May 16, 2009

Teima Kasih CikGU

Hari Guru hari ni. Anak2 aku sibuk ajak aku pi beli hadiah tok cikgu. Aku cakap pada anak2 aku, nak beli hadiah tok cikgu tak leh pakai duit Ayah. Takde makna nya pada diri anak2 aku sebab mereka rasa senang dapat dan mungkin hadiah tu adalah hadiah saja. Aku korek tabung dema berdua, biar mereka rasa cari duit bukan senang dan hadiah dari duit sendiri lagi bermakna.

Dah nama Ayah !!.. kira2 duit dema tak cukup nak belikan hadiah anak2 aku nak. Aku paham sebab Hari Ibu baru je pas. Terpaksa la aku Top Up kan..Aku dulu nak kasi hadiah kat cikgu tak berani nak mintak Mak. Kurang modal jadi aku bagi je cikgu2 kad hand made aku. Aku rasa cikgu2 aku lebih menghargainya sebab aku berusaha decorate kad tu.
Betul tak cikgu2 ???Ni lah rhoper hadiah yang anak2 aku nak kasi kat cikgu2 nya. Seharian dok merengget soh bawak ke pasar raya. Aku suprise gak .. Tak sampai RM10 leh dpt hadian cam ni. Murah giler beb !! silap2 hadiah hari bapa nanti ni nanti agaknya budget camni la aku dapat .. aduhhh!!!!

Time aku dulu, aku penah hadiah kan cikgu pucuk betik, ulam2 pegaga dan lain2 ulam2 pree yang aku cari merata kampung. Aku bungkus ngan daun pisang, masuk dalam kotak, balut ngan kertas hadiah. Aku selamba kasi kat cikgu bisik "Bukak kat umah cikgu". Esoknya cikgu datang jumpa aku dan ucapkan terima kasih dan ni lah hadiah paling unik dan berharga, dia kata aku benar2 memahami selera dia. Time tu aku darjah 6.

GURU, KAWAN , ATOK KU.
Dalam ramai2 cikgu aku. Yang paling aku respek ialah Cikgu darah daging aku ni. DATUK aku. Kenapa ??
Datuk aku ni orang serba boleh, berpengetahuan luas, bijak, tenang tak mudah cepat marah. Survival hidup aku banyak bergantung ngan Atok. Atok banyak mengajar aku.
Walaupun Atok aku tak penah dapat menolong dalam belajar mata pelajaran sekolah, tapi Atok mengajar aku apa yang lebih penting dari subjek Matematik or Sains. Ilmu Dunia Dan Akhirat.
Ilmu Agam Islam yang jauh lebih penting dari subjek tu. Tanpa ilmu ni kalau korang pakar dalam sains dan matematik, just wait n see laa pe kan jadi. Semua pengajaran Atok aku guna dalam menempuhi kehidupan. Alhamdullilah segala ajaran nya amat berguna.


Guru, Kawan , Buah Hati ??

Masa aku Tingkatan satu, ada sorang cikgu pompuan cun mengajar kat kelas aku. Jadik guru kelas lak tu. Entah apa ke halnya , tiap kali berhadapan ngan cikgu ni pasti aku gagap la tak tentu hala .. selalu je nak mengelak jumpa. Last2 cikgu ni perasaan, dipanggilnya aku dan di beri kaunseling. Cikgu ni pandai langsung tak sentuh hal2 sensitif cuma dia bercerita pasal diri nya sewatu semuda aku. Pas kaunseling tu aku tak lagi segan..
Kalau satu hari cikgu ni tak masuk kelas, rasa raban teben dibuatnya. Bila satu hari aku nampak cikgu ni ngan satu mamat kat KFC, rasa berderai jantung, marah ....

Guru, Kawan N Lawan
Seorang cikgu mesti berfikiran positif dan mengutamakan hal2 dan kebajikan anak2 muridnya. Tapi memang ada cikgu yang berfikiran kelaut skit.
Time aku tingkatan 3. Sikit punya pasal cikgu ni memyimpan dendam kat aku. Aku berjaya mengalahkan anak murid kesayangan dia dalam kejohanan sukan di pusingan akhir. Aku time tu dah sedar, tak de masalah aku nak menewaskan budak tu, jadik aku nak menang bergaya.. aku mula eksyen dan sedikit menunjuk2 kot. Cikgu ni panas hati. Selalu je cari salah aku. Aku pena
h dirotan pasal aku tak bawak buku latihan.
Guru jenis ni tak professional dan memalukan profession perguruan. Aku harap cikgu2 takde murid favourite. Kalau ada jangan tunjuk sangat. Jaga hati dan perasaan murid lain.

Guru, Kawan N Rakan Kongsi Niaga
Boleh ke cikgu berniaga ??
Aku ngan sorang cikgu ni penah la berniaga kecil2 kat pasar, tu pun 2 kali je. Aku rajin gak mengikut cikgu ni memancing. satu hari tu punya lah banyak dapat ikan. Terus cikgu tu bagi idea jom jual kat pasar.. pakai guni je kami berdua mencangkung menjual. Ilmu berniaga dapat ku perolehi dari cikgu ni.

2 comments:

D a Y a (^_~) said...

ni link baru blog daya tau

www.tentang-cerita-ini.blogspot.com

tq :)

Tukang cerita said...

Aku pun sama yeop...
aku lg suka kad2 yg pelajar aku buat sendiri...
aku simpan dlm kotak lg...
menghargai susah pyh dorang...
:)