas abis ngaji. Yang best bila budak kampong seberang datang.. fuhhh lawan wehhhh kampong mana lagik best.

Senapang askar2.

Permainan ni budak lelaki je yang minat. Senapang kami buat sendiri, cari kayu yang tak pakai lagi tu kami buatlah senapang. Pas tu ikat ujung nya ngan getah. Peluru lak pakai suratkhabar lama yang telah direndam. Buat bulat. Kena tak sakit. Tapi kadang2 tu kami pakai gak buah (apa dah aku dah lupa). Yang ni kena sakit oooo

Polis Sentri.

Satu group jadi polis satu lagi jadi pencuri. Nak undi siapa jadi polis ke pencuri ke so kenalah semua letak kaki dalam bentuk bulatan. Seorang akan menyanyi (aku x ingat lagu nya). Then main la kejar2.

Aci Nyorok

Seorang akan menutup mata sambil mengira dan yang lain2 akan bersembunyi. Permainan ni pulak kalau main waktu senja mak bapak cukup marah. Kang tak pasal2 kena sorok dek orang bunian.

Main Penutup Botol.

Penutup botol Coke, Pepsi dll di bawahnya ada selapis platik yang kadang2 memang cantik hiasannya. Jenuh la kami mencarinya kat kedai2 kampung. Cungkil penutup botol tu pelan. Main la secara tiup2. Pemenang akan dikira sekiranya Pelapik dia berada di atas lawan.

Main Tepuk Daun Terup.

Seonok gak ni main .. kalau lawan tu pompuan . heheheh ambik kesempatan ..

Sekiranya daun terup tu jatuh terbalik kira kalah laa..

Baling Selipas.

2 team. Satu jadi pembaling dan satu lagi jaga. Selipas tu akan didirikan macam pyramid. Macam2 gaya le nak membaling bagi jatuh selipar tu. Bila dah jatuh cepat2 lari kalau tidak kena baling ngan selipar tu.. sambil lari tu kena jugak atur strategi untuk dirikan balik pyramid tu. Baru kira menang.

Main Guli.

Macam2 bentuk weh.. cantik2. Buat bulatan .. letak la pertaruhan dalam bulatan tu.

Pas tu kena baling dari jauh. Yang keluar dari bulatan kira dia punya. Yang menang penuh la guli dalam tin Milo

Cup Tiang.

Sorang kira monyet la..berlari rebut tiang siapa dapat dulu.

Zero Point

Getah akan dipegang dari satu ujung ke satu ujung. Seorang akan berada di tengah sambil melompat. Ada la lagu yg depa nyanyikan. Budak laki time ni la nak nunjuk kat budak pompuan betapa hebatnya dia. Kalau budak pompuan yang melompat, budak laki dok tunggu kot2 kain terselak… hehehhee

Galah Panjang

Yang ni memang best main kat court badminton atau kat padang yang lapang. Korang mesti penah gaduh sebab lebih line time cuit pemain lawan,hahaha. Macam2 strategi disusun nak sampai tembus pertahanan pasukan lawan. Masa tu sapa paling laju dan badan kecik senanglah nak menang.

Main Kawin2

Yang ni aku tak suka benor, tapi kena ikut main gak bila mak sedara aku tu suruh aku selalu kena jadi anak dia.. mungkin time tu aku kecik lagi. Siap bersanding lagik tu.. makan lak kami cari le bahan2 dalam kampong, pisang, buahan2 atau ambik bawah tudung salji mak.

Main lawan Kad

Yang ni best gak. Lawan specs kereta, kapal terbang dll. Siapa spec paling beso menang.

Leh nambah pengetahuan. Contoh2 lain main kad. Happy Family, Donkey dan Snap

Main Sumpit.

Yang ni selalu tok pedajal kawan. Ambik la beras ke ais batu yang kecil masuk dalam straw pas tu tiup kat kawan.

Congkak.

Pakai biji getah je.. Lubang lak kami korek kat tanah.

Main Tikam2

Yang ni bagi budak2 yang banyak duit leh main. Bayor sekupang dpat la tikam. Kena dapat la hadiah. Mak bapak aku cukup angin bila tau aku abis belanja sekolah main ni.

Ada unsur2 judi la katakan.

Yang ni aku dapat ingat. Ada banyak lagi .....

Aug 2, 2009

Dr Scan (Pengamal Perubatan Alternatif)

Udah nak masuk 2 minggu aku demam.
Udah 3 doktor aku pergi.
Udah banyak la aku dermakan darah tok di uji kaji.

Hasil nya aku di sahkan tak mengidap H1N1 atau pun B1N1 satu lagi.....
Berita gembira kan.. Namun hakikatnya aku masih lagi tak sihat...

Orang Umah aku menyuruh aku berjumpa ngan Doktor Scan. Kami panggil pengamal perubatan alternatif ni Dr Scan kerana cara dia mengubat amat berbeza sangat. Kelebihan pada diri nya dia boleh mengetahui apa2 yang tak kena pada fizikal, rohani dan emosi dengan cara yang amat unik. Tidak perlu peralatan yang canggih dan mahal. Cuma sebatang pen!!!! Dia akan scan dengan cara kita berada di depannya atau pun dia boleh scan diri kita dari jauh (tak perlu kita berada di klinik nya). Menakjubkan. Perubatan moden yang ada sekarang ni aku syorkan harus di moden kan lagi supaya menandingi kebolehanya.

Pada mulanya memang aku amat sangsi ngan kebolehan Dr Scan ni. Mana boleh seseorang tu mengetahui satu2 masalah/penyakit tanpa peralatan yang secukupnya. Confirm dia tidak merawat dengan cara menyimpang dari batas2 agama Islam. Melangkah masuk ke kliniknya amat simple.. dindingnya dipenuhi sijil2 yang diiktiraf dan juga anugerah2.

Aku mula yakin kebolehannya bila anak aku Liya .....

2 bulan yang lalu.
Doktor klinik swasta mendapati ada satu yang tak kena pada Liya. Doktor mengesyorkan aku membawa Liya ke Hospital Pakar dengan segera. Dalam perjalanan ke Hospital Pakar, Orang Umah aku menelefon Dr Scan ....
Tak sampai beberapa minit Doktor Scan memberitahu Orang Umah aku apa yang tak kena pada
anak aku Liya. Dr Scan menyuruh aku ke Hospital Pakar untuk kepastian. Time tu jugak la berjujuran air mata Orang Umah aku tuu..

Di Hospital Pakar
Sejam menunggu giliran akhirnya masuk ke bilik doktor pakar. Doktor mula check apa yang patut....

"Puan, saya terpaksa refer kes anak puan ke doktor lain, doktor ni pakar dalam kes ni"

"Doktor kan Child Specialist. Why u nak refer another doktor".. Aku hairan ...

bla bla bla ... jenuh la aku bersoal jawab ngan doktor tu.. Orang Umah aku dah duduk menung menangis...

"This case is beyond my knowledge. As for years I a doktor this is my frist case like this, I can say 1 in a million born. But time is on your side.. We detect early and I believe there will be a solution but only time .. there no medication on this".

Terkedu aku.. Aku bersetuju berjumpa ngan Doktor pakar yang disyorkan oleh Doktor pakar.

perrggghhhh.. kena buat appoitment lagi lak tuu.. kena ambik cuti lagii.. demi anak takpa ..
Kena tunggu 3 hari baru dapat jumpa .. Doktor ni fully booked..

Pas 3 hari.
Pagi2 lagi kami dah terpacak depan klinik dia.. Aku tau klinik nya memang hari2 penuh. Ada kalanya orang akan datang seawal pukul 6 pagi cuma untuk mengambil nombor giliran.

Aku suka cara doktor ni merawat anak aku.. Baik, Sopan santun dan berpengetahuan luas. Setelah di berikan taklimat baik dan buruk, aku setuju anak aku menjalani beberapa ujian.

1. Ujian Darah
Hasil positif.

2. Ultra Sound
Pun sama positif, masih gagal mengetahui kenapa dan punca nya.

3. MIR
Dapat la tau akhirnya.

Apa yang doktor pakar cakap serupa yang Doktor Scan bagitau..
Memang sah takde ubat untuk Liya dalam dunia perubatan moden masa ini. Cuma Liya harus menjalani Physioteraphy secara berterusan. Dan Doktor pakar mengesyorkan juga perubatan alternatif.

Jadi lah aku penghuni tetap .. berulang alik la tiap2 minggu ke Hospital Pakar tu.. Sampaikan sekarang Jururawat dah ramai kenal aku.. siap boleh bertukar2 ID Facebook lagi.. Angin jugak la Orang Umah aku ... hehehhehehe

Beralih pada Dr Scan..
Dek kerana Liya masih kecil, Dr Scan menggunakan badan aku sebagi medium untuk dia check Liya.. Aku sanggup je asal kan Liya cepat sembuh.

Perkara yang sama juga Dr Scan cakap.. serupa jugak lah apa yang Dktor Pakar tu cakap. Aku tak la bagitau pada Dr Scan tu....

Hari Ini
Dr scan , scan aku.
Result nya ada yang aku tak berkenan tapi dah hakikatnya .. terima je laa

Aku menyuruh gak Dr Scan nengok kan ayah aku.. Ayah aku lately ni tak sihat..

Betul... apa yang Ayah aku hidapi di beritahu satu persatu.. Ayah aku masa tu ada di rumah..

Kemudia nya , aku menyuruh scan Mak aku yang menemani aku.. Mak takut lalu terus keluar dari klinik nya...

Menakjub kan..

Ubat2 yang diberi hanya lah ubat2 herba..

Ada beberapa lagi keistimewaan Dr Scan .. Nanti lah aku ceritakan lagi..... Dah pukul 3 pagi..
Ubat tak makan lagi nii..

Aug 1, 2009