Apr 1, 2009

Aku Dan Insuran

Tengah aku bz kat Opis, member lama aku call. Aku jawab. Nak jumpa aku malam ni katanya ada hal. Time sekolah dulu memang aku tak berapa ngam sangat ngan dia ni. Selalu sangat pangkah cakap aku.
Kol 5 lebih dia sms mengingatkan aku. Aku terfikir ni mesti ada perkara penting atau nak promote direct selling ke..
Pas maghrib aku bersiap, pakai kain pelekat ngan Tshirt. Seluar jeans aku masukan dalam plastik. Tak buat cam ni aku punye CNN @ anak aku gerenti nak ikut. Dalam keta kang aku tukor.
Aku ingatkan aku sampai awal. Tengok2 dia dah sampai, mak aaiii ramai pulak member dia. Ni malas ni aku tak kenal. Jauh nampak dia melambai, aku buat donno aku duduk kat penjuru kedai harap2 dia datang kat aku. Tekaan aku tepat dia datang bersama seorang kawan dia. Kami bersalaman bertanya khabar.

Duan : Aku call ni ada hal nak mintak tolong.
Aku : Tolong apa , duit kalu aku balik (dgn nada gurau)
Duan : Ni nak tanya ko Krasz... apa ko buat tok lindungi family ko??
Aku : Weii lu .. pasai pe plak ? Lu keja bodyguard ke
Duan : Idak la , aku nak tolong member.. ko jawab soalan aku
Aku : Pas sembahyang aku berDOA pada Allah ..
Duan : Selain tu ?
Aku : angguk kepala
Duan : Tu jer ? mana cukup !! Sambil dia membuka begnya... Ni aku ada plan insuran dan Unit Trust baik punya. boleh buat duit bro..

Tetiba je hati aku dah panas.. seorang islam cakap sebegitu. Setau aku berdoa pada Allah satu2nya cara yang paling berkesan. Dengan izin dan rahmat Allah insyaallah family aku kan selamat dunia akhirat.
Aku suruh dia mengucap 2 kalimah syahadat. Niat aku nak membetulkan balik akidah dia yang terpesong dalam galak dia menjual insuran dan Unit Trust. Dia diam, dalam hati aku mungkin dia baca dalam hati. takpa lah.
Kemudian dia mula cakap(gaya dia bercakap) aku ni tak pandai jaga family, tak tau hal2 insuran, tak tau nak melabur untuk masa depan. Aku banyak diamkan diri, dengar dia berceramah pasal insuran dia, mengangguk mana yang patut. Aku malas nak layan dah. Dia nak berurus niaga ngan aku tapi dia dah memperkecilkan aku. Persetankan orang cam ni.
Dia yang sebaya aku masih belum kahwin pandai2 nak uruskan hidup aku. Aku dah anak 3 isteri masih 1 , semua keperluan family tak ada masalah bagi aku ngan izin Allah.

Dekat sejam lebih la aku kena kuliah songsang n kelentong nya nak menyakinkan aku. Aku bagitau dia isyak aku lum tunaikan aku nak balik. Aku hulurkan kad nama aku.. aku tau dia terperanjat @ malu .. merah skit mukanya..
Kad nama aku .... bagitau dia pasal insuran dan Unit Trust jangan nak kelentong.. bidang kerja kita seakan sama........