Apr 17, 2009

Aku Dan PenYimpan Rahsia

Penyimpan segala rahsia2 aku kini sudah ingat2 lupa bahkan kengkadang tidak lagi mengenali diriku. Ingatan nya bagaikan diserapi sejenis virus yang makin hari memadam segala memory dalam hard disknya. Kapasiti Hard disknya yang dulu penuh dengan coretan suka duka kian di delete oleh virus nyanyuk. Sudah tak mampu lagi di scan dan dipulih kan oleh mana2 anti virus, processornya jua makin hari makin lemah.

Opah. Opah sebelah mak aku. Sekarang Opah dah tak macam dulu, Opah dah tak mampu lagi berjalan sendiri, kena dipinpim. Opah tak reti menyuap makanan ke mulut, tak disuap Opah tak makan. Opah kian cengkung, badan Opah kurus. Opah pakai pampers. Opah dah macam bayi..
Opah !!!!!

Opah dah tak kenal lagi cucu2nya. Aku sebagai cucu yang paling rapat ngan Opah sedih sangat. Aku bersama Opah sejak aku kecil sampai la sekarang. 2 bulan isteri aku dalam pantang Opah tinggal bersama kami. Aku terlalu sedih melihat keadaan Opah sampaikan aku tak sanggup pandang muka Opah. Opah bukan "Yob" tak sayang Opah, tapi Yob sedih sangat. Opah ingat2 lupa Yob.
Opah selalu keliru identiti aku. Selalu benar dia memanggil aku "Yan" anak lelaki tunggalnya yang menetap di Kuala Lumpur. Kadang2 aku mengiyakan saja. Aku layan dia bersembang, Aku
usik dia dan aku cuba rentap segala kenangan dia yang masih dia ingat, Nanti dapat lah aku share bersama dengan adik2 ku dan sepupu2 aku. Aku korek rahsia Atok, mak, ayah ngah, maksu dan sesiapa saja dia ingat. Kemudian kami bergelak bersama. Opah ketawa terbahak nampak lah gigi nye yang rompang.
Opah suka dengar lagu2 lama, cerita2 P.Ramlee. Opah akan bersama2 bernyanyi dan bercerita kisah dia bersama lagu tu.

Opah : "Kamu siape, kamu anak sape aaaahhhh?" dengan loghat perak Opah yang pior. Inilah soalan yang selalu Opah tanya bila dia nampak seseorang itu. Jenuh la kita menerang asal usul kita bagi Opah ingat balik. Last2 Opah cakap "Ngape tak cakap kamu cucu Opah". Idak ke Hati panas... Sabar je laa.

Setiap pagi Opah selalu menanya "Apak(Atok) kamu tak de nengok aku". "Apak dah kawin lain, ngan bini baru le tu" aku mengusik Opah. Walaupun Atok aku beberapa kali sehari datang menjenguk, Opah lupa.

Opah banyak menyimpan kisah2 suka duka aku. Aku senang meluahkan perasaan kat Opah. Dari kecil sampai lah aku berkahwin, hampir setiap hari aku ke rumah Opah. Aku tenang di sana walaupun rumah Opah tak de apa2. Takde internet, astro, dan telefon masa tu. TV pun setakat boleh tengok je masa tu. Tapi situ best sangat. Yang paling aku suka Nasi Goreng Opah. NO body boleh buat sesedap Opah.
Opah akan cuba mengikut semua kemahuan aku. Opah tak mampu Opah bodek Atok, Atok mesti ikut cakap Opah. Aku dapat apa yang aku nak. Opah senyum melihat aku happy.
Opah banyak "cover" kesalahan aku kat Mak. Opah defend aku walaupun Opah memang tahu aku salah. Penah aku bergaduh kat sekolah, muka aku lebam. Aku tak berani balik rumah mak, aku terus ke rumah Opah. Opah sapu ubat, Opah bagitau kat mak, aku demam tak boleh pi sekolah beberapa hari. Opah tak bagi mak datang tengok aku. Memang tersentuh hati aku cara Opah cover aku time tu. Kalau mak aku tengok aku lebam sebelah muka, akan lebam lah sebelah lagi muka aku yang hensem ni.
Aku mintak duit kat Opah, Opah jual ayam2 kesayangan dia. Sekarang aku bagi duit kat Opah,
Opah tengok je. Opah tak tau kertas apa aku bagi.

Aku nak balik Opah aku jadi Opah yang dulu. Aku tau tak mungkin. Adik2 aku dan sepupu2 aku yang aku sayang, rajin2 lah balik tengok Opah. Opah suka korang datang. Jangan marah bila Opah tak kenal korang, Opah ambik masa nak refresh memory dia.

Rahsia ku selamat bersama Opah tersayang.

3 comments:

momentinlife said...

ermm kita semua akn jd mcm Opah kamu kan? hmmm btw, sweet entry.. =p

miss oren said...

entri yg besh..sedey je bace..

.:sanDORA:. said...

hu33!! haku rasa nak nangis la..