Jul 29, 2009

Tangan Mengoncang Dunia

6.00 petang
Aku sampai umah. penat kerja setelah lama cuti doktor bagi. Aku baring di ruang sofa. Masih ada 45 minit lagi sebelum anak aku 2 orang tu kuor sekolah. Cadang nak lelap jap..

Tapi

"Abang tolong henjut jap, nak mandi".

Nak mendodoikan anak kena nyanyi lagu2 rakyat.. aku tak la reti sangat so bantai lagu Bunkface ... hehehhehe

Pepatah melayu mengatakan:- "Tangan yang menbuai buaian boleh mengoncang dunia"... Mungkin kah tangan tu boleh ??

Mungkin tidak kan.. Pepatah tu ditujukan pada golongan wanita or kaum ibu. Tapi sekarang ni zaman moden, banyak pepatah dulu dah tak relevan buat zaman ni..

Habis tu tangan para kaum bapa yang menbuai buaian lak cam mana ??
kena lah ada satu pepatah melayu baru tok zaman nii.........

Sekarang ni banyak pula pepatah melayu dulu2 yang telah diubah suai kan mengikut resam zaman nii.. ni contoh2 yang aku penah jumpa :-

PEPATAH YANG TELAH DIUBAHSUAIKAN
1.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh
diundur,
terlajak kapal terbang tiada gear reverse.
2.Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3.Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi
ayam.
4.Alang-alang mandi biar guna syampoo.
5.Harimau mti meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang,
suami mati meninggalkan hutang.(tulah...lain kali jangan suruh suami beli
gelang secara hutang)
6.Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... pulut pun habis.
7.Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)
8.Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk
atas pokok tu.
9.Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10.Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi...)
12.Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut
goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.
13. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
14.Biar korek hidung jangan korek tabung.
15.Berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian lama-lama jadi
letih.
16.Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi
satu.
17.Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi
katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah....lah....
18.Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
19.Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.(itu...mesti
ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)
20.Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
21.Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau
macamtu lebih baik tak payah hujan.
22.Biar lambat asalkan perlahan.
23.Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
24.Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.
25.Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.
26.Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya
ada kenduri kahwin.
27.Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan
tanganlah....
28.Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak
tandanya kita tak lawa.
29.Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak
ajelah....
30.Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu
takkan lari jugak.
31.Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)
32.Patah tumbuh, hilang report-lah polis.
33.Susu punya lembu, Ducth-Lady dapat nama.
34.Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.
35.Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk
acara angkat berat.
6.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpak
jugak.
37.Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang
ajelah beli jarum yang baru.
38.Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada
umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)
39.Bunga tahi ayam bukannya sekuntum....
40.Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey
Kajang lagi best......
41.Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
42.Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai,
buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai.

Aku tak de niat nak persendakan pepatah lama .. cuma nak share sebab ada diantara pepatah baru cipta ni mengelikan hati aku..

enjoy !!

7 comments:

iyllienaz said...

perghh..byk betol..haha..ade yg klakar..

Lifesaver said...

tgn pompuan selalunya bisa ngoncang dunia

miss oren said...

best giler baca pepatah2 yang diubahsuai ni

naurah makwa said...

banyaknya pepatah yang klakor tuh..huhu..hubby i yg rajin dodoikan anak..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

no 10 ngan no 16 tu..cam lebiiih jer... ada niatka bro. ?

Ivy Metaga said...

hehehhee..mmg senyum je baca semua pepatah yg dah kena modified tu huhu....

bagus2 tolong ayunkan anak2 hehe

dude said...

adeh. sakit dada aku nak khatam..
sok aku sambung ketawa lagi..

no 12 mcm best je..

err..byk na cite sal nak kawen lagi ni..ko biar betul bro..