Jun 16, 2009

KL Trip

Rasanya dekat 8 bulan aku tak turun ke Kuala Lumpur. Hari ahad pas aku naik bas kol 1230 tengah hari. Aku kesana sorang diri aku je. Dalam bas aku menjalankan aktiviti yang terlalu biasa dilakukan orang zzzzzzzzz... Aku sampai pudu raya dalam kol 2 lebih. Aku ingatkan gerenti jalan jem disebabkan oleh orang pulang ke bandar selepas abis cuti sekolah. Rupa2nya tak, jalan clear..
Member aku dah siap menunggu aku di pudu. Menawarkan diri sebagai drebar aku. Aku jalan2 KL ni langsung tak reti. Yang aku tau nak kemana naik LRT.

Aku check in kat Hotel Legend. Banyak2 hotel kat KL ni Hotel Legend bagi aku yang paling best. Service cepat dan mesra, kat bawah ada The Mall n restoran makanan segera. Yang paling penting bagi aku adanya A & W or 1941 restoran segera kat situ.

Aku menuju ke bilik bersama ngan member aku. Tingkat 18. Sampai ke bilik aku swipe kad. Sekali, dua kali, tiga kali tak boleh gak. Aku tendang skit pintu. Sekali sowang mamat cina bukak pintu. Aku perhati balik nombor bilik , betul. Camne lak ada orang ni. Nasib baik la mamat cina tu bukan orang Malaysia. Terpaksa lah aku jaga sopan santun. Aku patah balik ke kaunter check in, Aku suarakan rasa tak puas hati dengan nada yang kuat (saja nak tarik perhatian, masa tu ramai orang nak check-in), Dengan pantas aku dilayan dan tak habis2 depa mohan maaf atas kesilapan mereka. Habuan nya pihak hotel Upgrade bilik aku.

Dapat lah aku bilik yang besar. Puas hati.

Then, member aku bawak aku makan kat Q-bistro. Punyalah pehgrak aku rasa tak penah lah aku tengok mat bangla ambik order guna PDA. Hi tech tol la kedai mamak tu. Tempat aku mana ada secangih ni.. main jerit2 je, sampai telinga kita pun sakit. Makanan pun kat situ sedap gak. Cuma perlu tahan skit ngan harganye.

Malam
Aku ada perjumpaan ngan member2 sekolah menengah. Ada di antara kami yang berbelas tahun tak jumpa. Punya lah seronok bersembang, semua kisah2 lama terburai. Sampai ke pagi dok bersembang. Taukeh kedai dok perhatikan kami je. order tak berapa melepak berjam2.

Pada Kawan2 facebook dan blog yang tak sempat aku jumpa, mintak maaf lah bebanyak. Tak sempat masa amat terhad.

11 comments:

Monkey D Luffy said...

nasib baik ko tak tido dengan cina tu

atau... masa ko tido tiba2 cina tu masuk... habis ko kalau cina tu gay

muahaha

LiNda said...

keh keh keh

saya suka part yang buat havoc kat kaunter tuh .

Bagi kecoh-kecoh sikit... barulah best !! barulah bermakna hidup didunia ini . hua hua huaaa

haruan tasek said...

depa saja bagi ko bilik cina tu

naurah makwa said...

wah, hebat nih..terus dapat bilik yg besar!First time dgr kedai mamak amik order guna PDA..kelakar pun ada..u tak snap ker pic member2 u

ikiqzana said...

skali skala dpt jmpe member lama mmg seronok... mesti happening..!!

suezensuzanna said...

wah jalan2 cr mkn gitu:)

FdausAmad said...

tumpang melepak jap..

Eyda Chan said...

hahahhaha.. Qbistro 2 kedai mamak ya..

d tmpt kami ada CJbistro.. tp pekerja dia byk india gak.. heheh

ibu umairah said...

g jalan kl....y tak bawa family?jumpa member lama,,,mest banyak gosip nie

Ivy Metaga said...

selalu nya kalo jumpa dgn member2 lama ni, 2 jam tak cukup wooo.. hehehe...

Lifesaver said...

nape la pintu tu?x baiki ke?