Jan 6, 2010

Berkhatan (Terkenang)

Aku suka stail berkhatan dulu2. Penuh meriah dan perasaan gementar. Perasaan gementar yang tak boleh nak digambarkan dengan kata2. Kata orang, kaum lelaki hanya akan melalui 2 pengalaman takut seram sejuk iaitu masa nak berkhatan dan masa dia nak akad nikah.

Kalau boleh majlis berkhatan anak lelaki aku nanti nak buat cam zaman dulu2. Tapi apakan daya Tok Mudim area tempat aku dah pupus di telan zaman. Sekarang semua buat kat klinik je. Buat Doa selamat di rumah, p ke klinik 2-3 hari dah baik.

Time aku dulu :-
Beberapa hari sebelum majlis, kaum keluarga dah sibuk buat persiapan. Time ni mula dah rasa gabra.. mana taknya kawan2 yang dah melalui mula la menyakat. Tapi dalam hati tu dah rasa cam dah gah. Pas ni sembahyang jemaah tak la lagi dok barisan bebudak, join saf golongan dewasa la dan para awek pun mula la mandang kat kita..Dalam beberapa hari ni mak punya la jaga kita. Berlari tak boleh, main pun kena area kawasan umah je.

Pagi2 lagi dah bangun(malam tu langsung takleh tido). Dalam hati berdoa Tok Mudim demam la hari ni. hehehe. Orang kampung dah mula sibuk memasak dan buat lain2 persiapan. Yang kita ni dok la siap berpakaian baju melayu cantik, orang datang jumpa kita bagi macam2 nasihat supaya jangan takut, ada gak yang menyakat.. "kalau la Tok Mudim tu terpotong abis.. abis laa".. Yang bestnya setiap orang datang mesti hulur duit (tapi time tu tak berapa nak cerdik dapat terus bagi kat Ayah, skrg ni aku perasan mana pi duit tu).

Bila Tok Mudim sampai je, dari jauh dah bising, Kompang sambut Tok Mudim, bebudak lain nyakat tambah kuat. Yang tak bestnya time ni awek yang sebaya mula senyum jee sinis. Kena pulak dapat Tok Mudim kuat menyakat, di asahnya pisau tu depan kita. Mau pitam time tu. Time makan ni yang best, mak dah masak apa yang kita nak makan, maklum lah pas ni kena berpantang. Makan mengalahkan pengantin tu. Selalunya bebudak akan cuba melambatkan masa makan ni.

Abis je makan, Tok Mudim mula la jalankan upacara. Baca la doa selamat. Kita kemudian nya di arak dengan paluan kompang ke telaga atau sungai. Kena berendam sampai sejuk, selagi tak mengigil atau bibir tu tak biru tak boleh naik. Mandi pulak telanjang je.. awek tengok time ni malu dah ilang takut lagi kuat. Bila dah sejuk tu, kita kemudian di dukung oleh ayah.. ayah pulak kena berlari takut sejuk tu dah kurang. Kita diduduk kan di atas batang pisang. Tok Mudim dah bersedia dengan sepit dan pisau. Time ni Mak dah ntah kemana melarikan diri ( tak lalu dia nak dengar kita menjerit manggil nama dia). Mana ada Tok Mudim pakai bius.. sakit tanggung je laa.. Bila dah selesai tu tembakan senanpang dilepaskan. Sakit jangan cakap la, tak tunjuk nangis tapi air mata tu mengalir la jugak. Tergantung la kain pelikat. Tok Mudim bagi la sebiji limau, katanya kalau sakit cium limau tu. Memang berkesan, rasa macam khayal je.

Kena la pantang selagi tak baik. Minum tak leh banyak takut bentan. Tido pun tak boleh lesak. kain pelikat terikat .. kawan yang datang melawat tu selalu la main selak2 kain. Nak melawan tak boleh sabar je la. Tiap2 pagi anu tu kena basuh ngan air panas.. takut kena kuman.



Bebudak sekarang dah tak merasa tu semua. Keseronokan dan kesakitan berkhatan dah tak de. Semua selesai kat klinik.. tambah lagi sekarang ni siap pakai laser. Canggih. Kemeriahan tak de lagi. Pupus.

8 comments:

Kaseh Mucuk said...

ye la bang..skang da senang kn..elok gak tuh..xde la sok2 mucuk nangis nengok anak bekhatan..hik3

suezensuzanna said...

ermm.....tradisi makin hilang..

sharamli said...

xpenah tgk 0rg bwekhatan cm dulu..

Lifesaver said...

teringin jgk nak tgk orang berkhatan

ezzati said...

mmg meriah laa kan khatan dulu2..

Che'Gu Fazli said...

pergh...nostalgik sungguh. Rasa nk khatan lg sekali. Hahaha

siti murni ishak said...

haha...teringat masa kecik dulu..kesian tgk bestpren tggu queue nak khatan..tok mudim muke garang siot...tp dlm dok kesian tu smpt lagi dok bantai gelak kat bawah umah...hikhik..nakai..nakai!

fazmal said...

siti murni nie leh tahan gak kann ye la .. tahu la masa tu dia tak merasa tapi da bersalin nanti tahu laa hihihi jangan marah ..