Jul 6, 2009

Cantik Selalu Dimata

Ahad
Hari kedua bawak family shopping. Kali ni betumpu pada pakaian pulak.
Minggu ni minggu penting bagi orang umah aku. Minggu ni dia ada convocation di Bangi. So aku bermurah la hati nak belikan something la tok dipakai.
Cepat masa berlalu, masa orang umah aku study dulu, teruk aku, aku la mak aku lah ayah. Tinggal ngan anak2. Jumpa ngan isteri 2 minggu sekali. Kelam kabut rasanya. sekarang dah berbaloi...

Aku lepak dalam keta ngan baby. Malas nak ikut, pompuan milih mau makan berjam. Time nak bayar kang tau la nak call aku. Dok dalam keta, lepak layan skesta Nabil.. fuhhh layannnn

Nasib baik baby tak meragam, tido.

"Abg datang sekarang kedai no 3". time nak bayo la ni dalam hati....

"Abg mana cantik ?"
"ermm try la dulu". Aduuiiii ingatkan dah selesai masih dalam proses pemilihan rupanya. Anak aku yang berdua tu berlari2 dalam kedai. Orang umah aku masuk bilik persalinan.

"Ok tak bang?"..
"Try satu lagi"

Aku mencari anak2 aku.. main sembunyi2 yer siap nanti balik. Aku dah le lenguh dukung baby ni.

"Yang ni ok ?" "cantik?"
" Errrmmmm .. Cantik"
" Abg ni dari belum kawin sampai anak 3 asal tanya je semua cantik, langsung tak bagi pendapat".

Aku nak cakap apa, bagi aku apa orang umah aku pakai memang cantik. Pakai Tshirt ngan kain batik pun dah cun bagi aku. Tu memang jawapan ikhlas aku. Cantik je di mata. Aku rasa semua para suami camni, tanya la mereka.. mesti jawapan sama ... CANTIK...

"Ambik dua-dua sekali la senang".
"Sayang abg".

Aku menuju ke kaunter bayaran. Aku ingatkan 2 pasang je, rupanya ada lagi sepasang tersedia di kaunter, Aduuhhhhh 3 pasang.. Sepasang dah dekat RM170, kali 3 ...........
Bayar je la.. nasib baik ada Credit Card.

"Abg jom beli kasut".

Aku belikan eskrim tok anak2 aku, baru reti dok diam. Aman skit nak milih.

"Abg try kasut ni"
"Buat apa semalam kan dah beli kasut"
"Tu kasut keja ni kasut sukan""Yang bayar kasut abg ni".

OOOOO. Aku paham napa belikan aku kasut sukan. Mungkin nak cakap segan, tak nak kecikkan hati suami, dpat dosa pulak kecik kan hati suami. PERUT aku ni makin maju kedepan, Soh aku pi bersukan la tuu , buang kan lemak....

13 comments:

iyllienaz said...

isteri solehah..bagos laa..

su said...

hehe...ikutkan jelah kan..

betul gak tuh..huhu...

Monkey D Luffy said...

jangan simpan jer kasut sukan tu

kuatkan stamina yer

hahaa

momentinlife said...

ending itu sungguh chomel.. haha

Ivy Metaga said...

baik nya isteri....memahami hehehe

mamarempit said...

amboi...spasang 170??? Kalo saya 170 tu leh beli 7 pasang baju...
ye la...itu je yang mampu....tapi kalo saye beli mahal2 pun, saye tk rugi sbab upah jahit tk de....hehehe...tu upah mau 60 - 70 sepasang kan???


Huuu...jangan marah......
(tensi ni..tk dapat gi join Hari peneroka)

suezensuzanna said...

ahaks...sukan....all the best:)

naurah makwa said...

haha..baru tau rupanya suami nampak isteri tu cantik pakai apa jer..huhu..dah maju ke depan?

Sis-Lin said...

seronoknye sopinggg....ilang sakit kepala tau,tp pening kepala lak cukup bulan..heheheheheh

LiNda said...

hahahha saya suka statement belikan kasut sukan .

pasni belikan baju sukan
pastu belikan seluar sukan

u memang kompom kena bersukan .

hik hik hiks

miss oren said...

ur wife mmg kelas gitu..thumbs up

a kl citizen said...

memang bijak betul orang rumah..

dude said...

wah bahagianye pasangan ini....
esok gak aku nk kawen!