Nov 18, 2009

Baru Ku Tahu

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang .



ahahhahahahaa.. aku tengah tension.. jadi aku surf net cari cite lawak.....

8 comments:

ezzati said...

siyes????

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

yoyo oh jer org yang create citer ni..ahaks..

miss oren said...

tapi macam boleh dipercayai..hampir terpedaya juga td

Tukang cerita said...

hohohohoooo.....
:))))

ibu_umairah said...

mcm-mcm kan!!!!!!

iyllienaz said...

haha..masuk akal jugak..

siti murni said...

at first mcm entri serius..dah smp tengah...ouh...baru ku tahu..memang 'trick' jer ni..hehe

Lifesaver said...

hehehe..mcm best je