Jul 14, 2009

Anak Mike NolaK Anak TemaN

6.15 ptg. Loceng tamat persekolan berbunyi nyaring. Dari jauh aku lihat ke dua2 anak aku berlari. Macam ada yang tak kena pada Isyraf.

"Ayah ! Ayah ! Tadi kan ada budak tolak adik masa rehat, dia jatuh pas tu nangis. Ayah tengok baju dia". Mira mengadu sebaik saja aku mengangkat beg Isyraf.

Isyraf menampar badan kakak nya. Bocorkan rahsia la tuu...

"Isyraf ! Siapa buat ? Macam mana leh jatuh ?". Aku mula menjalankan edisi siasat version aku. Hati aku dah mula panas. Siapa lak yang berani membuli anak aku ni. Ibu bapa lain mula memandang kami. Aku tak peduli.
Isyraf hanya diam membisu

"Isyraf ! kenapa dia tolak Isyraf ?Israf lawan balik x ?". lantak lah apa orang lain nak kata. Anak aku kena buli takkan aku nak diam kan je. Tindakan membisu Isyraf membuat aku makin panas hati.

"Akak niiiii..................!!" Isyraf menarik baju Mira.

"Mira ! Siapa buat adik ?".

"Ayah, rileks ... akak dah kautim. Akak dah marah budak gemuk tu, dia kelas sebelah akak".

"Budak Gemuk"!!!. Badan besa mungkin sebab tu Isyraf takut nak lawan balik. Budak tu darjah 3, Isyraf baru darjah 1.

Tak boleh jadi nii..

"Akak tunjuk Ayah budak tu".

"Budak tu balik ikut pintu belakang".

Aku menarik tangan Isyraf...............

Dari jauh aku nampak seorang budak gemuk bersama seorang lelaki. Dalam hati aku, mesti budak ni. Mak ooii darjah 3 badan beso.. patut la Isyraf tak berani.

Budak lelaki tu menuding jari ke arah Mira. Sah ni budaknya dalam hati.

"Ayah budak tu".

Aku senyum. Lelaki tu pun ikut sama senyum.

"Alamak Yop (hanya bebudak kampung panggil aku Yop) anak kita gaduh le" Aireh menghulur tangan. Kami ketawa. Anak2 kami memandang kami kehairanan.

"Reh, Ate idak le teman tau anak mike ngaji ngan anak teman." aku mula bersuara.

"Teman pun idak tau Yop"

"Anak mike baya anak teman, darjah 3, 3 tahun ngaji baru ni teman nengok mike ngambil anak, mane rhoper ayah mike ni" Aku seronok jumpa member sekampung.

"Ate Yob ooi, mane buatnye, Yob bukan tak tau, teman koje mane... teman cuti le hari ni.. Orang umah teman soh nengok sekolah anak.. Udah 3 tahun bahru teman dapat nengok.. itu pun chupul2 je... bebudak udah balik teman baru sampai". Aireh bekerja di luar negara. Dah berapa tahun aku tak berjumpa dengan dia.

"Yang ni ape ke halnye.. Anak mike nolak anak teman, akak anak teman pulak nolak anak mike".
Hati aku yang membara dah sesejuk kutub Utara...........

"Alaa Yob, bebudak rhoper itu le, gaduh gaduh esok baik le dema tu, Yob dulu pun rhoper itu, Yob idak ingat ke Yob melestik kaki teman.".. gelak lagi "Parut kaki teman nii Yob ade lagi".

Aku teringat kisah aku melestik burung zaman kecik2 dulu.. Geram tak mengena, aku lestik kaki Aireh .... Hahahhahahahhaa

Aku ngan Aireh berbual ..... Kisah anak2 kami bergaduh tolak tepi..

Dulu aku suka membuli si Aireh, sekarang anak Aireh membalas tanpa mereka mengetahui Ayah dema kawan baik satu masa dulu... umpama roda.. perbuatan baik di balas baik.. jahat di balas ngan jahat.. tak semestinye orang yang sama akan membalas , tapi balasan tu tetap ada cuma dalam bentuk yang lain.
Aku bersyukur, dalam kisah anak kami bergaduh.. kami ditemukan kembali.. Tak sangka Aku ngan Aireh tinggal dalam satu taman.. Orang Umahnye selalu aku tengok, nasib baik aku tak penah mengumpat atau menakle ( " mane le laki dia .. Janda ke?") hehehehhee..

"Ayah, Cikgu kata cikgu nak jumpa" Dalam keta Isyaf baru nak bersuara. Isyraf tau hati aku dah sejuk baru dia berani bukak mulut.

"Cakap cikgu Udah settle".......

14 comments:

amirul said...

Salam Bro,
Kesian Isyraf tu! Harap takde yg serius...

dude said...

best kan jumpe kawan lama bro...;)

momentinlife said...

Allah maha kaya,
sekarang kita berada di sini,
ntah2 esok kita berada di sana..

=p

Anonymous said...

budak2 punya hal... tp ok la.. dpt jumpa teman lama... kan takdir tu...

Lifesaver said...

speaking perak le teman...

en_me said...

siannn kanns.. ehehe, salamm

miss oren said...

i tersanagt enjoy membaca entri ini..hehe..

Mucuk Shomot said...

las wik ank mucuk jd mangsa bebdk lari dlm clas.. bdk2 tu telanggar ank mucuk smpi jatoh dan pensil tecucuk kt bibir ank mucuk..abih bdrh.. mucuk siap sound guru kelas sbb lgsg x bg tau mucuk event call pon x.. tau2 blk da bengkak2 cmtuh.. bila tya br ckp..sakit ati!!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

bez tul dpt jumpa kwn lame.. jenuh gak sya nak pham kan .kena baca pelan2..
Kna ada rmai kwn ong peghak ni..

naurah makwa said...

u ni bleh geng la ngan hubby i..pekat benor cakap perak..orang perak kata lepek jer cakap..huhu..i dulu before kawin tak faham sangat, bila dah kawin ngan i sekali cakap perak ngan hubby..

Monkey D Luffy said...

20 tahun mendatang...

anak si yop bercinta dengan anak sulung ko plak

ngeeee

CINTAMANISZ Lite said...

Jgn ler pasal anak leh putus kawan ye..Naseb baik!

armouris said...

info tentang anak-anak bergaduh kat sini - Jangan Memihak Ketika Anak Bergaduh

OREOO said...

ate nyer..
garang meno yob..
hal budok2..
wat bodoh sudah..hehehe


OREOO kmbali ;)