Aug 31, 2009

Aku Kan Merdeka

Selamat Menyambut Kemerdakaan pada semua teman2..

Merdeka kita
Merdeka Negara
Merdekan Minda
Merdeka Merdeka Merdeka

Malam merdeka yang ke 52 seperti malam2 merdeka yang terdahulu. Beginilah aku takkan kuor umah. Lebih senang duduk di rumah menghadap TV, layan famili or ber on9. Aku rasakan kurang nye merdeka aku kalau aku kuor umah time cam ni. Jalan sesak, orang ramai lak tu macam2 hal, kan ke tak merdeka aku rasa kan. Keluor berkereta duduk lama2 dek kerana jem .. fuhhh tak merdeka.

Aku dah merdeka. Aku punya tanggungjawab sendiri. Tanggungjawab pada keluarga. (yang terpenting). Aku merdeka buat keputusan dalam famili, dan aku juga bagi kemerdekaan pada orang umah aku dan anak2 buat keputusan dalam famili. Ya Famili Merdeka.

Aku bagi kemerdekaan pada semua kawan2 untuk mengkritik atau memuji aku. Akan aku jadi kan kritikan itu untuk menambah erti merdeka dalam hidup aku. Memuji aku akan aku merdeka kan UOL kat kedai mamak. Hehehehhee. Ya Kawan2 ku yang Merdeka.

Aku juga rasa merdeka untuk mengkritik dan memuji kawan2 semua. Tapi aku harap kritikan aku tu UOL jangan la ambik hati sangat, kritikan aku cuma nak menambah erti merdeka persahabatan kita. Bila aku memuji UOL semua, memang aku benar2 merdeka ngan pujian aku, tak mengharap kan sebarang balasan, cukup lah UOL terus bermerdeka menjadi kawan2 aku. Ya kau dan aku terus Merdeka.

Cuma dalam beberapa segi aku tak dapat lagi merasa merdeka. Untuk hidup senang sikit dan demi keluarga aku di hambakan beban hutang. Hutang rumah dan hutang kereta. Aku yakin dengan perancangan yang aku buat, Aku kan merasa merdeka dari bebanan hutang nanti. Cuma masa menentukan. Ya nak merdeka dari hutang.

Tapi pada yang berhutang pada aku tu, aku belum lagi nak merdekan hutang anda. Cuma aku bagi kelonggaran untuk anda memerdekakan hutang itu. Ya Bertimbang rasa aku supaya kau dan aku merdeka hutang.

Teringin aku nak merdeka dari arahan tempat kerja. Satu penghambaan yang berterusan tapi demi kesenambungan hidup aku set kan fikiran aku, aku merdeka di tempat kerja. Aku di beri kemerdekaan cara bekerja(walaupun ada mata2 yang senantiasa memerhati), memberi buah fikiran memantapkan soal bekerja(walau idea aku bagai angin lalu bagi mereka) namun aku gembira bekerja di sana. Ya aku merdeka dalam erti kata ala2 merdeka.

Merdeka tetap merdeka.

9 comments:

chipsmore said...

slamat ari merdeka...heee ;)

Monkey D Luffy said...

aku x merdeka dr hutang ni

huhuhu

LUVLYDIYANA said...

merdeka dr tempat kerja plg heaven..esok dah nak sekolah..wa..rase tak merdeka..huhu

amirul said...

Salam Bro,

Salam kemerdekaan... hutang merupakan sebahagian dari hidup manusia lazimnya... kalu bijak membuat perhitungan... InsyaAllah akan MERDEKA darinya... Selamat menjalani ibadah puasa...

a kl citizen said...

sudah 52 tahun
alhamdulillah
sudah merasa 43 tahun daripadanya
semoga
Allah beri peluang
dapat merasai
merdeka
seterusnya

SuFy said...

haha..merdeka dr hutang tu lawak cket..hurm, sufy pown masih berhutang dgn ofis yg dulu..adeihh, bila la nak kaya ney..haha

Lifesaver said...

salam keMERDEKAAN~

Tukang cerita said...

saya pun tak merdeka lagi...
hutang keliling pinggang...
hutang PTPTN pun tak abih byr lagi....

lalink7 said...

salam kemerdekaan kembali..

salamat berbuke..