May 7, 2009

Selamat UlangTahun Perkahwinan


Aduhaiiiii !! Hampir2 aku terlupa lagik 2 hari Ulang Tahun perkahwinan aku yang ke-11. Sungguh cepat masa berlalu. Tak sangka rhoper2nya dah 11 tahun aku kawin. Dalam usia 11 tahun ni, macam2 pahit manis aku tempoh bersama isteri. Alhamdulillah, kami berjaya menempuhinya dan ucapkan terima kasih tak terhingga pada semua sedara dan kawan2.

Macam mana aku......... isteri aku ?? Hehehehee. Kami ni satu sekolah, kelas pulak tu selang 2 pintu je. Hari2 berjumpa tapi idak le terfikir nak mengorat dia ni. Tapi entah macam mana pada satu hari tu aku betul2 tengah down, pas sekolah dia ngan kawan nye mengajak aku ke KFC tok tenangkan aku(gamaknya atau nak pau aku entahle).
Abis sekolah janji jumpa kat KFC, Aku ponteng aku punya latihan sukan, takde mood sangat. Hari lak masa tu ujan tengahari, aku kuor pintu sekolah aku tengok dia dok menunggu kawannye, aku tegur dia, aku ajak dia pi KFC dulu. Seribu macam alasan la dia kasi maklum la dia ni bukan senang nak di ayat. ramai bebudak dah try semua tak dilayan. Dek kerana bantuan cuaca kot, makin lebat ujan, dia yang berpayung aku idak. Akhirnya dia mengalah dan kami sama2 berpayung ke sana.(apa macam bibit2 romantik berputik tak) . Masa berpayung tu haram sepatah pun dia nak cakap ngan aku.
Sampai KFC, rhoper2nya kawan2 kami dah sampai dulu. Depa pun mula la mengusik kami. Tempat duduk kami pun dah di atur, kami duduk bertentangan. Bukak la buku, konon2 nak buat la study group tapi satu butir sembang pun takde pasal belajar. Dah lama bersembang, ujan pun dah stop maka nak balik le, aku dan kawan2 bangun, aku toleh belakang aku tengok air Coke aku banyak lagi, aku duduk balik aku hirup air coke , dia pun masa tu masih lagi duduk pun nak menghabiskan saki baki air. Time aku baik punya sedut Coke aku angkat sikit muka, aku nampak dia dok perhati aku. Kali ni aku pandang betul2 pada mata dia, masa tu aku rasa air Coke macam sirap orang kawin. Berdegup jantung aku, pandangan mata aku dibalas balik. Kami bagaikan terpukau terpaku kejap. Sekali lagi kami di usik kawan2..." Cinta sudah berputik ka ??"
Beberapa hari aku cuba gak nak mengelak bertemu ngan dia, tapi kan dah satu sekolah, mana boleh .. pusing2 pasti berjumpa. Akhirnya aku mengalah ngan perasaan aku, aku pi jumpa dia mintak nombor tepon. Punya lah bertahun kenal baru aku nak mintak nombor tepon. Pas beberapa bulan akhirnya kami declare kami couple.

Alamak !!!! aku lum lagi beli hadiah ulang tahun ni ?? apa aku nak kasi ??

15 comments:

wawa_wanie said...

sweet memory..hepi annvrsary ya..

Krasz bAtu said...

thanks wawa...

Monkey D Luffy said...

tahniah!

tahniah!

tahniah!

ini love story yg aku suka baca

cerita dr org yg dah kawen

hehehe

momentinlife said...

ehehehe aku suka! aku suka! haha aku lk happy pepagi nih.. =)

*apa kata ko bwk dia gi mkn kfc.. mesti dia terharu.. hadiahnye beli payung yg grand..=p

momentinlife said...

eh! lupa..
Congrats!! ko nmpk muda, tp dh kawen 11 thn?? bagus2..

Aku-Ida said...

wahh tu dia gambo perkahwinan dia.... sweet memory kan kan.. ida ni lak rse takut je nk masuki alam perkahwinan ni.. especially takut kene mkn hati je hari2

suezensuzanna said...

hah...blikan set penjagaan muke..x pun..bli minyak wangi...hah..romantic dinner:P

OREOO said...

bro dah kawen 11thun yg lalu??
OH..kagum sggh!!
power ah ayat coke rse cm sirap org kawen..
CAYALAHH!!HAHA

SRISUFI said...

salam...

selamat ulang tahun perkahwinan bro...semoga berbahagia selamanya.

ameen.

~sampaikan kpd org umah...sri ucap selamat hari ibu.

cikeYda said...
This comment has been removed by the author.
cikeYda said...

ufff aku silap komen..
hehehhehe sala tempat..
btw.. happy anniversary ya...

dude said...

bro..ayat ni gua takley bla..

'Akhirnya aku mengalah ngan perasaan aku'

cet!!

tahniah bro!
11 tahun tu..

i follow.

amirul said...

Salam azizul,

Happy Anniversary...
Semoga berkekalan keakhir hayat
disinari rumahtangga yang bahagia dan selamat hari ibu semua...

iKa said...

salam..
ika nk mgomen d cni.
epy anibeseri..
muge2 bhgie n bkekln hndakNya..
rumentik tol lahh bro..
if p kfc + bpayung lam ujan..
lagi rumentik..
hehehe..
peacee broo!!!
=))

Sherry Said said...

hahaha.. bro..
tang ayaq coke dah rasa cam ayaq sirap tu yg tak tahan tu.. hahahhaha

apa2 pun.. tahniah..

krem salam kat sue eh