Jul 23, 2009

Fun Fair

Fun Fair datang lagi ke tempat aku, tapi perasaan adanya Fun Fair tidak seperti 30 tahun yang lalu. 30 tahun yang lalu, seingat aku Fun Fair memang sangat2 di tunggu kedatangan nya di kampung atau bandar2 yang berhampiran. Dulu hanya ini lah hiburan penduduk berhibur, seisi keluarga akan datang bersuka ria, menghabis kan duit tapi berbaloi melihat anak2 bersuka ria. Malam hari nya konsert nyanyian artis2 ternama satu masa dulu menyerikan lagi malam sambil malam di hiasi dengan kilauan cahaya neon berbagai warna.

Tapi kini, pengusaha Fun Fair seakan menuju ke zaman kepupusan nya. Kanak2 tidak lagi suka ke Fun Fair, mereka lebih suka menghabiskan masa bermain di cyber cafe atau bagi keluarga yang berada membawa anak2 mereka ke Genting.

Aku sedih melihat nasib Fun Fair. Fun Fair, banyak sungguh memory aku bersama atuk tersayang. Atuk sanggup mengambil cuti semata2 aku mendesak nak ke sana. Atuk akan ikut saja kemahuan aku, Atuk akan belikan gula2 kapas dan kemudian nya akan sama2 naik dengan aku menaiki permainan yang ada. Yang aku tak boleh lupa ialah Atuk aku diharam kan bermain permainan menembak.. Mana tak nya Atuk aku penembak handalan.. Setiap kali Atuk tembak mesti akan dapat hadiah yang besar2. Syok sungguh masa tu.. Maka bermacam2 lah hadiah aku dapat.

"Mira malam kang kita pi nak " aku mengajak Mira. Aku ingin kenangan aku hidup kembali.

"Malam kang ada kelas ngaji Ayah", "Ayah hari tu dah janji nak bawak pi Genting". Mati ngan2 ku.

Menjelang tahun 2020 Fun Fair tak kan wujud lagi. Fun Fair akan menjadi satu bahan cerita bagi aku dan anda yang sezaman dengan aku menceritakan keseronokan ber Fun Fair. percayalah anda akan menjalani satu proses kepercayaan yang payah kerana cucu2 anda tidak dapat mengambarkan macam mana kah seronoknya perasaan anda.

Walau apa pun Fun Fair... Kenangan yang kau beri kan tetap segar di ingatan ku.

15 comments:

aien~s corner said...

btol3.. zmn kite dlu m funfair ni bnde plg bez la... bile sklg ni huhu cm dh xde pe2 dh bg dak zmn skg..huhu

Lifesaver said...

dulu time fun fair mmg meriah..skrg dah pupus..ada times square, genting and teknology amik alih...zaman dah berubah...teknology dah maju...

LiNda said...

fun fair memberi nostalgia tersendiri . Time kecik dulu suka masuk rumah hantu . padahal tah hape-hape jek hantu dia ..

selain tuh mesti nak tengok artis, time tuh pun rock kapak . best gilerr .


walopun skrg masih wujud f/fair, tapi saya tak galakkan anak2 bermain or menaikinya . Tidak terjamin dari sudut keselamatan !.

apepun..n3 nie best.

miss oren said...

tahun 2020 fun fair ada kat setiap rumah kot..

suezensuzanna said...

fun fair....yeah...fun fair...zaman dulu ngan skang dh lain. Huhu...sulu waktu skolah sanggup fly dr asrama...semata2 tuk g funfair...huhuhu

Eyda Chan said...

hahahahahha teingat plak masa p fun fair last year.. aku hampir temuntah naik air force.. serius rasa mcm d genting masa 2.. uhuhuh

Sis-Lin said...

lamanye tak gi funfair ni...huhuhu

<< s| tED| >> said...

wujud lagi fun fair ni yek.. aku dulu masa zaman kecik2 ada lah.. selalu pergi masa duduk Port Dickson.. skarang dah x jumpa.. :)

[yAN!e][pUTraJAya] said...

dah lama tak pi funfair....

haih....syok nye....hehe

ustazah dyLLa said...

ok gak...layan je...ustazah xkesah g funfair pun...wayang pun layan gak...~wahahaha

ikiqzana said...

funfair tu skrg ada kat batu cave kan.. ari tu lalu kt situ baru nmpk.. ingtkan nk bawak ank2 g sana.. mmg seronok tuk bdk2.

Ivy Metaga said...

sy suke g funfair...

bestttt.....=)

gadiskecil said...

salam singgah buat anda juga..

ibu_umairah said...

lama tak g fun fair....umairah tak suka!!!tapi ibu nya suka,suka main tikam2...........hee.heee

dude said...

yang ada sekarang pun hidup segan mati tak mahu aku tengok kan..

mati jelah. abes cite..