Jan 2, 2010

Pak Henry Si Pejuang Tanah Asing

Tiap kali aku ke Pasar Gunung Rapat pasti aku akan ternampak seorang lelaki tua berbangsa Inggeris duduk bersama beberapa org lain menikmati teh tarik memerhati gelagat orang di pasar. 

Suatu hari Henry muncul di kaunter aku. Gabra giler jugak aku.. mampos la kena speaking london ni.. Aku cuba seberapa cepat untuk menyiapkan urusniaga nye.

"Can I hav ur pasport sir?".
"Pasport, saya tak ada pasport tapi saya punya I/C " terkejut aku Henry fasih bertutur Bahasa Melayu. Rupanya dia adalah warganegara Malaysia. Ku lihat tarikh lahirnya. Dah 82 tahun masih kuat walaupun bertongkat.

"Panggil saja Pak Henry"..

Esoknya aku ke pasar. Pak Henry seperti biasa ada tempat biasa. Aku menyuruh orang umah aku membeli apa yang patut, Pak Henry melambaikan tangannya. Aku menuju ke mejanya.ni aku kali ni aku tak la gabra  aku tau Pak Henry fasih berbahasa melayu walaupun ada campuran Indon.



Pak Henry menceritakan kisah hidupnya. Berasal dari Brittain, datang ke tanah melayu pada tahun awal tahun 1942 sebagai askar tambahan Inggeris yang di hantar untuk memperkuatkan gerila2 tanah melayu menentang Jepun. Masa tu dia berumur dalam belasan tahun. Mendarat di pantai Kelantan dan kemudian menyusuri hutan belantara sehingga sampai di Kampar Perak. Banyak kali bertempur dengan Jepun dan pernah di tembak di perut. Bila Jepun menyerah kalah, Pak Henry bertempur pulak dengan penganas komunis. Bila Tanah Melayu bermerdeka Pak Henry yang pada masa tu sudah berkahwin dengan wanita cina mengambil keputusan untuk terus tinggal di Malaya. Di kurniakan 3 orang anak. Sampai sekarang Pak Henry tidak pernah pulang ke tanah airnya.

Sekarang sudah setahun lebih aku mengenali Pak Henry. Banyak kisah2 dia dan banyak pengajaran dan nasihat aku dapat. Katanya Malaysia tempat yang aman damai. Tapi dia hairan kenapa bangsa Melayu gaduh ngan Melayu, Cina sudah bercerai berai, India pulak gaduh siapa kuat. Dulu masa menentang Jepun katanya semua bangsa bersatu, tak mengira pangkat angkat senjata, siapa ditembak tak kira bangsa pasti ada orang datang membantu.

Kata Pak Henry " Kamu merdeka kerna Aku berperang pihak kamu".

Apa yang boleh ku katakan pada Pak Henry.. "Well, Malaysia sudah merdeka dan Malaysia sudah lupa semangat Malaya".