Apr 27, 2009

Aku Kena Sakat Part 2

Hari tu isteri aku kerja shif petang, masuk kol 4 dan habis kerja pukul 12 malam. Habis kerja petang tu, aku terus ke rumah makcik ambik anak aku Mira, pada masa tu Mira baru je berumur dua tahun lebih. Selalu nya kalau isteri aku abis kerja lewat malam, aku akan balik ke rumah mak aku yang jauhnya dalam 45 minit berkereta. Bukan aku tak boleh jaga anak pada masa tu, tapi dah mak aku ni suruh antar cucu dia kesana pas tu aku nak ke mana saja tu aku punya pasal. Mak aku volunter jaga cucunya. Agaknya dia risau cucu kesayangan dia tinggal ngan aku. Aku pun tak membantah, bukan jauh umah mak aku tu. Pasal makan malam tak risau, gerenti mak aku dah sedia kan, pas tu leh la aku lepak ngan member aku kat kpg menunggu masa nak ambik isteri aku.

Dalam kol 11.30 malam aku angkat mira yang dah tido masuk ke kereta. Bye bye kat mak aku, aku pun menghala balik ke Ipoh. Pasang CD Michael Bolton aku layan lagu2 nya. Aku memandu tak la laju sangat sebab aku nak budget time sampai ke Opis isteri aku dia dah keluor. Aku paham benar ngan kerja nya, cakap je abis kol 12 kadang2 sampai kol 12.30 baru keluor. Sampai kat Gunung Panjang aku dah mula rasa lain macam, keadaan jalanraya sunyi, takde satu pun kenderaan lalu. Aku pun perlahankan kereta dengan harapan ada kereta lain dan aku leh follow. Sebabnya tak jauh di depan aku akan lalu kawasan perkuburan melayu. Masa aku bujang dulu aku ada sejarah seram kat tempat ni tu yang aku risau nak melewati.
Semakin dekat aku nak sampai ke kawasan perkuburan tu aku makin gelisah, takde satu pun kenderaan lain. Anak aku Mira terjaga. Bercakap dan memukul2 dinding kereta. Aku menyuruh dia duduk dan menanyakan apa dia cakap ngan siapa dan buat apa tu. Jawapan anak aku betul2 memeranjatkan aku, dia kata - ada orang kat tepi tingkap kereta dan dia nak halau - Aku teringat kata2 mak aku, "budak2 kecik ni boleh tengok apa yang orang dewasa tak nampak, cuma mereka tak tau nak cakap/cerita kat kita". Waktu tu aku baru saja melewati tanah perkuburan tu. Aku dah terkejut nak baca surah2 pun dah tonggang terbalik, aku tukar gear aku pecut sampai ke Gopeng baru aku slow dan aku stop kejap. Bila aku dah cool dan semakin banyak kenderaan lalu aku sambung perjalanan aku. Bila aku sampai ke Opis isteri aku, dia dah siap menunggu. Mira pada masa tu dah tido, isteri aku menanya nape aku lambat dan muka pucat. Aku soh isteri aku drive sok je la cerita.

Kenapa aku fobia nak lalu area tu ?? Akan aku cerita kan lain kali ler....

5 comments:

Monkey D Luffy said...

kenapa ko selalu jer kena? :)

momentinlife said...

ewww.. ok.. aku akn pastikan aku xlalu kwsn tu mlm2.. =)

*brp kali ko disakat ni?

Aku-Ida said...

cait... ate ngaper idak habihkan ceghite tu.. arghhh.... jenuh ler ida nunggu kesinambungannye nnti

fiezabaiduri said...

sambung lagi..hehe..

mujur anak ko tak demam ke ape kan.

Maggie Magnum said...

Asm

Why are you afraid of the thing? What can he or she do to you? Best thing is to make sure you got the Ayatul Kursi on the ready and when things like that happen just turn it own.

Keep telling yourself that you are better than these things. Plus make sure that you dont leave your salat as I find that it gives me the strength to fight this sort of stuff.

When you recite the ayatul kursi make sure you repeat the last sentence 7 times or more. Trust it will work. However this is my opinion but have done it before when faced with these things. Oh one final thing make sure you recite bismillah 21 times and have wuduk when you go out. it helps.

Good luck.