Aug 29, 2009

Puasa Dulu2

Alaaaa baru pukul 6.30 ptg. Lambat la lagi waktu berbuka ni. Isteri ku sedang sibuk di dapur.
Katanya ada hidangan istimewa. Membuat aku tambah tak sabar ....
Anak2 aku sibuk bermain Sony Playstation. Aku cuma memerhatikan saja sambil menghenjut buaian. Sesekali aku sound anak2 aku bila jeritan mereka bertambah kuat.

Aku pikirkan kalau lah zaman aku kecik2 dulu ada video game cam ni. Puasa berbulan2 pun mesti takkan terasa.....

Teringat aku kembali ..............

Sedang aku sedap melepak depan TV. Mata pun makin tambah kecik maklum lah zaman aku dulu program TV mana laa sesyok sekarang. Cuma ada 2 channel je TV1 dan TV2. Program pun semua ala kadar je tapi iklan nya alahaaiii makin dekat waktu berbuka makin banyak la iklan makan dan minum . Tiba2

"Yob !! Mak ingat kan kamu ngikut Abah, dari kamu baring tu meh tolong Mak"

Home Minester Mak aku mula keluarkan arahan... menyuruh aku antar kuih atau gulai ke rumah jiran2 terdekat.

"Yob kamu tunggu mintak balik pinggan tu ".

Aktiviti petang sebelum waktu berbuka, mesti kena antar kuih2 atau gulai. Yang best nya Mak aku cuma masak 1 atau 2 hidangan tapi bila dah bertukar2 hidangan ngan jiran, banyak dan bermacam2 jenis hidangan dapat. Inilah kelebihan bulan puasa dulu, sekarang ni payah dah tradisi ni nak dikekalkan. Salah satu sebab aku cukup berkenan menghantar sebab bila pi umah yang ada anak dara seusia aku dapat lah kenen2 skit. hehehhehee

Petanda bukak puasa pulak bunyi Beduk(tempat aku panggil Kantong) di Surau. Bukan macam sekarang bukak je Radio. Nak menunggu bunyi Beduk ni amatlah siksa rasanya. Kita tengok jam dah masuk waktu tapi Beduk tak jugak berbunyi sebabnya kena ikut jam Tok Siak. Selagi dia tak ketuk selagi tu la menunggu. Hati mula fikir macam.. ni mesti Tok Siak makan dulu ni.. Abih pahala puasa.

Makin dekat berbuka mula aku ngan adik2 gaduh berebut makan. "Ini Yob punya.. Tu adik punya". Asyik la menanya Mak.. "Mak lambat lagi ke ....".

Pas berbuka, sembahyang maghrib dulu kat umah baru le ke surau. Tapi mesti ke kedai dulu sebab sana orang la bebudak melepak. Dengar azan Isyak baru le bergerak ke surau. Kadang2 tu orang tengah sembahyang terawih kami dok bawak surau pekena kuih2 ngan air kopi pekat. Best tol...

Bangun sahur, nak dengar suara mak aku melagukan irama kejutan ni la masanya. Kelam kabut orang tua tu siap kan hidangan tapi kami ni kadang2 langsung tak bangun. Sian kat Mak aku..

Puasa waktu sekolah dugaan punya lah cukup kuat. Aku ni sekolah cina orang melayu beberapa kerat je ada. Kantin pulak bukak , kawan2 asyik dok sakat je. Apa nak buat dok pehati dari jauh je laa.

Dushhh !!!! terasa ada bende di muka aku...

Tertido aku rupanya.. Sayup2 terdengar azan di radio........

11 comments:

Kapten Luffy said...

aku ler paling payah nak dikejutkan sahur dulu

haha

Anonymous said...

aku pon paling ssh nak kejut bangun sahur

joegrimjow said...

palinhg senang dikejutkan saho
llalala~

ibu_umairah said...

kalau bab2 bangun sahur ini memang payah....bila bangun nak makan

iyllienaz said...

bangun sahur bile tyme rajen je..=)

IMANSHAH said...

Aku dulu masa bulan puasa suka tengok citer RUMAH KEDAI..best

ALoNa CintamaniszLite said...

Menjadi kanak2 adalah kenangan yg sukar nak dilupakan..

Unknown said...

kantin bukak lg banyak dugaan..hee ;)

Anonymous said...

sahur tuh mesti..membezakan puasa kite islam dengan yahudi..=)

Sufy said...

dulu, lepas je sahur..bukak movie hindi..pengaruh kakak!!hahaha...

Cik Cookie said...

Cik Cookie ssh nak sahur.nanti xkol 10pg dah lapar.

salam merdeka.