Dec 30, 2009

Cuti2 Lagi

Hujung2 tahun ni, cuti masih berbaki aku bawak famili ke Terengganu. Lama gak tak datang ke Terengganu. Bertolak awal pagi aku mengikuti jalan Cameron Higlands. Jalan tu lebih dekat tapi sunyi, kiri kanan hutan je. Kalau malam gerenti aku tak kan lalu.






Sampai sana kami terus ke majlis perkahwinan. Yang menarik, aku suka sangat sebab rumah pengantin di tengah sawah padi. Terpaksa la park kereta jauh dan kemudian menyusuri denai ke rumah pengantin. Dah pukul 3 perut memang lapar giler. Bantai makan .. malu tolak tepi hhehheheh...


Pekena kopok lekor tepi Pantai Batu Berok memang layan. Cuaca baik pulak tu. Try la kopok lekor goreng tepung, best !! tempat aku tak de la jual. Tak sedar 3 trip ke kedai tu beli.. hehhehe

Dah sampai Terengganu, tak sah la kalau tak bershopping kat Pasar Payang kan. Kena pulak time aku datang tu hari Krimas, orang punya la ramai. Nak park keta payah, dah tu pulak Pasar Payang tak macam dulu harga dah mahal, nak tawar lelebih pun dah tak dilayan, maklum la orang ramai.


Esoknya adik aku bawak makan ke Haji Pok Long Seafood di Pantai Puteri. Siok makan situ, orang ramai kena beratur tunggu meja. Hidangan nye simple je , system layan diri, ambik je apa nak dan murah giler .

Yang baju merah tu la adik aku. Anak2 aku semua kamceng giler ngan Pak Ngah. Kalau adik aku ada, mula la anak2 mengada2.. nak dukung la.


Sebelum balik singgah shopping di Losong. Beli la buah tangan kat sedara n kengkawan. Sory la gang uol's order mulut je mana nak cekau duit, kalau hulur skit leh la banyak beli.. Lain kali bank in la skit. Seksa aku!!!

Balik aku ikut Grik sebab mak aku nak singgah di Bukit Bunga nak continue n perabis saki baki duit.

9 comments:

iyllienaz said...

ohh..destinasi yg sama..=)

a kl citizen said...

assalammualaikum

lama tak gi trengganu...

Lifesaver said...

tak penah gi terengganu lagi

LiNda said...

memang tau...

saya yang baru berpindah ke Paka, Terengganu pun rasa teruja nak meneroka seluruh negeri ini .

Bercuti sakan.. duit pun sama kempis . hahaha
Apapun.. yang penting happy kann...

p/s.. Batu Buruk . not Batu Beruk .. silap ejaan..

ezzati said...

cuti2 melesia..syokk

sharamli said...

huh..sempat lagik nak habeskan saki baki duit..p0mpuan..biasa la tu

sharamli said...

huh..sempat lagik nak habeskan saki baki duit..p0mpuan..biasa la tu

siti murni ishak said...

ganu mmg best..byk tmpt shopping..makan pun best..esp. kepok lekor..
alang2 nak perabiskan saki baki duit tu tapau la kepok lekor kat kengkawan..huhu....

Che'Gu Fazli said...

haha...sonot nmpk bro...batu buruk jd batu berok...memg best g sana.klu cuti sekolah, bleh kontek aku. wife aku org Jerteh, terengganu. nk bwk jln2 ke sana ok je.lain kali, try le ke daerah besut pulak. Pantai Bukit Keluang menarik juga...