May 1, 2009

Aku Buat Lawak Sengal

Ya Allah !! Dah pukul 7.40 pagi. Aku cepat2 menyuruh Isyraf bangun. Dia ada kelas ganti Bahasa Cina pagi ni. Malam tadi aku terlupa nak set jam loceng, ingatkan cuti Hari Pekerja boleh la aku bangun lewat skit. Subuh pun aku termiss. hehehhee
Aku menyuruh Isyraf mandi stail P.Ramlee. Nak cepat tanpa budak tu breakfast aku start motor EX5 menghantar dia ke kelas. Kelas nya start pukul 8.00 pagi. Aku soh dia peluk aku kuat2. Dengan pengalaman aku dulu sebagai mat motor aku berjaya sampai ke kelasnya 5 minit lepas pukul 8. Aku meminta maaf pada gurunya atas kelewatan aku.

Lega !!. Ada masa sejam setengah lagi sebelum Isyraf abis kelas. Biasa nya aku akan melepak bersama ngan kaum bapa yang menunggu anak sampai abis kelas di kedai mamak. Tapi kali ni aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah sebab aku cam rasa tak sedap badan. Aku belum mandi !!.

Dengan sentimental value aku bawa motor ke gerai Kak Ani. Aku teringat pesan isteri malam tadi, soh beli nasi lemak dan kuih untuk sarapan pagi. Aku capai poket belakang, Alamak aku lupa bawak dompet. Nak cepat punya pasal la ni. Aku menghala pulang.

"Ring ! Ring ! (aku punya hp stail lama daa), aku stop motor bukak helmet. Aku jawab panggilan tu. Salah sorang kaum bapa yg call aku menanya napa aku tak lepak kedai mamak pagi ni, aku bagi la alasan yang boleh diterima akal. Habis berbual terus aku masuk gear satu continue perjalanan aku.

Sampai di traffic light, aku rasakan pemandu yang lain asyik merenung aku. Glamour kot aku ni atau sebab aku tak mandi pagi ni ... Hijau aku pecut motor.. kemudian beberapa kereta dan motor memyala kan lampu, biasanya ini tanda ada roadblock kat depan. Aku risau, maklum la aku tinggal dompet, aku ikut jalan lain. Walaupun jalan ni jauh tapi gerenti selamat dari Polis. Aku bawak motor slow2 kalau ada apa2 senang la nak cilok. Aku hairan kenapa kebanyakan motor asyik hon aku ??.. dan aku rasakan begitu nyaman je kepala aku ni.

Akhirnya aku sampai rumah. Park motor, aku angkat tangan nak bukak helmet. Aiittt kosong mana helmet aku ?? Laa rupanya ada dalam raga motor aku. Baru lah aku sedar kenapa orang asyik hon aku tadi rupa2nya aku tak pakai helmet. Nasib baik la aku tak di tahan Polis atas kesalahan paling lawak, ada helmet letak dalam raga tak nak pakai. Aku ketawa sendirian, ni mesti masa aku jawab call tadi aku lupa nak pakai helmet balik. Hhehehehhehehe

Lawak tak ???.... Malu akuuuuuu

6 comments:

joegrimjow said...

kekkee
lawak gak la
seb bek tak tahan
klu x polis pon gelak

amirul said...

Salam...
hehehe... lawak antarabangsa... rase terjadi kat aku gak le dulu... cume xbaper nak ingat...

|Ihsan| said...

x lwak pon.... (snyp je)
hehehe..

momentinlife said...

bahye wehhhh....

dude said...

hahaha
ada2 je ko ni kan..
sampai ke rumah tuu.

Monkey D Luffy said...

tu ler...

terburu2 ko buat keja

kakaka