Aug 8, 2009

Kenangan Zaman 80an

Masa aku sakit terbaring, teringatlah aku kenangan2 lama waktu aku kecik dulu2. Yang mana aku rasa bebudak sekarang takkan dapat merasa betapa seronoknya masa zaman dulu.

Masa rumah tak lagi ada bekalan Elektrik.
Kampung aku hanya dapat bekalan eletrik seingat aku seawal tahun 1980. Sebelum tu malam2 kami guna lilin, pelita dan minyak gosalin je. Yang aku suka pakai lampu minyak gasolin ni sebab kena di pump baru le boleh menyala. Asyik berebut ngan adik nak mengempam.
Bila Atok aku beli TV, time tu TV hitam putih je. Channel pun ada 2 je RTM1 dan RTM2. Tu pun siaran setat kol 6 petang tamat kol 12 malam. TV tu lak pakai bateri, cam bateri kereta. Setiap 2 hari kena antar kedai charge.

Ais Batu
Mana ada peti ais kat umah. Kalau dapat merasa ais masa tu dah kira mewah. Tiap2 petang ada la Ah Pek naik basikal akan melaung melagukan "Ais ! Ais !". Ais tu diletak kan habuk papan supaya tak cepat cair. Tabik sama Ah Pek tu naik basikal je jual Ais. Pas ngaji singgah kedai beli ais kepal. Kongsi makan ngan kawan2.

Petang2.
Time ni la aku paling tunggu2, pas mak kasi lampu hijau capai basikal terus cari member2. Main sampai senja. Cukup time leh la dengar suara ibu2 memanggil. Kadang2 Mak kan suruh antar kuih/lauk ke rumah jiran, antar dekat2 kawasan umah je.

Kat Sekolah Rendah.
-Berus gigi. Semua pegang cawan, berwarna warni dan macam2 corak. Pas tu kena mencangkung tepi longkang gosok gigi. Macam2 karenah la time tu.
-Paling takut lak bila pegawai pergigian datang. Nampak je kad Hijau semua budak dah kecut. Takut kad yang dipegang tu kad nama kita. Ada yang lari kuor kelas bila nama dipanggil. Lawak.
-Program susu sekolah. satu kotak seingat aku 30 sen je. Sekarang ni dah cancel.
- Makan kat kantin murah. Semangkuk mee dalam 30 sen, air 10 sen bawak duit belanja 50 sen.
boleh save lagi 10 sen. Budak sekarang RM3 pun tak boleh nak save.
- Kantin lak masa tu leh jual makanan ringan. Cherkedis, Mamee, Ding Dang, O ya, main tikam2.

Mandi Sungai/Memancing/Menjala/Menembak Ayam
Yang ni aku suka mandi sungai tapi time cetek le. Atok aku le selalu jadi bodyguard masa tu. Dia mancing aku melompat terjun mana Atok aku nak dapat ikan. Balik Umah Opah sound la Atok. Pergi berjam2 balik bawak penat.
Pada bulan2 yang tertentu Atok aku ambik lesen memburu, ikut Atok memburu. selalu nya Ayam hutan. Dapat terus sembelih panggang.. fuhh sedap giler ...

Atari n Game n Watch
Aku rasa bebudak sekarang tak kenal permainan ni. Game dulu2 best, simple tapi cukup mencabar. Permainan Game n Watch ni selalu lepas exam ramai le bebudak bawak ke sekolah.


Bersambung......

8 comments:

SuFy said...

ehehe..best2..menarik la bro..sufy pon rindu zmn kanak2..sufy pun sempat jg merasai kenangan mcm tuu..x mcm budak2 skrg kan..hurm, semua da senang dan byk kemudahan...tp syukur la tu semua mematangkan..wargh!!betul3..takut kena cabut gigiiiiii..haha

linn said...

waaaaa....nostalgia btol nih. ada sambungan lagi. cepat laa sambung hehe.

Eyda Chan said...

hahahahahahah yg duduk tepi longkang pegang berus gigi ngn gelas kaler2 tu aku sempat gak rasa.. syioknyaa.. rindu kawan2 lama plak..

Lifesaver said...

eiii~ teringat zaman dolu2

Ivy Metaga said...

yup..kenangan kecil mmg menyeronokkan hehe

Lady Libra said...

isk!! betul laaa... psl gosok gigi, cek gigi, projek susu sekolah.. tv hitam putih.. n petang2 capai basikal, pg main dgn kwn2 tu.. mmg betul2 kenangan laaa..:D.. cepat la sambung citer..best pulak bila teringat kenangan2 lama nih..:D

Lady Libra said...
This comment has been removed by the author.
lin said...

性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,ut聊天室