May 17, 2009

Hari Malas

Aku betul2 letih hari ni.
Nasib baik orang umah aku paham, di biarnya aku lelap sampai kol 10 pagi. Bangun capai tuala buat apa yang patut dalam bilik air. Aku ber air guitar, terasa bagai di konsert masa tengah ujan. Air pancuran tiba2 stop, aku menjerit. Seingat aku tak penah miss duit air. Aku lari ke bilik anak, dengan harapan masih ada saki baki air di kolah. Alhamdulillah cukup tok aku.

Necsafe panas terhidang, aku hirup menambah kesegaran badan. Aku diperintah ke pasar. Mira dan Isyraf riang nak follow aku. "Jom". Keluar simpang umah, lihat pekerja2 lembaga air sidang sibuk.. Hari ahad depa kerja kes nak Overtime la ni.
"Ring!Ring" "Abg cancel, beli je makan apa2, tak leh masak, Liya meragam". urrghhhhh.. aku teringin makan sup kaki ayam.. cancel nampak gayanye.. frust tapi tak menonggeng.
"Anak2 nak makan apa?"
"Bantai la Ayah, MCD ke " Mira bagik cadangan bernas.
"MCD cikgu kata tak leh makan, orang jahat punya ..." isyraf menentang.

Aduhaiiii konflik pemakanan nii. Masuk gear, kaki tekan klach... aitttt takde klach laaa aku bawak keta wife aku, keta auto. Padah Otak kuat memikir makan. Hala ke Tesco.. sana banyak pilihan ....

"Ayah Pizza la Ayah" ..
Idea bernas. Bagi order then layan FB mobile. Mira n Isyraf berlari ke taman permainan.

Lama tak tibai pizza sedap gak. Langsung tak dapat merasa sup nya. Habis di tibai anak2 aku.
Bukak TV layan DVD.. cite Steven Seagal.... Actor kesukaan aku. Anak2 malas nak layan naik ke tingkat atas bersama wife. Ralit layan aku ter zzzzzzz................
sedar2 dah nak masuk maghrib...

Apa yang aku capai hari ni ?? Langsung x de perkara berfaedah selain memenuhi nafsu makan dan hiburan.

10 comments:

amirul said...

Salam bro,
Hohoho... begitulah kehidupan hujung mggu... menyesal kemudian takde gunanya... apa nak buat? manusia biasa...:(

joegrimjow said...

jgn sampai terbabas sudah ye
klu letey
tido
xpo soh sumbody urut
lalla~

momentinlife said...

joe.. cepat betul dia bab2 tu.. =)

*sehari dlm sebln/seminggu, perlu ade 'hari' yg mcm ni..

naurah makwa said...

haha..pandai anak2 u..bini lak takbleh nak masak,anak meragam..acamtu la..i pun kdg2 cancel gak masak2 nih..bila anak buat hal..kdg2 bapak dia pun buat hal gak..huhu.

Cik AniS GalaxY said...

pizza..
best betul
tp xleh blahnya anak2 bro pandai betul konflik mknan..huhu

Monkey D Luffy said...

cuti memang best

Idalara said...

mng kdg2 ada hari yg kita rasa malas sgt...nak buat apa pun semua rasa malas...tapi kak ida untung sbb tkde hubby so...nak malas sepanjang haripun no hal..

Idalara said...

mng kdg2 ada hari yg kita rasa malas sgt...nak buat apa pun semua rasa malas...tapi kak ida untung sbb tkde hubby so...nak malas sepanjang haripun no hal..

dude said...

wahahaha..
happening apa bawak anak jalan2..;)









kalo nak compare dengan org takde anak cam aku..
oh ye..bini pun takde lagi la...;p

Gogi So said...

https://nhacchuonghay.info/nhac-khong-loi/,
https://nhacchuonghay.info/nhac-hai-huoc/,
https://nhacchuonghay.info/,