Aug 11, 2009

Cantek vs Alhamdullilah

Mata co-pilot aku Mira melilau mencari parking..

Hari Ahad bukan senang nak cari parking kat Tesco Ipoh. Masuk ni dah 2 kali aku pusing, masih tak berjumpa lagi...

"Park luar la Ayah"

"Ooo Sorry Ayah penat tadi basuh keta, Last round takde parking kita beli je kat kedai ubat cina depan umah"

"Ayah ! Ayah ! tuuuuu ada kosong ... kat pintu masuk lagi".

Sepantas kilat aku pusing stereng menuju ke tempat yang ditunjuk Mira..

"ooiii Sayang, tu nampak tanda apa ?" muncung mulut aku gaya menunjuk.

"Khas untuk Orang Cacat, Akak tau la".

"Then ......."

"Ayah kan kaki sakit".

Semalam aku bermain badminton. Ntah cam ne aku terjatuh. Terhenjut2 berjalan kaki sakit.

"Perli Ayah yer, Sebulan tak boleh main PS2".

Tiba 2 orang cina warga emas mengetuk tingkap kereta aku. Tangan nye menunjuk keretanya menandakan dia nak keluar.

"Cantik.... YEssssss"

"Ayah, bukan cantik la tapi cakap Alhamdulillah, syukur dapat parking." "Uztazah cakap macam tu".

Bagai ketul batu jatuh aku rasa. Budak 9 tahun membetulkan kesalahan aku.

8 comments:

sufy said...

alhmdulillah..ehehe, bagusnya ada anak cmtuu..hurm...yeah, bukan cantikk tapi syukur....

CINTAMANISZ Lite said...

hehe..elok ler. Dah hang pun kata 'lidah hang umpama keris'. Tu yg 'turun' pulak kat anak tu, hhe..

Sesekali, mmg elok pun anak kita 'smash' kita cenggitu.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

oppss.. dah terkena...

saya selalu gak kena ngan bebudak ...senyum jer..

Ivy Metaga said...

alahai comel lah anak u tu, pandai juga...=)

Tukang cerita said...

hahahaaa........
alhamdulillah, ada anak cerdik begini....
:)

Monkey D Luffy said...

hahaha

padan muka

Arra JaSmY said...

Alhamdulillah..sekurang2 nyew adew yg mnyedarkan taw..tahniah,adew anak yg baik..ahaks.=p

Lifesaver said...

bagus dpt anak camtu...