Jun 9, 2009

Befday Yang Suram

4 june 2009
"Ayah esok befday akak, tapi ....." anak ku Mira berhenti berkata bermuka sayu, merenung baby di pangkuan ibu.
Aku merasa kesedihan Mira. Tahun ni befday Mira tiada apa2 persiapan pun aku lakukan. Seluruh masa aku dan isteri ku banyak dihabiskan pada baby. Mungkin Mira paham apa yang berlaku pada adiknya. Adiknya lebih memerlukan perhatian kami. Aku merenung isteriku, wajah isteri ku sugul. Dah beberapa hari bergelinang air matanya. Sayu hati aku melihat anak kecil ku.

Ya Allah , Tabahkan lah hati aku dan isteri ku menempuhi dugaan mu ini.

"Akak nak hadiah apa ?". Aku cuba memujuk Mira.
"Takpa la Ayah, Atok, Angah dan Acu kata nak bagi hadiah. Ayah beli kek RM2.40 pun ok la."

Tambah sayu hati aku. Dia cuma mintak RM2.40 sahaja.

"Ayang, abg nak kuor kejap". Isteri aku tak memberi apa2 respon.
Aku kuor sendirian ke kedai hadiah. Dalam kereta aku fikirkan apa barang nak aku hadiah kan pada anak ku ni. Aku cuba mengingati budak 9 tahun apa kehendaknya.

Pagi 5 june 2009
Aku dan isteri aku mengambil cuti. Pagi ni baby akan memulakan sessi physioteraphy di Ipoh Specialist Centre. Sessi ini akan berlangsung sehingga baby berumur 1 tahun atau baby dapat menunjukkan improment dengan cepat.
Mira, diam seribu bahasa. Isyraf adiknya tak henti2 menyakat kakaknya, menyanyikan lagu Happy Befday. Aku peluk Mira. Dukung dia ke kereta. Aku rasakan pelukan Mira erat, menahan sedih di sakat adiknya. Aku kelu tak dpt berkata. Aku rasakan kesedihanya.

"Akak Akak, Ayah dan Ibu bagi befday apa ?" Dalam kereta ayat tu tak henti2 diucapkan Isyraf.

Aku menghantar kedua2 anak ku ke rumah penjaganya.

"Ayah jangan lupa beli kek yer".

Jam 5 petang
Aku mengambil kedua2 anakku.

Sampai umah.......
Isteri aku terus memeluk Mira.

"Ibu mintak Maaf, Ibu bukan lupa befday akak................................."

Mira happy sangat. Menjerit melompat2 dia.
Isyraf menunjuk tanda2 jeles.

"Terima kasih Ayah"
"Terima kasih Ibu".

"Mana Ayah tau akak nak hadiah ni?"

Puas hati aku.

15 comments:

momentinlife said...

Sayunye entry ni.. bergenang air mata aku.. ececece

anywy, Mira akn jd akak yg baik & bertggjwb nnt, pandai ko didik anak.. ni yg trasa nk ade anak gk nih.. wakaka

haruan tasek said...

semoga anak ko cepat yang kecil cepat sembuh..... dan kepada anak ko yang dewasa tu Selamat hari lahir dan semoga panjang umur..

hOtMaMa said...

speechless!
btw, happey belated besday to ur doter!

LiNda said...

wahai si Ayah yang baik hati...,

perkara macam nie sering terjadi tanpa kita sedari . Itulah namanya kehidupan .

Sebenarnya bagus. Mira faham situasi ketika itu . Bermakna Mira dah besar sbg kakak and sgt peka .


so, Hepi Besday Mira...
wah, dapat hadiah. Sukalah tuh .

naurah makwa said...

sedihnya..mira nampak macam dah matang pemikirannya..tak meminta2..faham situasi family dia..i hope ur baby akan sembuh k..banyakkan doa dan beri kata2 perangsang dan semangat pada ur wife..

Tukang cerita said...

Tak per lah yeop...
Sekurang2nya dia faham kan dengan apa yg berlaku...
Terubat juga hatinya dengan hadiah hang yeop....
ayah yg sangat baik....
:)

Hepi Befday to Mira...
Semoga jadi anak yg solehah..
Dari untie dan family...

~Eila @ Along~ said...

wahh..bestnya tgk anak besar dpn mata....

miss oren said...

hampir menagis baca entri ini
wwaaaaa
happy birthday 2 ur dotter k

Ivy Metaga said...

so sweet..happy bday utk adik yg comel ya..

ya kdg2 kanak2 pun pandai faham, just show the love and they will understand

besttt dapat ayah dan ibu macam anda dan isteri tercinta =)

a kl citizen said...

itula... antara ujian2 yg Allah berikan pada kita adalah melalui anak dan harta benda kita.

sama ada keduanya menjauhkan kita dariNya atau semakin mendekatkan kita padaNYa...

doa saya moga dipermudahkan segala urusan kRaSz batU skluarga...

Monkey D Luffy said...

moga mira jd anak yg baik :)

Idalara said...

mira...selamat hari lahir dr auntie ye...bila mira dewasa mira akn mngerti erti kehidupan..auntie menangis bila bc tulisan papa mira ni..
kak ida tak tahu pun krasz batu ada prblm sebegitu rupa..mudah2an bby akan sembuh dan hidup spt bby lain..mira pasti jd kakak yg bertanggungjwb mcm anak akak aiman..

ummiumaira said...

epi besday yea tuk mira...satahun kejap jer....

ustazah dyLLa said...

moga mira jdi anak yg solehah...(doa dr seorg ust lgi cpt ALLAH perkenankan...)insya'ALLAH...kpd baby yg comei tuh, moga cpt sembuh...

~upin n ipin laaa...wah dh ade dompetnye ek...pandai2...

~kira save budget laa tuh...bgus2...

Lifesaver said...

mira mesti akan jadi kakak yg baik!