Jan 28, 2009

Cipta Control Panel Baru

Sama ada anda pengguna Windows XP ataupun Vista, berkemungkinan besar anda tidak pernah menggunakan separuh drpd ikon2 yg dipaparkan dalam Control Panel.Sebenarnya anda boleh mencipta Control Panel anda tersendiri yg hanya mengandungi ikon2 arahan yg sering anda gunakan. Caranya begini, anda klik butang kanan tetikus pada butang Start dan pilih "explore". Cipta "folder" baru dan berikan nama yg sesuai sbg contoh Control Panel Peribadi. Selepas itu, anda pilih ikon2 drpd Control Panel asal yg anda hanya gunakan dan tarikkan ke dalam Control Panel Peribadi tadi. Anda boleh memberi nama baru kpd ikon2 yg telah ditarik itu jika mahu.Tukar ikon Control Panel Peribadi itu kpd yg lebih menyerlah apabila ianya dipaparkan dalam Start Menu.

 

No comments: