Sep 18, 2008

Stress

Pengurusan Stress Di Tempat kerja
Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu
kerja dan keseronokan bekerja. Walau bagaimanapun , suasana tempat kerja yang kurang menyenangkan boleh mendatangkan STRESS. Stress yang sedikit memang perlu di tempat kerja untuk meningkatkan produktiviti. Tetapi jika Stress yang berlebihan, ia boleh memberikan kesan negatif. Tambah merumitkan lagi bila masalah keluarga dan peribadi dibawa sekali.
Sedarkah anda apakah tanda-tanda stress ? Kegelisahan, hilang selera makan, merokok berlebihan dari kebiasaan, kerisauan yang berlebihan, mudah meradang, kelesuan, hilang tumpuan dan tiada motivasi, gangguan tidur serta berkelakuan agresif. Awas anda STRESS.

Mengatasi Stress
BERSIKAP REALISTIK TERHADAP PEKERJAAN ANDA
Sebagai seorang pekerja, anda harus mengakui kekuatan dan kelemahan diri. Demikian juga dengan sikap positif pada setiap masa terutama dalam melakukan kerja. Setiap tugasan yang dilakukan haruslah dengan cara terbaik dan menerapkan unsur-unsur keseronokan dalam bekerja.

RANCANG KERJA ANDA
Ia berkait dengan pengurusan masa yang bijak. Elak dari menangguhkan kerja yang diberikan dan lakukan mengikut keutamaan. Jika ia mampu diselesaikan di pejabat maka selesaikan lah secepat mungkin.

TINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN
Jangan terlalu emosi sewaktu mencari penyelesaian masalah, tanganinya secara rasional. Suatu penyelesaian kerja mesti dilakukan secara sistematik. Sebaimana anda melakukan kerja, peyelesaian masalah juga harus dilakukan mengikut keutamaan. Ia boleh dilakukan dengan menyeneraikan langkah-langkah penyelesaian untuk menanganinya. Langkah-langkah tersebut harus sesuai dengan masalah yang dialami dan ia mesti dilakukan dengan wajar.

BERSIKAP POSITIF TERHADAP PERUBAHAN DALAM KERJA
Sikap positif sememangnya penting dan harus diterapkan dalam diri bagi memudahkan menyesuaikan diri dalam apa jua situasi. Demikian juga dengan sikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku.
AMALKAN KOMUNIKASI BERKESAN DI TEMPAT KERJA
Ketegasan dalam menjalankan tugasan dan pelaksaan tanggungjawab amat penting. Akan tetapi ia haruslah dilakukan dengan bijaksana kerana dikhuatiri akan wujud salah faham dari kaca mata rakan sekerja. Barangkali anda akan dilabelkan garang oleh rakan sekerja, justeru itulah ketegasan harus dilakukan sebaik mungkin. Dalam meluahkan pendapat anda, lakukanya dalam terang dan jelas serta penuh ketegasan. Ia boleh melambangkan keperibadian anda. Dalam masa yang sama anda harus menghormati pendapat orang lain meskipun pendapat mereka agak kurang bernas atau matang.

TINGKATKAN SOKONGAN SOSIAL DI TEMPAT KERJA
Gunakan waktu terluang di pejabat untuk mengeratkan lagi ikatan persahabatan dengan rakan setugas. Kenali dengan lebih mendalam rakan setugas anda kerana melalui pendekatan ini akan mewujudkan satu persikitaran tempat kerja yang sihat. Anda juga harus mengenal pasti individu dan organisasi yang dapat menbmtu dalam menangani masalah. Tidak salah jika anda mahu berkongsi masalah , tapi pastikan rakan sekerja anda sedia mendengarnya. Demikian juga kesediaan anda membantu rakan yang lain dalam menyelesaikan masalah.

AMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT.
Mejaga kesihatan bukan sekadar secara zahir sahaja, tapi penjagaan secara kerohanian atau kebatinan juga penting. Pelajari cara terbaik untuk merehatkan diri, yakni fizikal dan mental. Tidur harus cukup, elak dari mengamalkan tidur lewat terutama waktu hari bekerja. Selalu melakukakn senaman kerana ia menaikan semangat seharian dan juga memberikan tenaga kental untuk menghadapi tugasan sehariaN. Bagi menghilangkan kebosanan dalam hidup adakan aktiviti atau hobi yang meyeronokkan. Demikian juga dengan pegangan agama dan nilai-nilai murni, ia harus dilakukan seteguh mungkin. Jauhilah diri anda dari gejala yang negatif.

No comments: