May 4, 2009

Aku Terkena Dia Terkena

Aku dah fed-up berperang ngan lalang yang tumbuh di tanah belakang umah sekankang kera aku tu. Tak sampai sebulan aku tebas dah tinggi tumbuhnya. Aku tak tebas malu pulak ngan jiran aku. Jenuh la aku pikir camne nak menang pertempuran ngan askar hijau lalang ni, akhir nya otak aku yang memang tersedia bergeliga ni dapat idea. Aku beli simen.. Nah rasakan kau lalang durjana. Aku simen tanah tempat ko berumah tangga.
Pagi2 ahad pas aku pekena nescafe top power isteri aku, aku tebas saki2 baki lalang yang tak tau malu menumpang tanah aku tanpa bayar sewa, aku ambik pasir aku kasi rata tanah. Aku bancuh simen lalu aku simenkan tanah tu..... HAHAHAHA baru puas hati aku.

Dalam 2 jam lebih aku bekerja teruk, baru je dapat seteguk dua lemonade, kawan baik aku datang ke rumah. Dia mengajak aku mengeteh kat kedai mamak depan, aku malas aku offer la saki baki lemonade wife aku buat, dengan penuh kehormat dia menolak ngan alasan tak rela meneguk sisa2 air liur aku, cehh !! Aku malas nak tuko pakaian, aku follow la dia ngan seluor pendek ade part2 terlekat simen, baju T MANU bertompok2 hitam dan berselipar jepun. Pada aku buat apa nak melawa bukan nak pi mengorat, kang anak aku nak mengikut payah lak nak bersembang. Wallet ngan Handphone aku tinggal malas nak bawa, orang ajak kena la belanja kan..

Kami pun bersembang la.. dah macam mengalahkan orang pompuan lak tu.. dia mengajak aku kesatu tempat. Aku dengan dressing hampeh ni bertanya nak kemana, leh la aku balik tuko baju dulu, dia soh aku follow je. Aku pun tak nak menghampakan dia aku follow. Follow punya follow dah masuk highway Kuala Lumpur. Aku ingatkan dia nak balik kampung. Aku diam kan je, entah macam mana agaknya mungkin aku keletihan menyimen tadi aku terlelap. Sedar2 aku dah kat Rawang. Mak ooiii aku rasakan kejap je aku lelap, member aku ni pulak sengeh je bila aku dah terjaga. Aku mula la bising(bukan apa aku risaukan isteri aku kat umah, kang sleep on the sofa). Baru la dia bagitau dia nak ke Lowyat cari barang2 komputer. Tension aku, aku capai handphone dia aku call wife aku cakap aku kena kidnap soh dia bayar wang tebusan kalau nak aku balik umah.

Sampai kat Lowyat, aku merangkap penasihat peribadi dia bagi la tau apa2 yang perlu nak upgrade PC. Pas beli apa yang patut, dengan penuh rasa tak malu aku mengharapkan balasan yang setimpal. Aku ajak dia menapak ke sebuah pasar raya berdekatan (aku lupa namanya) aku capai jeans ngan baju T. Dengan rasa terpaksa( aku tau) dia konon nak balas budi pun bayar la. Aku salin pakaian. Aku ambik lagi satu baju T tok wife aku pun soh dia bayar.

Sampai umah hari dah malam. Biasa lah kalau dah menghilang ngan tiba2 mesti la kena sound skit. Buat2 la sound trouble.

8 comments:

joegrimjow said...

adakah cite ni bersambung??

dude said...

wahahaha.
gile la lu..
dengan baju menyimen ley layan low yat lak kan.
hahaha..patu yang best ley siap soh membe belanja sepersalinan pakaian tu..;)

Monkey D Luffy said...

hehehe

siapa suruh

momentinlife said...

hahah bagus betul ko nih...
pandai ko bancuh simen eh? bagus2.. ssh tu nk cari kombinasi yg betul.. =)

Tukang cerita said...

hahhaaaa....
kira berbaloi gak tu yeop...

dapat gak hang baju sepersalinan...
sapa nak kasi free2 je yeop...

:0

*SiRibenMerah said...

salam singgah kembali..
wahhhhhhhh.. lenkali suh membe tuh wat camtuh lagi.. =P~

cikeYda said...

syiokkk nehh dpt baju baru..
hahahahahhh beshh beshhh~!

suezensuzanna said...

hahaha....aku suke aku suke..wat wat sound trouble...menarik tuh..akan diamalkan