Jul 18, 2009

Keta Aku ILang

Penah tak merasa panik kehilangan kereta ??? Memang gabra giler kan......

Sebelum ni aku penah la hilang motor EX5 aku.. tapi time tu aku masih leh cool lagi. Hilang kereta memang aku panik. Dah la kereta tu Orang Umah aku punya..

Dalam kol 10 pagi aku kuor umah bersama Mira. Mula aku stop kat Car Wash RM2.00, hari ni malas aku nak cuci kereta. Sejak ada nye kedai cash wash ni aku dah jarang basuh kereta sendiri. Aku fikir kan rugi je aku basuh sendiri, antar kedai senang.. jimat air dan tenaga lagipun RM2 je.. mana nak dapat semurah nii..

RM2 tu cuci luar je, kalau nak cuci dalam lak harganya baru RM6, tapi aku harga kawan2 RM5 je ngan taukeh nye. Depa buat koje cepat, bersih dan amanah. Tgh Vakum, Mat Bangla tu jumpa duit 1 sen pun depa bagi kat aku....

Tak sampai 20 minit siap la kereta, mana taknya 1 kereta 4 mat bangla koje kan...

Nak antar kereta sini, nasihatkan datang awal.. kalau tak jawabnya tunggu turn sejam basuh kereta x sampai 20 minit.. Q panjang ooo hari2..



Siap kereta aku menuju ke Tesco.. Orang Umah aku soh beli barang2 dapur dan apa yang patut tok dia nak masak. Melilau aku cari parking.. Dalam 20 minit gak la aku dok usha2 parking kosong..

"Ayah !! tuuuuuuu cina nak kuor". Mira merangkap C0-pilot aku menujuk.. Nasib baik dapat, dalam hati aku dah nak balik je..

Aku sambaq------------>>>>>>
Murah .. RM20 je. Beli hadiah kat Abah aku. Kesian nengok sweater dia dah bulor.

Tengok list Orang Umah aku .. capai tak fikir apa brand ke janji barang nye sama dah... main senang.

Pas bayar aku basah tekak ngan Mira kat Restoran Pelita.

Tesco Ipoh ni ada 2 tempat parking, kat luar dan di berbumbung.. Aku suka park yang berbumbung tak la panas..

Seingat aku, aku park keta tak jauh dari pintu masuk tadi. Aittt mana pulak kereta aku ni..... Aku pun meround sambil menolak troli. Masa ni aku cool lagi, mungkin pintu masuk yang satu lagi kot. Cari2 tak de jugak....

"Ayah kereta kita hilang". Aku dengar Mira cakap cam ni , aku mula panik...
Alamak cam ne aku nak cakap kat Orang Umah kereta hilang??? teruk nii.. Melilau la aku mencari.. kesana kesini takde jugak...... Abissss aku..

Aku selok poket.. nak ambik hp, terasa kunci kereta.. Aku kuor kan.. Aku tekan remote ...

" Tu ayah keta kita".......

Laaa .. camne aku leh lupa niii.. Aku ingat kan tadi aku bawak kereta Wira aku... rupanya kereta kelisa. Buat penat aku cari.. camne la fikiran aku teringat kereta Wira tapi aku rasa takut Orang Umah tahu kereta kelisa dia hilang.....

"Mira apasal tak cakap tadi"..... "Akak ingat kan ayah saje nak bawak akak dalam troli ni round"
cess tak guna punya jawapan anak aku..

Balik umah, biasa laa Mira mesti antar laporan kat Mem. Kena gelak laaaa....

15 comments:

Tukang cerita said...

hahahaaa.....
kelako tahap gaban...
:)

Lily Sufy said...

wakakaka..sufy ingat betol2..hua3..hampess..anyway, jg kete tu elok2..lalala~takot betul2 ilang plak..hee

Lily Sufy said...

wakakaka..sufy ingat betol2..hua3..hampess..anyway, jg kete tu elok2..lalala~takot betul2 ilang plak..hee

ummiumaira said...

ekekekekkk....
lenkali kena tampal nama kat cermin depan keta 2 senang nak cari.......

Lifesaver said...

selalu jgk jadi mcm tu..kat shopping complex yg besar2..lupa tiang no brape

KhairiL's said...

igtkan hilang btul2
biasa la mcm tu, kadang2 kita lupa

LiNda said...

Wah.. cuci 2 henggit. best tuh !

dude said...

jumpa 1 sen memanglah pulang bro, cuba jumpa seploh hinggit? haha...

aku rasa ni tokey dia sama dengan car wash kat manjung tempat aku..tulisan n style pon lebih kurang je..
tapi apesal kat tempat aku rege dia rm3???

miss oren said...

fuh..ingatkan hilang betul2 tadi

|Ihsan| said...

tak leh blah anak bro la.
"Akak ingat kan ayah saje nak bawak akak dalam troli ni round"

amirul said...

Salam Bro,

Ingatkan betul2... kalu betul camne? minta dijauhkan le ye...

Monkey D Luffy said...

haha

suka plak anak ko

CINTAMANISZ Lite said...

wakaka..mmg kalo terjadi cenggini kita akan gabra tahap gaban, darah terus menyirap ke atas..kekeke..
Tapi bila rupa2nya kita tersilap..rasa darah dah turun balik ler..lega!

Adik akak pun penah kena cenggini, huhu.

suezensuzanna said...

wahhh tajuk....sungguh menakutkan

naurah makwa said...

haiya!bikin saspen sajer..caner la boleh lupa..haha..