Nov 1, 2009

Langkah ku Dan Langkah mu MR




Masa ni aku baru je bekerja. Boleh cari yang mana aku ??
Otak aku gagal mengingati saat gambar ini di ambil.
Staff2 yang banyak mendewakan kRaSz bAtU.

Dapat je result SPM, malam tu aku di hubungi oleh Mr Ong menyuruh aku membuat 2 pilihan kerja, Kerajaan atau pun Swasta. Pilih Kerajaan bermakna aku kena pack barang besoknya dan berangkat ke Johor, di sana aku dijamin dapat terus menerus kan karier yang amat aku minati. Yang satu lagi menawarkan aku tangga gaji yang lebih tinggi, aku dapat terus tinggal di Ipoh dan jaminan karier aku bergantung pada keadaan. Jawapan Mr Ong mahu kan esok. Terpikir aku nak sambung belajar tapi masa tu, tapi.....

Malam tu buntu fikiran aku, mana nak aku pilih ?? Mengenangkan umur aku untuk terus berjaya dalam bidang  aku minati makin tipis aku pilih untuk terus tinggal di Ipoh.(lagipun awek aku ada kat sini). 2 hari kemudian aku melaporkan diri. Mr Ong amat gembira dengan pilihan aku. Aku diberi kelonggaran waktu kerja pada mulanya, untuk aku terus menjalani latihan. Kemudiann atas sebab2 tertentu aku akhirnya menarik diri dan menumpukan perhatian pada keluarga baru ku.

Disini lah aku langkah ku bermula
Disini jua aku mula mengenali …


Megat






Aku anggap dah macam abg kandung. Senantiasa ada kala aku memerlukan pertolongan, senantiasa ada waktu mendengar aku meluahkan perasaan, senantiasa ada menghulur apa jua bantuan aku perlukan. Dari zama kita bujang sampai lah zaman skrg ni dah terlalu banyak kenangan bersama. Seingat aku kita tak pernah berbeza pendapat. Pemikiran intelektual kita sama.. selalunya Megat dapat membaca pikiran aku sebelum aku meluah kannya…..

Ingat lagi kita sama2 make up Yamaha 110ss kita. ??
Apa Megat buat aku pollow..

Pastu Megat bersusah payah mengurus kan pinjaman rumah dan kereta kancil aku.. Kesana kemari Megat.. Aku hanya tau sign je borang tuu…

Megat tukar kereta
Aku pollow 


Megat tukar lagi kereta
Aku ikut lagi… (Gat dah lama kita tak tuko kereta)

Megat beli second car
Aku ikut jugak..

Megat tukor tempat kerja
Tang ni aku tak ikut. Hehhehehe

Yang paling buat aku ketawa sendirian bila mengenangkan bila kawan2 kita menanya kita di mana kita menukar tayar atau pun bateri kereta ?? 
Jawap kita : Kami tak tukar tayar .. Kami beli je kereta baru !!
Angin kawan2 kita ngan jawapan tuuu...


Sebenarnya banyak kenangan .. tak mungkin dapat aku lupakan segala jasa2 mu Megat pada aku dan keluarga ku,

Aku doakan agar Megat akan terus berjaya disana dan jangan lah melupakan aku disini…

Langkah mu baru bermula…..


Disana pancaroba hidup berlainan dengan di sini... Tabah dan teruskan perjuangan
Megat Boleh !!


p/s : jgn la anggap en3 ni berbaur Gay. 
hehehe

3 comments:

sharamli said...

eleh..nak jgk ikut awek..ha3

Lifesaver said...

megat kawin?awak pon kawin?hehe

Tukang cerita said...

idup megat!!!!
hahahahahaa.....

~biasanya, org nama megat ni...memang baik...macam kawan ai.... :)