Oct 22, 2009

Aku Ngan Motor Besar

Seseorang yang tak dikenali mahupun langsung mempunyai ikatan kekeluarga boleh menjadi seorang sahabat yang baik. 

Tahun 1996 penghujung
Puas menunggu member2 di bus stop depan kampung, tak seorang pun muncul. Aku dan Tapa buat plan pekena teh tarik ngan murtabak di Rahman Restoran di Ipoh.

"Pa jum cekik Roti Nan" aku memecah kan kesunyian sambil merampas kunci motor dia.
"Ko Giler Krasz !!" Ipoh jauh le" Tapa merampas kembali kuncinya kembali.
"Ala Pa 45 minit je lagipun bile lagi nak run in motor ko" Aku memujuknya, motor baru nya Yamaha RXZ baru 2 hari kuor kedai.. 
"Aku.... " Tapa dalam keadaan serba salah. Sepanjang aku berkawan ngan dia, tak pernah dia menghampakan permintaan aku.
"Ko ni banyak sangat alasan, sok2 aku tak nak teman ko ke...... "
"Ya lah ko banjer , aku support minyak" Tapa memotong cakap aku. 

Setiba nya kami di Gopeng, kami berselisih ngan beberapa budak klip motor, mereka memberi isyarat ada roadblock di pekan Gopeng. 

"Krasz polis depan" Tapa menunjuk dengan jarinya
"Takut apa , kita semua cukup" Aku takde mood nak patah balik.

Tiba2 seorang brader bermotor besar ala2 Harley Davidson menahan motor kami. 

"Dik tolong abg, lesen abg dah mati, bawak motor abg lepaskan polis depan tu boleh ?" 

Bagi aku ni peluang keemasan, merasa lah aku bawak motor besar....

"Krasz ko lesen 250cc je, aku bawak" Tapa menghancurkan harapan aku.

Aku bawak motor Tapa, brader tu bonceng ngan aku. 

Dah agak jauh melepasi Polis, Kami stop kat Simpang Pulai. Brader tu beria2 sangat nak belanja kami makan.

Brader tu nasihatkan kami jangan mudah percaya dengan orang yang tak dikenali. Kerana..........

"Apa kata kalau tu Motor curi, ko bawak gerenti kena tahan, siapa yang kena ... ?? " " Atau ada dadah ke ?? Mati ko ". 

Memang betul kata Brader tu. 


4 comments:

sharamli said...

nak bawak m0t0 besar punya pasal...x fikir bahaya dah kan...

nasib baik brader tu baik....

idryanie said...

ada hikmah dsebalik setiap apa yg tjadi....
dgn jumpa "brader moto besar tu" abg krazs n member dpt 1 nasihat...jgn mudah pecaya ngn org,even org yg baik ngn kita pun leh kenakan kita...tul x???

Lifesaver said...

ish2..amik pengajaran ni..sesiapa pon tak leh percaya bulat2

Ivy Metaga said...

betul2..kena berhati2...