Sep 5, 2009

Yang DiRinduKaN

Dah dekat nak raya ni aku rindukan kad raya dari tangan abang posmen. Aku nak balik merasa perasaan mendapat kad raya yang di kirim secara pos tu. Nak balik merasa perasaan berdebar bukak sampul kad raya, kemudian baca tulisan tangan si pengirim tu. Baru lah terasa lebih bermakna kiriman kad tu.

Tapi sekarang ni dah payah sangat nak rasa perasaan tu. Semua kad di kirim secara elektronik dah. Pilih kad mana berkenan, taip apa patut dan kemudian klik je "send". Beberapa saat dah sampai ke si penerima. Dah takde trill laa..

Setuju x ??

Dulu,
2 minggu nak raya, mula la kelam kabut beli kad raya. Duduk la berjam2 kat kedai pilih kad. Kad yang ni nak antar kat Mak/bapak, kad ni kat sedara mara, ini pulak kat kawan2, yang tu kat tersayang. Balik umah mula la mengarang/menulis dengan tulisan tangan seindah mungkin. Ada yang taruk bedak wangi lagi tu. Siap, masuk dalam sampul jilat sampul tempek stem. Baru lah dipos kan. 2 ke 3 hari baru la penerima dapat.

Dah dipos, mula la hari2 menunggu abang posmen. Tunggu balasan. Wehhhh berdebar bila dengar bunyi motor posmen tuu. Yang best nya bila dapat kad raya dari yang tersayang. Tengok sampul nya dah tau siapa antar kan.... mesti lain dari yang lain. Mesti kad ni la yang dibaca dulu.

Sekarang ni ada ke lagi cam ni ? Ada tapi dah kurang sangat dah. Teknelogi dah ambik alih, antar je e-kad, nak senang lagi antar je SMS ... Makin malas la orang2 sekarang ni kan.

14 comments:

sharamli said...

tau xpe..
susah dah nak dpt kad raya...

mlm raya baru seb0k nak sms..
sms tu kal0 dah full sgt2 kena delete..

tapi kad raya leh simpan smpai bila2 kn...

su said...

yelah...tp leh je kalo kite nak kembalikan zaman kegemilangan kad raye ni..tepuk dada tanye slera! hehe...

LUVLYDIYANA said...

nak kad raya gakk...

ezzati said...

aarla..dulu2 mmg time ni la sibuk cr kad raya..pstu dpt..gantung2 kt umh wat hiasan..

piNky LuCiA said...

hmm.. dulu duk kat umah.. sekrang kat hostel.. huhu.. dulu bertimbun kad raya.. sekrang full inbox.. :((

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

betul lar...memang rindukan saat tu ...

buat deko gantung kat ranting2 pokok..

izman said...

yup, rindu saat tulis dan anto kad raya cara pesen dulu tu.

tapi sekarang kad kedai2 pun dah kurang org jual kad raya la...

ieda said...

haah memang rindu sgt .. dulu lain skrg lain .. semua pakai sms .. jenuh nak fwd ..

lebih meriah bila dpt kad raya ..huhuhu ieda punn x dpt layie kad raya buat tahun ini .. hehehe

::Mish ShaZz:: said...

btul2..xbest xbg kad raya..kt kedai pun dh kurg jual..huhu

sI tEDI said...

aku setuju. lama gaban aku tidak kirim dan dapat kad raya secara pos.

mungkin kali ini aku ingin memulakannya semula

a kl citizen said...

assalammualaikum

rasanya benda tu tinggal kenangan je...adalah dapat sekeping dua je tapi dari syarikat optometri dan syarikat servis kereta ...itu yang pos kad raya

Ivy Metaga said...

hurmm..betul2
sekarang susah nak dapat kad2 bila hari perayaan tiba kan..

miss oren said...

ya betul..rindu sangat time dulu2..sekarang x meriah dah.

Lifesaver said...

skrg..kalo beli kad raya..mcm x relevan je...