Jan 13, 2009

Jatuh

6 pagi alarm Hp aku meraung... rasakan sekejap benar aku lelap. Aku cuba bangun namun jatuh, aku kembali terlelap......zzzz.... praggggghh!!!!! bantal jatuh ke muka aku, atas arahan maknya bantal tu dijatuhkan kemuka ku.. Aku bangun menuju ke bilik air.. capai tuala, tuala pulak jatuh dek mata masih lagi layu .. meraba suis lampu nyaris aku tak jatuh terpijak mainan Isyraf. Kena titisan air sejuk yang jatuh ke muka ku menyegarkan aku.. capai sabun, sabun jatuh dek licin nya..

Bau haruman Nescafe tambah menyegarkan.. Hirupan pertama gopoh jatuh titisan nescafe ke lantai.. Jam 7 pagi.. bersedia keluar rumah.. "Mana kunci keta?" rasanya jatuh bawah almari rasanya. Isyraf membetulkan songkoknya yang jatuh, "Mira nah duit banje, simpan dalam poket kang jatuh". 

Dalam keta bukak radio.....
Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
Dan aku
Kulayu
Ohh
Di situ mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

Lagu Bunkface.. minat sangat lagu ni.. ada kena mengena jugak rasanya dengan diri aku ni.. ahh lupa kan!!!.. Sampai sekolah agama kulihat dah budak2 bermain kejar2.. jatuh bangun mereka berlari.. "Mira, Isyraf jangan main kejar2.. kang jatuh kotor baju tau"..

8 pagi aku sampai Opis.. Awal lagi ni.. lepak kedai mamak sebelah laa.. "Ane Kopi O nipis roti canai bawang 1"... Tak sampai 10 minit order aku siap.. masih banyak masa lagi, aku makan sambil baca paper.. "Israel menjatuhkan bom kimia ke palestin" tajuk muka depan.. Selak bahagian tengah "Dua pengunjung parah batu gunung jatuh di Perak". Hati mula berdetik dah semakin banyak perkataan jatuh , jatuh pada diri ku pagi ni. Leka membaca jam dah 8:45 pagi, aku kelam kabut membayar jatuh duit syilingku..

Aku berjalan ke Opis.. "Ring.. Ring" hp aku(hp aku old tone). "Krasz ko tolong cover kerja aku jap, anak aku jatuh motor malam tadi". Nak tak nak aku terpaksa.. 

10 pagi. Kawan aku sampai !! "Krasz ko buat keje ke apa ni ? menung je". "Hp ko jatuh pun ko tak perasan". "Ingat awek semalam, jatuh depan counter ko ke smlm?". Ko jatuh ati ke kat dia ?"...  

6:35 petang. Ambik anak balik sekolah.. "Ayah tadi adik jatuh kena tolak ngan budak gemuk tu". Abis kotor baju anak tu.. takpa laaa.

Pas solat Isyak tadi aku menghumban diri jatuh ke katil.. nak lelap kejap.. 




 

4 comments:

sufian said...

apsal kalu nak post comment kat blog ko mesti ada popup http://www.download-provider.com/?aff.id=1140

???

rAie said...

i minat kat kagu adam AF TU....jatuh....

Monkey D Luffy said...

bila masa nak 'BANGUN' lak? hehehe

Tukang cerita said...

Berapa byk jatuh daaaa......
Bgn yeop, bgnnnnnn......