Aug 18, 2009

EnJoY GiLeR - Futsal LaWaN

Keadaan Semakin genting, aku membuka magazine peluru. Tinggal sebutir.
Aku mengintai dengan berhati2, Samseng2 yang memburu aku semakin menghampiri.

Bang !!

Satu tembakan di lepaskan. Aku rasakan dada aku bergetar. Peluru telah menembusi dada ku ?
Oh tidak !! rupanya getaran handphone Nokia E71 aku. Pesanan sms...

"Dah siap ke ? Taxi dah gerak ". pesanan sms ringkas dari Kapten Megat. Aku cuba memikir kan dan menyah encode kan code dalam sms tu. "Taxi dah gerak " apakah maksud nya ??

Agghhh pedulikan semua tu, aku takde masa nak memikirkannya. Buat masa ini nyawa aku lebih penting.

Tiba2.... Ring !!! Ring !! Handphone aku berbunyi bergetar lagi dada ku.

"Kat mana, Taxi dah sampai!!" Suara Megat sayup2 kedengaran.

Alamak !! aku tersedar dari lena, bingkas aku bangun .....

"On the Way' jawab aku dalam kelam kabut. Jawapan standard la kan ..... aku pandang jam dah kol 6 pagi, janji mulut semalam kol 6.15 pagi nak gerak ke Butterworth. Sepantas kilat aku bersiap. Aku pecut Honda EX5 baru aku, nasib baik lah pengalaman zaman bujang aku merempit dapat aku gunakan waktu genting ni.

Sampai aku terus masuk kereta, tak cakap banyak. Kot kang aku kena kutuk !!.

Kami menuju ke Tol Kuala Kangsar untuk mengambil pemain VIP (very important player) Nizam. Mesti dah keras kot menunggu.....

Di perhentian Bukit Gantang, Megat mula membahagikan elaun pada semua pemain. Cess belum main dah dapat duit, camne la sukan kat Malaysia ni nak maju.
Aku hanya memerhatikan saja. Maklum la aku ni bukan pemain tapi cuma seorang tukang sorak merangkap pembantu Pengurus, merangkap jurugambar dan juga merangkap Water boy. Banyak jawatan aku sandang sesen pun elaun tak dapat. Sedih giler. Nasib baik la Branch Manager begitu perihatin ... " ko makan semua on house" sedap skit ati dengar cakapnya.

Safira Sports Complex
16/8/2009
HSBC Futsal Tournament.

Itulah tujuan kami. Para pemain kami di terdiri daripada "Star" yang telah di reject oleh team2 bertaraf dunia.

Megat "Furgeson" - Pengurus pasukan(Banyak pengalaman, selalu mengurus event makan)
Khairul "Ven Der Saar"- Gol keeper(macam labah2, bekas penjaga gol rumah hijau)
John Meor "Nani" - Penyerang & Pertahanan(kaki gentil bola yang lupa diri)
Nizam "Gerrald" - Pertahanan (terkenal ngan asakan keras, pakar arah pemain, dia laks rileks)
Khairul Boss "Beckham" - Pertahanan (perancang pasukan, dah naik atas berat nak turun)
Vignesvaran "Ballack" - Penyerang (pakar score, asyik tunggu depan pintu gol lawan)
Karthik "Ronnie" - Penyerang (macam lipas kundung, lari laju bola tinggal belakang)
Syed "Owen" - Gagal menghadir kan diri, katanya nunggu deghoyan
Azizul "Pom Pom Boy" - Pakar bakar semangat dan kaki kutuk lawan.

Hanya 5 team berani menyahut cabaran. Setelah undian tanpa kontraversi dilakukan, kami akan bermain di game pembukaan menentang team DST PGH. Perlawanan dijalankan secara timbal balik dan top 2 team aku menyandang Juara dan Naib Juara.

Perlawanan 1 menentang DST PGB
Team yang rata2 nya budak muda. Mungkin dek kerana gugup ataupun pemain kami ni segan nak menunjukkan skill terpendam, pemainan kami kucar kacir. Tapi nasib baik la Skill terpendam Karthik, dia menjaringkan gol dari jarak jauh. Gol itu juga lah telah menyedarkan pihak lawan dan mereka mula mengasak pintu gol kami. Terpaksa Khairul bekerja keras menangkis sampai tak cukup tangan. Akhirnya seri 1 -1.
Perlawanan 2 menentang HSBC Amanah.
Tersedar dari lamunan, pemain kami(sebenarnya kena sound ngan Pengurus) mula menunjukan skill masing2. Bermacam2 gaya menjaringkan gol ditunjukan. Tanpa belas kasihan kami berpesta gol. Menang 7-0

Perlawanan ke 3 menentang HSBC SNP
Kecemerlangan kami diteruskan, segala skill mengelecek, asakan dan lain2 ditunjukkan. Separuh masa kedua, pemain kami mula banyak bertahan dan mula la memegang perut sambil rukuk umpama mencari duit syiling di tengah padang. Menang 6-1

Perlawanan ke 4 menentang DST PGB
Game yang penuh kontraversi. Pasukan lawan tahu kesemua pemain kami mempunyai skill yang tinggi, lalu menjalankan perang saikologi. Beberapa adengan panas berlaku. Aku pun depa saikologi, diajak bersembang jadi aku tak dapat lah sangat monitor game dan memberi arahan2.
Seri 2-2.

Setelah di audit oleh badan berwajib. Kami di isytiharkan sebagai Naib Juara. Happy n berbaloi.

Secara keseluruhannya
Satu outing yang dah lama tak dilakukan. Dah lama kami tak de outing yang sebegini enjoy. Dengan pemerintahan Boss baru kami (pemimpin yang berjiwa rakyat) menjanjikan lebih banyak lagi aktiviti2 mengempis perut.

So... Get urself ready !!!!

5 comments:

Kapten Luffy said...

nombor dua tu kalah jugak

hahaha

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

smangat kesukanan itu penting bro.!

sya dah lama tak joint sukan2 nilar... tu yg dah kembangg sket ni..hehehe

suezen said...

wah....sakan berfutsal....dh mcm org bujang daa:)

Kaseh Mucuk said...

waahh..leh la frenly ngan team mucuk ek..

ibu_umairah said...

apa kabar?lama x jengah ke sini...amboii gighnya main futsal...walaupun dapat nom2..tapi mest berpuas hatikan