Jul 10, 2009

Uniten

Terlebih dulu mintak maaf lah pada semua kawan2 Facebook dan Bloggers semua, tak dapat nak berjumpa masa aku kat sana tempoh hari. Jadual aku pack.. hehehhee

Rabu
Aku check in di Hotel Prescott Metro Kajang. Tu pun melilau cari. Mana la aku tau dia dah tuko nama.. Dulu nama nya Metro Inn. Bagi aku ni la kali pertama aku jejak kaki kat Kajang ni.. selama ni asyik dengar nama je "Satay Kajang". Orang Umah aku pilih hotel ni sebab murah dan dekat ngan Uniten. Ada dalam 20 minit.
Dapat lak bilik 2 katil.. Hahaha aku gelak ngan orang umah aku.. Camni kena tido asing lah.. hehehe.. Tu je bilik yang ada.. semua dah penuh disebabkan ada Convocation di Uniten. Menyesal pulak tak bawak anak2..

Dalam kol 2 bergerak ke Uniten untuk Raptai. Aku dok la kat Kantin sampai kol 6.. Keras aku kat situ...





Khamis
Majlis setat kol 1.30 petang, Pagi2 lagi orang umah aku dah sibuk.. tak sabar2 dia. Punya lah ramai orang, dah macam pesta. Selalu aku ke Convo adik2 aku, aku tak la kisah sangat.
Tak penah la aku masuk Dewan nengok macam mana orang terima segulung kertas tu. Congak bangak la aku, aku lak tak penah berpengalaman cam ni.. belajar pun takat SPM je. Tu yang bila Orang Umah aku nak sambung belajar aku bagi sokongan 100%. Berkorban aku jaga anak2 selama dia belajar, berulang alik ke Uniten tiap2 minggu.. duit banyak abis oooo..
Yang paling membanggakan aku, bila Orang Umah aku diumumkan sebagai pelajar/pelatih cemerlang. Nak melompat aku dalam dewan, sib baik leh kontrol ensem.. hhehhee Bangga aku. Berbaloi segala usaka aku selama nii.

8 comments:

Princess Azi said...

konvo uniten ke konvo ilsas? hehe.
patutla tgk ramai org kt dewan hari tu... tapi tak tau event ape.
yang nampak orang2 nye pakai baju melayu putih dan bersampin.

Monkey D Luffy said...

alhamdulillah

pengorbanan berbalas jugak

Bapak said...

tahniah tuk wife bro!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

congrats utk wife dan utk bro gak yang sanggup berkorban! salute lar..

Tukang cerita said...

tahniah tuk org umah hang yeop...
tahniah gak tuk hang...
:)

berbaloi kan?

Idalara said...

tahniah buat wf krasz batu...dan buat krasz batu juga kerana tanpa galakan dan sokongan moral dr suami tkkan wf dpt belajar lagi..

Rinna said...

Tahniah wat wife u yang dianugerahakan sebagai pelajar cemerlang.. :)

iyllienaz said...

congratz to ur wife...