Sep 26, 2009

Ika - Bukan Awek Aku


Ika

Awek aku ?? Bukan Bukan. Budak lagi tuuu.

Ika ni, bukan adik aku. Tapi dia ni dah jadi ahli keluarga kami. Mak aku bela/jaga dia sejak dia berumur 2 bulan. Mak bapak nya bekerja jadi Mak aku ambil upah jaga dia. Sekarang ni dia Tingkatan 3. Dah beso dah dia , Mak aku pun dah tak mengambil upah menjaga dia lagi. Tapi....

Ika akan datang tiap2 hari ke rumah Mak aku. Balik je dari sekolah terus ke rumah Mak aku. Rumah dia pun bukan nye jauh sangat dari rumah Mak aku, depan umah je. Ika lebih senang menghabiskan masa dia di rumah Mak aku. Dia makan, mandi, lepak, study semua kat umah Mak aku. Sesekali je dia balik rumah dia. Tu pun Mak dia dah bising. Kami pun dah anggap dia ahli keluarga. Ke mana saja Mak aku pergi , Ika mesti ikut. Aku senang ngan kehadian Ika di rumah Mak, Aku idak la risaukan Mak yang tinggal seorang di rumah tu. Ada la kawan dia bersembang, ada la orang yang boleh menolong Mak aku.

Ika memanggil Mak aku Makcik, dulu panggil Mak(jenuh la Mak Ika nak membetulkan) tapi Ayah aku Ika sampai sekarang panggil Abah. Dah tak boleh nak tukar lah tu. Mak dan Ayah aku memang manjakan Ika ni, mungkin sebab kami takde adik perempuan.

Kepada Ika... Terima kasih bebanyak. Ika periang, ringan tulang dan rajin melayan karenah anak2 aku. Ika kau bukan orang luar lagi. Ika dah jadi keluara kami.

8 comments:

sI tEDI said...

ika beruntung punya 'keluarga' besar yang menyayangi beliau :)

Wanita Itu said...

iyo..

sonok ado orang sayang gitu :)

::Mish ShaZz:: said...

she's prety..she's lucky..=) smoga ika happy sentiasa

Ivy Metaga said...

bertuah nya ika ada 2 keluarga yg menyayanginya...

sharamli said...

budak lgik ke ika ni?

Framestone said...

waduh....
nmpak mature gitew huhuhu.... ok la tue kan...nmpk ikatan kekeluargaan di situ

miss oren said...

saling sayang menyayangi antara satu sama lain

Lifesaver said...

nampak pon tau periang