Apr 20, 2009

Aku Dan Car CD Player Barai

Aku tak penah beli kaset/CD artis lain. Aku cuma beli 4 artis ni je. Wings, Search, Greenday dan Michael Bolton. Aku sayang sangat CD tu. Kalau kawan aku nak pinjam, gerenti aku tak bagi. Sanggup aku burn kan CD tu baru aku kasi.
Bukan aku tak minat ngan artis yang lain. Tapi entah lah artis lain tak de aura cam 4 artis favourite aku tu. Jadi buat apa aku nak beli CD depa buang duit je. Download je dari tenet kan. Oppssss!!

Aku beli lah Pioner Car CD player. Aku beli masa offer. Dekat 6 bulan aku tunggu CD player ni trun harganya. Mahal beb!!. Akhirnya aku dapat, seronok melompat2 aku, aku tukar speaker. Tak payah nak bubuh Amp. Bagi aku dah cukup power. Sekarang ni dah dekat 4 tahun aku guna CD player tu. Tak de masalah.

Wife aku memang dah paham benar ngan perangai aku. CD artis lain takkan dapat dengar dalam kereta. Nak dengar, dengar je la kat radio, kat Era, Hotz FM ke. Nak dengar dari CD player aku no way. 4 tahun lebih dapat aku pertahankan kesucian CD player aku tu. Namun akhirnya.......

Anak aku Mira 9 tahun dan Isyraf 7 tahun. Dah pandai dengar2 lagu zaman sekarang ni. Pandai pulak nak komplen koleksi CD aku. Lagu2 kesukaan aku dah lapuk. Angin jugak aku tapi dah anak sabar je laaa. Kalau orang lain kutuk dah tentu aku soh turun je.

Anak2 aku dah pandai memberontak. Dah pandai memilih lagu kesukaan mereka, masalah aku depa ikut taste Ibu nya. Mira kata Negara kita negara Demokrasi, rakyat boleh mengundi siapa dia nak. Mira buat Undian dalam kereta. 3 lawan 1, aku kalah dengan majoriti agak tipis. Maka akhirnya masuk lah CD artis (tak sanggup aku cakap nama artis tu) dalam CD player kesayangan aku. Berbarai lah CD aku. Makin banyak CD lain masuk.

4 comments:

miss oren said...

menyokong mira dan isyraf juga
majoriti menang.
kalah besar
hahahaha

Monkey D Luffy said...

ko yg lahirkan revolusi ;p

.:sanDORA:. said...

he33!! aku pun suker lagu greenday..
dah 2-3 kali beli koleksi cd dia.. tp sume dah luput di telan dek zaman..

dude said...

cian ko ;p

tapi mesti best kan ley gado2 manja dengan anak dan isteri ;(