Mar 1, 2009

Kenangan Bersama Dial Up

Korang ingat tak kenangan masa sebelum ada nya broadband. Kita semua guna dial up dari Telekom tu. Selain Telekom, Jaring ada gak offer dial up service. Aku nak cerita skit la kenangan aku ngan dial up ni.

Dial up connection ni tak la selaju ngan broadband sekarang. Lagipun dial up ni satu hala je bila kita dah online, call tak leh masuk. Charge nya pulak ikut masa kita online, 3 sen seminit. Kalau yang kaki online 24 jam tu mau la bilnya beratus2 ringgit. Tapi masa tu kira popular sangat la connection ni.

Korang ingat tak bila kita nak buat connection kita kena dial 1515, pastu kena tunggu lebih kurang 15 saat baru connection tu establish. Masa menunggu tu aku paling suka dengar bunyi modem 56k, music to my ears rasanya. Rindu kat bunyi tu...
Bila dah connet. Klick ler Browser yang ada masa tu Internet Explorer atau Netcape. Firefox atau Opera lum wujud lagi. Homepage yang popular masa tu MSN. Yahoo dan google masa tu masih baru. Nak menunggu page tu load pun makan masa. Dek kerana charge internet mengikut masa, so aku bukak la 2 – 4 browser sekali gus. Mula2 bukak email hotmail. Pas tu bukak la MIRC. Chatting masuk la channel Dalnet Kampung. Masa tu kalau sehari tak masuk MIRC rasa tak sah.

Kalau nak download lagu punya la seksa, maklum la dial up ni speednya cam kura2. Masa tu torrent mana ada lagi. Terpaksa la pakai download manager kalau tak berzaman la menunggu. Bayangkanlah kalau download MP3 yang sizenya 5MB ambik masa 15 minit ke 30 minit sebab speed paling tinggi pun 5bkps. Nak menunggu abis download sempat la makan, sembang2 kat MIRC dulu. Masa tu file .rm (realplayer) popular sebab sizenya kecik. Jakionline la popular sangat masa tu. Kemudian bila Kazaa wujud baru la orang sibuk download MP3.

Aku selalu online masa tu kat CC. Bila aku dah selalu sangat balik lambat, mak pun dah sound. Aku ambik loan beli Komputer, bayor bulan2 3 tahun. Masa tu harga komputer mahal giler. Pasal nak bertenet sanggup. Bukak akaun kat Tmnet , seingat aku masa tu kita kena charge RM24 setahun untuk yuran laluan. Charge penggunaan pulak 3sen seminit. Sejam dah RM1.80. Sehari mau 3 – 4 jam aku online. Sebulan dah berapa.... Maka bising la mak aku tiap2 bulan. Terpaksa la bertukar ke prepaid. Abis la duit gaji buat top up.

5 comments:

Monkey D Luffy said...

bertuah ko... aku x rasa semua tu.. hehehe

Aku-Ida said...

dulu mule2 teringin nk online pon ida gune dial up.. bapak la lama nk donlod satu lagu.. siap leh tdo 4 5 jam pon tak setel lagi donlod lagu tu.. huhuhuhu..

gune sejam dua jam sebulan leh la jimat.. kalau hr2.. mau botak kepala

azza_irah said...

org ada kenangan tau ngn dial net ni..dulu2 tenet tak ingt donia...makan minum ntah ke mana..smpai bil beratus..
alih2 abg potong...haru...baru padan muka...

tapi mmg rindu bunyi connect tu kan..betul2 nostalgia..

etomyam said...

he he....aku sempat dial-up sebulan jer....x tahn rasa cam tugu negara jer dok tunggu page loading...tapi nada connection tetap jadi ingatan he he, best....cantik pagepeel tu bro...

.:sanDORA:. said...

haku dial-up pun dlm sebulan..
haku suke bunyi dial tu.. 1515..
pas tu aku gila CC pulak..
ha33.. kenkadang sampai pukul 1 pagi..
haku mukan chat pun..
tu la lepak kat forum KC.. adess!!

lama2 kurang dah..
kat opis ni free jer.. =P