Jan 17, 2010

Jalan Ke Kuale


Kuala Kangsar

Orang Perak panggil Kuale Kangsor ataupun Kuale je. Bandar Di Raja Perak. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan bagi kawasan perbandaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar.



Kalau ke Kuala Kangsar tak sah la tak bershopping di Lembah Sungai Kangsar. Macam2 ada kraftangan di jual di situ. Harga nya ok la banding ngan sebelum tempat ni glamour banyak la mahalnya. Jangan lupa beli labu Sayong. Gunakan skill tawar menawar tu kalau boleh cuba cakap loghat Perak gerenti dapat kurang.

Dan jangan lupa makan laksa dan pekena cendol kat situ. Best giler !! Tempat lain tak dapat. Walaupun cara hidangan Laksa tu teramatlah simple tapi rasanya tangkap leleh tau...




Lepas makan lepak kejap kat Jeti. Ada masa naik la bot ke seberang. Tambang nya aku tak la tau tak menanya pun. Masa naik nak bayor ada la hamba Allah tu bayor kan.

Lepak kat Jeti tu memang best. Angin sepoi2 nyaman je walau pun panas terik. Aku sampai tido la kat jeti tu lantak la orang tengok..

Dan jangan lupa melawat Mesjid Ubudiah di Bukit Chandan. Mesjid ni adalah antara yang tercantik di Malaysia ni.

Kat tepi mesjid tu ada Pakcik jual eskrim. Cuba rasa best betolll uol's.. Eskrim nye on top bubuh kacang kisar.. fuhh layan..



Kuala Kangsar ni banyak tempat2 bersejarah.

Contohnya :-


Bot Penambang Sungai Perak (Foto Ihsan Chan Sow Yan)
Anda juga boleh menaiki bot penambang menyusuri tebing Sungai Perak.
  • Galeri Sultan Azlan Shah ( SAS )
Industri Kraftangan


4 comments:

LiNda said...

alahaiii... nostalgia sungguh .

Dulu time saya dok Ipoh , selalu gi Kuale . Masa tuh tambang bot cuma 50sen . Pastu kitaorang pekena laksa and apam ( memang special).

Pastu lagi kitaorng gi Sayong . Borong semua labu sayong and pasu yang terkenal dengan kualitinya .

tq atas pics awak yang cantik2 belake .

Bapak said...

tambang bot penambang tu masih 50 sen, bro.

kalau turun Kuale, jgn lupa berendam kat ulu kenas.

labu nak murah gi je kat sayong..heheh

siti murni ishak said...

kuale mmg best..walaupun tak sebesar mana tp byk tmpt menarik. kebykan tmpt dah biasa sy kunjungi. laksa kuale pun dh try..not bad lar. cuma bot penambang tu jer blum berkesempatan..nice pic! :-)

Lifesaver said...

laksa kuala...sedap!