Aug 2, 2009

Dr Scan (Pengamal Perubatan Alternatif)

Udah nak masuk 2 minggu aku demam.
Udah 3 doktor aku pergi.
Udah banyak la aku dermakan darah tok di uji kaji.

Hasil nya aku di sahkan tak mengidap H1N1 atau pun B1N1 satu lagi.....
Berita gembira kan.. Namun hakikatnya aku masih lagi tak sihat...

Orang Umah aku menyuruh aku berjumpa ngan Doktor Scan. Kami panggil pengamal perubatan alternatif ni Dr Scan kerana cara dia mengubat amat berbeza sangat. Kelebihan pada diri nya dia boleh mengetahui apa2 yang tak kena pada fizikal, rohani dan emosi dengan cara yang amat unik. Tidak perlu peralatan yang canggih dan mahal. Cuma sebatang pen!!!! Dia akan scan dengan cara kita berada di depannya atau pun dia boleh scan diri kita dari jauh (tak perlu kita berada di klinik nya). Menakjubkan. Perubatan moden yang ada sekarang ni aku syorkan harus di moden kan lagi supaya menandingi kebolehanya.

Pada mulanya memang aku amat sangsi ngan kebolehan Dr Scan ni. Mana boleh seseorang tu mengetahui satu2 masalah/penyakit tanpa peralatan yang secukupnya. Confirm dia tidak merawat dengan cara menyimpang dari batas2 agama Islam. Melangkah masuk ke kliniknya amat simple.. dindingnya dipenuhi sijil2 yang diiktiraf dan juga anugerah2.

Aku mula yakin kebolehannya bila anak aku Liya .....

2 bulan yang lalu.
Doktor klinik swasta mendapati ada satu yang tak kena pada Liya. Doktor mengesyorkan aku membawa Liya ke Hospital Pakar dengan segera. Dalam perjalanan ke Hospital Pakar, Orang Umah aku menelefon Dr Scan ....
Tak sampai beberapa minit Doktor Scan memberitahu Orang Umah aku apa yang tak kena pada
anak aku Liya. Dr Scan menyuruh aku ke Hospital Pakar untuk kepastian. Time tu jugak la berjujuran air mata Orang Umah aku tuu..

Di Hospital Pakar
Sejam menunggu giliran akhirnya masuk ke bilik doktor pakar. Doktor mula check apa yang patut....

"Puan, saya terpaksa refer kes anak puan ke doktor lain, doktor ni pakar dalam kes ni"

"Doktor kan Child Specialist. Why u nak refer another doktor".. Aku hairan ...

bla bla bla ... jenuh la aku bersoal jawab ngan doktor tu.. Orang Umah aku dah duduk menung menangis...

"This case is beyond my knowledge. As for years I a doktor this is my frist case like this, I can say 1 in a million born. But time is on your side.. We detect early and I believe there will be a solution but only time .. there no medication on this".

Terkedu aku.. Aku bersetuju berjumpa ngan Doktor pakar yang disyorkan oleh Doktor pakar.

perrggghhhh.. kena buat appoitment lagi lak tuu.. kena ambik cuti lagii.. demi anak takpa ..
Kena tunggu 3 hari baru dapat jumpa .. Doktor ni fully booked..

Pas 3 hari.
Pagi2 lagi kami dah terpacak depan klinik dia.. Aku tau klinik nya memang hari2 penuh. Ada kalanya orang akan datang seawal pukul 6 pagi cuma untuk mengambil nombor giliran.

Aku suka cara doktor ni merawat anak aku.. Baik, Sopan santun dan berpengetahuan luas. Setelah di berikan taklimat baik dan buruk, aku setuju anak aku menjalani beberapa ujian.

1. Ujian Darah
Hasil positif.

2. Ultra Sound
Pun sama positif, masih gagal mengetahui kenapa dan punca nya.

3. MIR
Dapat la tau akhirnya.

Apa yang doktor pakar cakap serupa yang Doktor Scan bagitau..
Memang sah takde ubat untuk Liya dalam dunia perubatan moden masa ini. Cuma Liya harus menjalani Physioteraphy secara berterusan. Dan Doktor pakar mengesyorkan juga perubatan alternatif.

Jadi lah aku penghuni tetap .. berulang alik la tiap2 minggu ke Hospital Pakar tu.. Sampaikan sekarang Jururawat dah ramai kenal aku.. siap boleh bertukar2 ID Facebook lagi.. Angin jugak la Orang Umah aku ... hehehhehehe

Beralih pada Dr Scan..
Dek kerana Liya masih kecil, Dr Scan menggunakan badan aku sebagi medium untuk dia check Liya.. Aku sanggup je asal kan Liya cepat sembuh.

Perkara yang sama juga Dr Scan cakap.. serupa jugak lah apa yang Dktor Pakar tu cakap. Aku tak la bagitau pada Dr Scan tu....

Hari Ini
Dr scan , scan aku.
Result nya ada yang aku tak berkenan tapi dah hakikatnya .. terima je laa

Aku menyuruh gak Dr Scan nengok kan ayah aku.. Ayah aku lately ni tak sihat..

Betul... apa yang Ayah aku hidapi di beritahu satu persatu.. Ayah aku masa tu ada di rumah..

Kemudia nya , aku menyuruh scan Mak aku yang menemani aku.. Mak takut lalu terus keluar dari klinik nya...

Menakjub kan..

Ubat2 yang diberi hanya lah ubat2 herba..

Ada beberapa lagi keistimewaan Dr Scan .. Nanti lah aku ceritakan lagi..... Dah pukul 3 pagi..
Ubat tak makan lagi nii..

8 comments:

Anonymous said...

jg diri elok2.

mg cepat sembuh...

dr scan tu kat ne erk?perak?

white rose said...

mudah2an sgala pnyakit dijauhkan dr kita...ALLAH sentiasa melindungi org2 yg berusaha untuk mgubati penyakitnya...

iyllienaz said...

tabah hadapi dugaan ya..

Bapak said...

take k bro, ni doktor scan yang kat bercham ker?

Ivy Metaga said...

moga cepat sembuh yer...=)

ALoNa CintamaniszLite said...

Wahh, dah ada perubatan cenggini ye? Bayaran yg dikenakan camne ye? Cam klinik gak ke?

Mula2 baca tajuk..ingatkan nak kenakan pembaca lagi mcm kes keta hilang ari tu, huhu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

bro. sakit ape yer??? semoga cepat sembuh.. :)

Anonymous said...

menakjubkan.... hope u'll be better soon.

and to ur child too....